Memaparkan catatan dengan label KOMUTER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOMUTER. Papar semua catatan

Isnin, 16 Julai 2012

SYARAT - SYARAT NAIK KOMUTER.. PENTING !!!



  1. TAMBANG KANAK-KANAK
    Kanak-kanak berumur  antara empat (4) tahun hingga 12 tahun dikenakan separuh tambang dewasa, manakala untuk kanak-kanak berumur bawah empat (4) tahun boleh menaiki tren secara percuma.
  2. TIKET TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK ATAU DIJUAL SEMULA
    Penumpang tidak boleh memindah milik atau menjual semula tiket beliau kepada mana-mana pihak ketiga.
  3. KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TIKET
    KTM Berhad tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan tiket perjalanan yang berpunca daripada kecuaian penumpang sendiri. Tiada penggantian tiket atau pemulangan tambang akan diberikan.
  4. KECUAIAN SEMASA MEMBELI TIKET
    Tiada penggantian tiket atau pemulangan tambang akan diberikan jika berlaku kesilapan yang berpunca daripada kecuaian penumpang sendiri semasa pembelian tiket sama ada di mesin tiket atau di kaunter.
  5. PILIHAN PEMULANGAN TAMBANG ATAU PENGGANTIAN PERJALANAN
    Jika perkhidmatan KTM Komuter mengalami gangguan waktu perjalanan melebihi 30 minit, penumpang mempunyai pilihan untuk mendapat penggantian penuh satu perjalanan  perkhidmatan atau pemulangan tambang penuh  dalam masa 24 jam selepas kelewatan berlaku di mana-mana stesen KTM Komuter.
  6. MEMBAWA BARANGAN
    Berkuat kuasa 1 November 2010, penumpang akan dikenakan bayaran tambahan bagi membawa bersama barangan yang ditakrifkan sebagai bukan bagasi seperti berikut:
    Barangan berukuran tidak melebihi 45 sm setiap sudut dan berat tidak melebihi 25 kg.
    Barangan pertama dibenarkan tanpa bayaran.
    Barangan ke - 2 dan ke - 3 akan kenakan bayaran tambahan sebanyak RM20.00 seunit.
    Maksimum tiga (3) barangan sahaja dibenarkan.
    Barangan berukuran melebihi 45 sm setiap sudut dan berat melebihi 25 kg.
    Barangan tambahan sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi setiap unit barangan.
    Maksimum dua (2) barangan sahaja dibenarkan.
  7. LARANGAN MENAIKI TREN TANPA TIKET YANG SAH
    Penumpang mesti memiliki tiket yang sah SEBELUM menaiki tren. Surcaj RM30.00 serta bayaran tambang perjalanan dari stesen permulaan sektor akan dikenakan kepada penumpang yang menaiki tren tanpa tiket yang sah.
  8. LAKU MUSNAH
    Denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi (tiga) 3 tahun atau kedua-duanya sekali akan dikenakan terhadap individu yang melakukan kerosakan, gangguan terhadap operasi atau harta benda milik syarikat kereta api dengan sengaja.

Jumaat, 13 Julai 2012

ONAR DI KTM ( KL SENTRAL )


Salam semua, dah lama saya tak naik komuter, last naik aku dah lupa bila..
Saya nak kongsikan pengalaman saya naik komuter yang akhirnya berakhir dengan kekecewaan dan dukacita.. Saya naik Komuter dari Seremban bersama Adik ipar dan anak saya ( Ainul Mardhiah ) yang berumur 4 tahun...

Jam lebih kurang 1900 hrs : 
Beli tiket sehala ke Hentian Komuter Serdang.. 2 tiket dewasa RM 10...

11 JULAI 2012 @ 1929 HRS :
Mula naik train yang menghala ke Rawang. Apabila dalam perjalanan, saya bercadang untuk meneruskan perjalanan ke KL Sentral untuk berhenti di Hentian Subang Jaya dan balik rumah di USJ. Saya tahu tiket yang telah saya beli di Kaunter tiket di Seremban hanya untuk berhenti di hentian Serdang.. Jadi saya beranggapan saya boleh topup nilai baki perjalanan di KL Sentral bila sampai nanti.

11 JULAI 2012 @ 1830 HRS:
Sampai di KL Sentral, saya terus berjumpa dengan seorang pegawai KTM [Lelaki India] ( nama tak ingat dah ) yang menjaga pintu masuk dimesin tiket.. dengan hati yang jujur dan ikhlas tanpa niat untuk menipu tiket perjalanan, saya menerangkan situasi saya yang terpaksa membatalkan niat untuk berhenti di hentian serdang dan ingin meneruskan perjalanan ke Hentian Subang Jaya... Situasinya :

Saya : Maafkan saya encik, saya sepatutnya berhenti di hentian serdang... tapi atas sebab yang tak dapat saya elakkan saya mahu tukar perjalanan ke Hentian Subang Jaya..

PEGAWAI KTM : Tak boleh macam nie, nie mesti kena denda..

Saya : ( <--- yang tak paham pasal undang-undang tiket KTM ) erk... tak boleh ker saya bayar nilai baki tiket ini???

PEGAWAI KTM : Tak Boleh, Nie dah lebih dari dua hentian, mesti kena denda..

Saya : ( apa pulak lebih dua hentian nie, tak paham ) erk.. yer ker berapa kena denda ??

PEGAWAI KTM : RM30, sepatutnya RM 60 untuk satu tiket..

Saya : erk... Saya RM 10 ada lah dalam poket... atau boleh tak saya ambil tiket saya semula dan patah balik ke Serdang..

PEGAWAI KTM : Tak Boleh!!! saya tak kan bagi..

Saya : erk... Kat mana mesin ATM??? ( kena keluar duit la aku )

PEGAWAI KTM : Kat sana ... seorang sahaja pergi...

setelah saya keluarkan duit [ RM30 + RM10 = RM40 ]... 
saya bayar dan dapat surat saman lebih kurang macam nie...


yang peliknya kat saman tu tertulis " LANJUT PERJALANAN " untuk apa...????

erm... niat suci dan murni aku berjumpa PEGAWAI KTM tu supaya aku diberi peluang untu bayar baki perjalanan..

Tapi kejujuran aku tidak diterima PEGAWAI KTM ini. Saman yang saya terima dah dibuang pun... 
Panas Hati punya pasal...

Kesian anak saya Ainul yang terpinga-pinga ditahan PEGAWAI KTM tersebut...
Bagi saya, sepatutnya dia berilah budi bicara... Rasa macam sangat kecewa dengan apa yang berlaku, Saya harap ada wakil dari KTM yang boleh selesaikan kemuskilan dan kekecewaan saya ini... 
[ entri ini akan saya foward atau emailkan ke pihak KTM, kita Tunggu jawapan selanjutnya.. ]



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...