Memaparkan catatan dengan label HARIAN METRO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARIAN METRO. Papar semua catatan

Sabtu, 9 April 2016

Ustaz dah minta maaf




Alor Setar: Guru agama sambilan digantung tugas serta merta berhubung kecederaan tiga pelajar perempuan di asrama sekolah menengah di Baling, di sini.

Difahamkan, lelaki 48 tahun itu didakwa membaling kerusi plastik ketika kelas mengaji al-Quran dalam kejadian kira-kira 8 malam, 4 April lalu.

Pengarah Pendidikan Kedah Datuk Azuyah Hassan berkata, siasatan yang dilakukan mendapati pelajar Tingkatan Satu berkenaan diarahkan mengambil al-Quran dan hadir ke kelas mengaji.

Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga pelajar itu dikatakan tidak serius dan main-main menyebabkan guru agama berkenaan membaling kerusi ke arah mereka.

"Akibatnya, satu daripada tiga pelajar retak tangan kanan berhampiran jari manis dan jari kelingking manakala dua lagi hanya cedera.

“Ketiga-tiga pelajar terbabit kemudian diberi rawatan kecemasan oleh warden bertugas sebelum dibawa ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut pada keesokkan harinya," katanya pada sidang media di Jabatan Pendidikan Negeri, di sini, hari ini.

Menurutnya, JPN sudah melakukan siasatan dan guru agama itu turut membuat permohonan maaf terbuka kepada semua waris ketiga-tiga pelajar terbabit.

Katanya, semua waris turut menerima permohonan maaf itu dan menyerahkan kes terbabit kepada polis.

"Sehingga ini, siasatan JPN sudah selesai dengan penggantungan tugas guru agama sambilan itu berkuat kuasa serta merta dan menyerahkan kepada polis,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/129138#sthash.vB359t31.dpuf

Khamis, 22 Oktober 2015

LEKA DI GOMOL PONDAN




Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki yang leka digomol beberapa [wanita’ pelayan pelanggan (GRO) di sebuah disko terkejut apabila mendapat tahu kebanyakan GRO itu adalah pondan jelita.

Mereka hanya mengetahui perkara itu selepas sepasukan anggota polis menyerbu premis hiburan di Jalan Kuchai Lama di sini, jam 10 malam kelmarin.

Hasil pemeriksaan mendapati empat pondan yang ditahan itu melakukan pembedahan menukar jantina serta sukar dibezakan dengan wanita asli.

Mereka antara 50 GRO yang ditahan atas pelbagai kesalahan oleh sepasukan anggota Skuad Taktikal khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, seramai 67 individu ditahan membabitkan 50 GRO warga Thailand dan Laos.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Rabu, 22 Januari 2014

Awasi Anak Kita !!!!!

Mayat busuk budak

Oleh Helmy Abd Rahman dan Rosli Ilham
Dungun: Bau busuk dari sebuah rumah kosong di Taman Permint Seri Paka Fasa Dua di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua hingga empat tahun, disyaki mangsa bunuh, semalam.
Sumber berkata, ketika ditemui di dalam tandas rumah kosong itu, sekitar mayat mangsa dipenuhi darah dan separuh bogel dengan pakaiannya tersingkap hingga ke paras dada.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui jam 3.20 petang oleh seorang pengawal keselamatan yang membuat pemeriksaan selepas terhidu bau busuk dari rumah itu.
“Berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung dan berbau busuk, mangsa dipercayai mati antara dua hingga tiga hari lalu dan polis turut mengambil kira kemungkinan mangsa dibunuh,” katanya.
Sumber itu berkata, terkejut melihat mayat kanak-kanak perempuan itu yang berlumuran darah, pengawal keselamatan terbabit segera memaklumkan kepada majikannya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Paka dekat sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
Menurutnya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Paka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan seorang wanita yang tinggal di kampung berhampiran tempat kejadian, ada membuat laporan polis mengenai kehilangan anak perempuannya yang berusia dua tahun, dua hari lalu.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada mangsa yang mati itu adalah kanak-kanak yang hilang.

Isnin, 7 November 2011

BAS JATUH PARIT

Hiasan : google

Seramai 25 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang mereka naiki terjatuh ke dalam parit di Km 19 Jalan Ayer Hitam, di sini awal hari ini. Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi itu, bas tersebut melanggar besi penghadang jalan sejurus keluar dari persimpangan tol Kulaijaya, sebelum terjatuh ke dalam parit menyebabkan semua penumpang cedera dengan tiga parah.

Seorang penumpang, D. Kanageswaran, 30, ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Aminah di sini, berkata bas tersebut dipandu laju sejak perjalanan bermula kira-kira 9.45 malam.

Beliau yang pengsan selepas kejadian berkata sempat melihat bas itu melanggar besi penghadang jalan.


"Apabila sedar, bas sudah di dalam parit dan saya terus mencari ibu dan isteri yang duduk di bahagian hadapan. Disebabkan tiada jalan keluar, saya terpaksa menendang cermin hadapan bas untuk menyelamatkan diri dan keluarga serta diikuti penumpang lain," katanya

Kanageswaran mengalami kecederaan di kepala dan kaki manakala ibunya P. Saraswati, 61, bengkak di bahagian muka, sementara isterinya P. Kogilawani mengalami kecederaan serius dan masih dirawat di hospital.

Seorang lagi penumpang S. Parvathi, 26, berkata beliau bernasib baik apabila diselamatkan seorang lelaki yang tidak dikenali ketika terperangkap di dalam lumpur akibat kejadian tersebut.

"Separuh badan saya terkeluar daripada bas setelah kepala saya terhentak ke cermin bas. Saya tidak boleh bangun apabila terperangkap di dalam lumpur tetapi seorang lelaki menarik tangan saya keluar," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Akhir Ishak berkata pemandu bas berkenaan yang berusia 45 tahun telah ditahan untuk diambil keterangan.

"Tiga daripada penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan serius manakala baki hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...