Memaparkan catatan dengan label LHDN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LHDN. Papar semua catatan

Khamis, 23 Februari 2017

Kemuka e-Filing mulai 1 Mac

Image result for e filing lhdn

Kuala Lumpur: Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), bagi tahun taksiran 2016 boleh dikemukakan melalui e-Filing bermula 1 Mac ini.
Ia merangkumi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dalam kenyataan semalam.
Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang itu menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi ‘Mobile Filing’ (m-Filing).
“e-Filing dan m-Filing adalah aplikasi percuma disediakan LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui Internet,” kata kenyataan itu.
Aplikasi itu boleh dicapai melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.
Tarikh akhir menghantar borang dan membayar cukai pendapatan tahun taksiran 2016 bagi Borang E ialah 31 Mac 2017, BE (30 April) serta B dan P (30 Jun).
Bagi Borang BT, M, MT dan TF, tarikh akhir berbuat demikian ialah 30 April 2017 bagi yang tidak menjalankan perniagaan dan 30 Jun bagi yang menjalankan perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 8:13 AM
BERNAMA

Rabu, 14 Disember 2011

Lokasi dan Alamat Ibu Pejabat LHDNM di Cyberjaya

 

Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang kini terletak di BLOK 9, Kompleks Kerajaan Jalan Duta akan mula beroperasi sepenuhnya pada 22 Disember 2011 di Wisma Hasil Cyberjaya, Selangor.

Muat Turun Peta Lokasi 

ALAMAT :
Direktori Wisma Hasil Cyberjaya 

Pejabat Pengarah Negeri/Cawangan/Pusat
Johor
Kedah dan Perlis
Negeri Sembilan dan Melaka
Pahang
Perak
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu dan Kelantan
W.P Kuala Lumpur
W.P Putrajaya (Caw. KL Bandar, Cheras & Wangsa Maju)  

  PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT 
 

Sabtu, 19 November 2011

CERITA BIASA : Awas borang palsu bantuan khas RM500: Awang Adek

 
 

BACHOK: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, hari ini mendedahkan wujud golongan tertentu yang mengedarkan borang palsu bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan lebih awal, terutama di kampung.

Beliau menegaskan hanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja berhak mengedarkan borang berkenaan bermula 1 Disember.
Awang Adek berkata, sebarang borang yang diedarkan sekarang tidak boleh digunakan kerana ia bukan borang sahih.
"Pihak yang berbuat demikian perlu menghentikannya segera kerana ia boleh mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di sini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata LHDN kini di peringkat akhir penyediaan borang dan akan mengedarkannya mengikut jadual yang ditetapkan.

"Saya sendiri pun belum melihat borang berkenaan," katanya. - BERNAMA




website LHDN Klik SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...