Memaparkan catatan dengan label MAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAK. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2013

Mak Kebas Sebelah Badan


Cemas sekitika petang tadi, dapat info bawa mak pergi hospital, emak demam dan mengadu kebas sebelah badan, alamak secara automatik apa yang terlintas di fikiran ialah ( strok ) " Ya Allah, aku bermohon kepada MU selamatkan lah emak aku, dan berilah dia kesihatan yang baik dan umur yang panjang " AMIN..

Jadi dengan terkejutnya aku mula mencari sumber-sumber yang paling hampir dengan emak, dari percakapan adik2 yang bersama menghantar mak ke Hospital, mak ok.. semua ok.... tekanan darah.. jantung, semua ok Alhamdulillah... Cuma demam mak buat mak rasa tak selesa, Along doakan mak semoga cepat sembuh dan baik seperti biasa. Insya Allah amin...

Mak cuma memnerima rawatan pesakin luar dan dibenarkan balik...

Rabu, 23 Februari 2011

Entri Khas Buat Mak | SHAHAZRIN.COM

Assalamualaikum...



Entri ini saya tujukan khas buat Bonda tercinta Puan Harlina Binti Abdul Hamid..



Selamat hari lahir mak, semoga panjang umur dan sihat sentiasa along doakan. Semoga tabah menghadapi dugaan hari yang mendatang, Maafkan along sekiranya along tak dapat menjadi seorang anak dan abang yang baik kepada adik-adik along. Bagi along Mak lah wanita waja yang mebesarkan 8 anak dengan melayani kerenah kami dengan sabar. Along sentiasa doakan agar mak diberikan kesihatan yang baik ketenangan jiwa selalu. Along akan doakan kebahagiaan untuk mak sepanjang masa. Maaf kan along juga sekiranya ada dosa yang along lakukan terhadap mak..juga sekiranya along menguris hati mak..maafkan along... 
Selamat hari lahir mak... sayang mak....



note : Selamat hari Lahir untuk NurAin Saharudin yang kongsi Hari Jadi ngan mak..


This entry was posted in
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...