Memaparkan catatan dengan label FELDA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FELDA. Papar semua catatan

Isnin, 18 November 2013

Kursus di Yayasan Felda

Penubuhan dan Matlamat

Penubuhan

Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula beroperasi pada tahun 1999.

Matlamat

Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan. Ianya selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda di dalam memperkasakan tanggungjawab sosialnya.


untuk maklumat lanjut sila layari :

Selasa, 8 Mei 2012

Terima Kasih FELDA, Saya Anak FELDA


Terima Kasih Felda, itu jer yang mampu aku luahkan... RM 15,000 yang diterima berupa durian runtuh yang ditunggu-tunggu peneroka sejak diumumkan PM dalam BAJET yang dibentangkan tahun lalu. Saya sebagai anak yang dibesarkan dari hasil titik peluh dan duit hasil peneroka sangat berbangga..

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t atas rezeki yang dilimpahkan.. Sumbangan peneroka wati dalam Felda juga tidak kurang hebatnya.. aku akui selain dari penat mendidik anak dan membesarkan mereka aku percaya mereka ini turut ke ladang atau kebun untuk membantu suami. Sumbangan jenerasi kedua juga sangat dihargai... Walaupun nilai durian runtuh ini dibahagi kepada tiga bahagian, mungkin ada anak-anak peneroka generasi kedua dan ketiga, lebih senang untuk memberi kembali duit yang diagihkan kepada ibupaba mereka sebagai hadiah kecil diatas pengorbanan ibu bapa mereka.. 

Mengimbau kembali bagaimana betapa penatnya orang tua saya membanting tulang,sangat sedih dan kesian melihat betapa susahnya mengerah keringat mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. 

Selepas berhenti daripada perkhidmatan ATM abah saya bertekad untuk masuk FELDA walaupun Emak berkeras untuk tidak mahu masuk ke FELDA kerana bimbang tentang kesusahan yang bakal dihadapi, tapi akhirnya Emak berjaya dipujuk Arwah Tok Ayah saya untuk masuk ke FELDA dan hasilnya sehingga hari ini sangat membanggakan.

Apa yang menariknya tentang keluarga saya dan FELDA ialah :

1. Tok Ayah Saya Peneroka Felda Keratong 4 Rompin Pahang.

2. Abah saya Peneroka Felda Kumai, Bera Pahang.

3. Adik saya Kakitangan Felda (SDA), Felda Jengka 8, Jerantut Pahang
dan
3. Bapa Mertua saya Peneroka Felda Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan.

Saya anak FELDA, dan saya bangga jadi Anak Felda. 

Isnin, 27 Disember 2010

ISA SAMAD PENGERUSI FELDA BARU | SHAHAZRIN.COM

Salam semua..  Betul ker nie? Pengerusi FELDA ditukar..  Sumber : Berita Harian 


Isa Samad enggan ulas laporan dilantik Pengerusi FELDA




2010/12/27

SEREMBAN: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad enggan mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini bahawa beliau akan dilantik sebagai pengerusi Felda yang baru. 

Ketika dihubungi Bernama hari ini, katanya setakat ini beliau belum menerima apa-apa makluman mengenainya dan hanya mengetahuinya menerusi laporan akhbar berkenaan


Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik sumber, Mohd Isa bakal mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang akan tamat kontrak pada 31 Disember ini.
Laporan itu menyebut pengumuman mengenai pelantikan rasmi Mohd Isa akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

Mohd Isa, 61, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.

Beliau juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.

Mohd Isa kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009. - BERNAMA

Selasa, 9 November 2010

Aku anak FELDA....

Segalanya bermula disini...  ok.. aku nak memperkenalkan blog kawan aku yang membuatkan aku tak lupa siapa dan dari mana aku datang..  Link dia  http://feldakumai.com/. 


"Felda Kumai - Bermulanya seribu langkah"

Sedikit mengenai Felda Kumai.


Pengenalan

Felda Kumai terletak 29 km dari Simpang Bandar Kerayong (sekarang dikenali sebagai Bandar Baru Bera) didalam Daerah Bera, Negeri Pahang . Mula diteroka seawal tahun1979 dan mula diduduki sejumlah 450 buah keluarga dari seluruh Malaysia semenjak tahun 1980.

Di awal pembukaan, bukan sedikit cabaran bagi para Peneroka yang terpilih. Jauh di pendalaman, bersempadan dengan Hutan Simpanan Chini yang menjanjikan ratusan jenis haiwan liar. Masih ingat seawal tahun 1980an, masalah binantang buas seperti gajah bukan cerita luarbiasa.
Kini selepas 30 tahun, ianya berubah. Bilangan peneroka sama tetapi generasi kedua dan ketiga kian bertambah. Bekalan air bersih pada pertengahan 80 an dan elektrik pada awal 1990 an mengubah wajah. Bagi mereka yang senior, tranformasi Felda Kumai dan felda sekitarnya pasti terimbau didalam ingatan. Jalan tanah merah, pelita ayam, sekolah tumpang di Felda Mayam dan berbagai lagi pasti menjadi kenangan.
Tempat menarik di sekitar Felda Kumai
Hutan Lipur Bukit Bertangga merupakan salah satu tempat perlancongan di negeri Pahang. Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan 20 meter. Kemudahan yang disediakan adalah seperti jalan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan. Beberapa aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan berkhemah.

Felda Kumai juga berdekatan dengan Tasik Bera, tasik semulajadi terbesar di Malaysia. Tasik Bera telah diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar yang pertama di Malaysia. Tasik Bera sangat di kenali di kalangan kaki pancing seluruh Malaysia kerana terdapat lebih 100 jenis spesies ikan di sini.
macam-macam ada kat page nie.. silalah melawat eik... 

This entry was posted in
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...