Memaparkan catatan dengan label MINGGUAN WANITA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MINGGUAN WANITA. Papar semua catatan

Isnin, 29 November 2010

9 Wanita Yang Perlu Dijauhi Lelaki

jaga-jaga....



9 Wanita Yang Perlu Dijauhi Lelaki

LELAKI SERING DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG YANG EGO, KERAS HATI DAN PEMBULI SEMENTARA WANITA PULA DIGAMBARKAN SEBAGAI MAKHLUK LEMAH LEMBUT DAN PERLUKAN PERHATIAN DARI LELAKI SEPENUHNYA.
Tetapi awas, bukan semua kejadian begitu sebaliknya 10 sikap ini perlu anda beri perhatian tentang wanita. Cuba semak, apa sikap wanita yang perlu lelaki jauhi!

1. Perasan cantik
Wanita ini, beranggapan amat mudah mencairkan hati lelaki dengan kecantikan yang mereka ada. Lebih malang, ada yang menjadikan wajah cantik sebagai aset dan bergelar pisau cukur dengan mengikis harta lelaki kaya yang begitu mendambakan layanan wanita cantik. Biasanya golongan cantik ini percaya, wajah mereka boleh memberikan mereka apa saja termasuklah cinta.

2. Punya ‘sugar daddy’
Dalam kehidupan di kota yang serba-serbi memerlukan wang ada wanita yang sanggup mendampingi lelaki kaya demi kesenangan hidup. Mereka sanggup menyerahkan tubuh badan memberikan layanan seks demi wang biar pun haram di sisi agama. Lelaki yang merasakan ia satu peluang yang sukar dilepaskan pula sanggup menabur wang untuk kepuasan nafsu mereka.

3. Pandai ambil kesempatan
Bagi mereka, setiap peluang perlu direbut dengan pantas tanpa mengambil kira sama ada ia hak orang lain atau tidak. Kalau tidak, masakan muncul kisah tunang dirampas, suami diambil wanita lain dan sebagainya.

4. Suka mengongkong
‘Queen control’ inilah gelaran paling sinonim dengan wanita sedemikian. Mereka suka mengawal semua pergerakan pasangannya, dengan siapa suami keluar, balik jam berapa dan macam-macam lagi. Suami yang mendapat isteri begini dikatakan sering menjadi bahan jenaka jika sanak saudara berkumpul.
Cuba bayangkan, ketika sedang minum di kedai mamak bersama rakan lelaki, isteri menelefon menyuruh anda balik segera sedangkan teh tarik baru saja terhidang. Suami mana yang tidak stres. Wanita ini bersikap demikian kerana cemburu dan tidak mahu suami mempunyai wanita lain.

5. Mahu Sempurna
Sikap wanita yang mahukan kesempurnaan juga merimaskan. Bagi mereka, setiap perbuatan orang lain adalah salah dan hanya mereka saja yang betul. Malah bagi mereka, tiada orang lain yang sempurna kecuali mereka. Bayangkan jika anda mempunyai isteri begini, alamatnya makan hatilah selama bersama.

6. Selekeh 
Jangan ingat lelaki saja yang selekeh tetapi ada juga wanita yang tidak tahu menjaga penampilan diri. Bagi mereka, cukup berkain batik saja bila di rumah atau memakai baju kaftan seharian walau pun suami ada di rumah. Sebaiknya, biar tidak cantik tetapi pandai menjaga penampilan diri.
Begitu juga halnya dengan wanita yang tidak mempedulikan apa kata-kata orang tentang penampilannya itu, ia juga bahaya. Mereka tidak dapat membuat penilaian tentang diri sendiri selain mengabaikan cakap-cakap orang tentang mereka juga.

7. Suka mengharap
Ada sesetengah wanita yang tidak mampu membuat sebarang keputusan untuk diri mereka dan terlalu mengharapkan orang lain memberikan jawapan bagi diri mereka. Biasanya wanita begini kalau ditinggalkan suami, hidup mereka lebih merana kerana terlalu mengharap.

8. Terlalu cemburu
Lebih teruk lagi jika cemburu buta. Wanita ini biasanya akan menyerang pasangan sebelum sempat memberi penjelasan. Cemburu ini biasanya akan menjadi perosak kepada sebuah perhubungan. Malah ada yang sanggup memutuskan perhubungan kerana tidak sanggup berdepan dengan kerenah wanita cemburu.

9. Tidak berhati-hati
Bayangkan, apabila anda tidak berhati-hati dalam setiap perbuatan dan kata-kata, ia tentu saja akan melukakan hati orang lain.

Bagaimana Mengesan Kecurangan Suami


Peratusan ini jauh lebih tinggi berbanding 24% untuk purata dunia. Jadi, bagaimana? Apakah anda tidak bangga menjadi wanita? Namun saban hari saya masih menerima soalan tentang perkara remeh-temah kehidupan, misalnya soalan berikut;

“Maafkan saya kerana mengganggu. Saya inginkan kepastian apakah tanda-tanda sekiranya suami kita berlaku curang atau mempunyai wanita lain di luar sana?”

Orang lelaki pun satu, tak habis-habis nak berlaku curang. Wanita yang jadi pasangannya itu pun satu, tak habis-habis nak ganggu suami orang.

Baiklah, persoalan begini tentu banyak menghantui orang lain juga. Saya berikan tiga tanda yang biasa nampak. Sekadar jadikan panduan. Ingat, usah diungkit-ungkit dan usah dicungkil-cungkil, nanti sesuatu yang memang tiada menjadi sebab pula untuk muncul satu lagi pasangan bermasalah.

Pertama, andainya suami anda itu bukanlah seorang ahli perniagaan yang sangat sibuk membina kecemerlangan atau pemimpin masyarakat yang selalu dicari-cari orang, ataupun seorang yang memang disenangi oleh ramai kawan, tetapi dia tidak lekang dengan telefon bimbitnya. Maknanya dia akan membawa telefon bimbit ke mana-mana pun dia pergi, bahkan hingga bilik air dan sanggup tergesa-gesa pulang ke rumah andainya dia tertinggal telefon bimbit itu, tidur dengan telefonnya di bawah bantal dan mudah terjaga apabila anda cuba hendak mengambilnya, mudah marah apabila anda mengambil telefonnya yang berbunyi apalagi untuk membaca mesej-mesej yang masuk. Dalam kata lain telefon bimbit bagaikan jantungnya, jika itu yang dilakukan oleh suami maka mungkin ada suatu yang disembunyikan.

Jangan cepat mengamuk

Apa yang anda boleh lakukan? Ingat, jangan cepat mengamuk. Bukankah saya pernah berpesan dahulu, lebih baik banyak percaya daripada lebih banyak curiga. Hidup dalam percaya lebih lega berbanding curiga. Curiga membawa sengsara sedangkan percaya menjamin bahagia.

Kalaupun anda ingin bertindak, menyamarlah sebagai orang lain dan cubalah hantar mesej-mesej jiwa kepadanya. Jika dia melayan, itu tandanya dia memang mudah melayan wanita-wanita misteri di luar sana.
Bawa dia kembali ke trek yang asal secara hemah, ingatkan dia tentang anak isteri, tentu ibu ayah dan tentang Allah. Dia mungkin meninggalkan anda sebab menganggap anda membosankan, tetapi tidak mengapa, nasihat-nasihat yang anda berikan itu akan masuk juga di hatinya, siapa tahu.

Kedua, lelaki begini selalunya hilang fokus. Selalunya prestasi kerjanya menurun. Jika anda dapati dia mendapat surat amaran dari pejabat ataupun gajinya tidak dinaikkan dan pangkatnya statik, dia mungkin ada hubungan lain yang menyebabkan tumpuannya tersasar.

Lebih-lebih lagi jika wanita berkenaan seorang yang cerewet, mengada-ngada serta kerap merajuk, tumpuan suami anda pasti luntur dan ini sudah tentu memberi kesan yang tidak baik pada pekerjaannya.

Anda juga boleh lihat dia agak serabut di rumah tetapi agak bergaya apabila hendak keluar rumah.
Ketiga, dia akan menafikan sekeras-kerasnya apabila anda terjah dengan soalan jerangkap samar. Mereka yang terlalu menafikan selalunya telah bersedia dengan pelbagai jawapan dan alasan, sebaliknya mereka yang memang tiada hubungan terlarang akan hanya tertawa atau senyum serta menunjukkan tiada minat untuk berbicara lebih-lebih soal ini.

Andainya anda minta dia berkata secara jujur, demi ibu ayah, demi anak-anak, bahkan demi Allah, dia tidak berani mengatakannya atau teragak-agak ataupun minta tangguh, itu tandanya ada apa-apa.

Apa pun, seperti yang saya kata awal tadi, lebih baik banyakkan percaya daripada besarkan curiga. Kadang-kadang tiada apa-apa tapi sebab asyik dikata, menjadi pula ia...

Selasa, 26 Oktober 2010

LELAKI KENA TENGOK


sumber :Mingguan Wanita


Risiko kesihatan lelaki perlu beri perhatian

Kesihatan secara am melambangkan kesejahteraan fizikal, mental, spiritual dan sosial. Kesihatan mutlak lelaki berbeza dengan wanita walaupun dari segi keperluan asas ia lebih kurang sama. Lelaki mempunyai keperluan kesihatan yang tersendiri. Dari perspektif gender, lelaki memainkan peranan sosial yang mencabar seperti kedudukan utama dalam masyarakat dan juga keluarga.

Secara tidak langsung, ia membentuk sahsiah lelaki yang dikatakan sebagai ‘egosentrik’.Kajian menunjukkan lelaki sebenarnya terdedah dengan pelbagai risiko kesihatan dan penyakit. Jangka hayat lelaki kurang lima hingga enam tahun dari wanita.
Lelaki yang berumur 45 hingga 54 tahun tiga kali lebih kerap mati akibat serangan sakit jantung jika dibandingkan dengan wanita. Kadar kematian akibat penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, penyakit buah pinggang, strok dan kanser lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita. Dari perspektif psikologi, lelaki lebih terdedah dengan tekanan dan terlibat dengan keganasan rumah tangga serta di tempat kerja.

Malah, sebilangan besar lelaki membunuh diri akibat tekanan menunjukkan jumlah lelaki yang mengalami masalah kesihatan mental semakin bertambah.

Dari aspek sosial, lelaki lebih terasing dari keluarga kerana komitmen pada pekerjaan. Ini mengakibatkan mereka tidak dapat bermesra dengan anak-anak dan isteri serta mudah terjerat dengan hubungan luar. Lelaki juga boleh mengalami kanser reproduktif seperti kanser pundi prostat dan kanser buah zakar.

Bagaimanapun, tidak banyak lelaki tahu mengenainya dan cara untuk mencegahnya. Oleh yang demikian memang wajar lelaki diberi perhatian dalam pengendalian kesihatannya melalui program-program tertentu. Cara ini dapat menggalakkan mereka menjalani pemeriksaan asas tentang kesihatan dan mendapat maklumat serta bimbingan tentang isu tertentu mengenai kesihatan mereka.

Selain itu, lelaki perlu peka dengan kesihatan diri. Mengetahui tentang tahap kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah dan pengambilan ECG sekiranya perlu untuk mengenal pasti keadaan jantung dan tahap kolesterol dalam darah.

Pemeriksaan buah zakar penting untuk mengetahui gejala kanser atau ketumbuhan buah zakar. Pemeriksaan pundi prostat dan ujian darah untuk mengesan penyakit pundi prostat dan tahap glukosa dalam darah untuk mengesan kencing manis. Kesemua pemeriksaan ini perlu dilakukan secara berkala. Sekiranya ada masalah, rawatan atau rujukan sewajarnya kepada pakar perubatan perlu dilakukan.

Di samping pemeriksaan kesihatan mereka perlu diberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan melalui makanan dan cara hidup yang sihat. Ini termasuk pemakanan seimbang dan sihat, senaman yang sesuai mengikut umur dan kaunseling kesihatan secara kelompok atau pendedahan kepada ceramah kesihatan lelaki.

Kesuburan lelaki

Lelaki dengan ciri-ciri kesuburan mempunyai anggota reproduksi yang berfungsi dengan normal. Mereka mempunyai buah zakar yang menghasilkan sperma yang mencukupi dan salur sperma yang tidak terkandas. Selain itu, mereka juga dapat menyalurkan sperma tanpa sekatan semasa ejakulasi.

Pundi prostat, pundi seminal dan pundi cowpers yang berfungsi normal dapat menghasilkan air mazi yang mencukupi untuk menampung sperma dan zakar yang berfungsi normal. Pada masa yang sama, mereka dapat mencapai ereksi untuk disalurkan ke dalam faraj semasa persetubuhan dan keupayaan klimaks supaya air mani dapat dipancutkan ke dalam faraj.

Cabaran kesuburan lelaki ialah apabila lelaki itu tidak mempunyai sperma dalam air mani (azoospermia), tidak mempunyai bilangan sperma yang mencukupi atau tidak mempunyai bilangan sperma yang aktif atau yang berbentuk normal. Masalah kesuburan juga berlaku apabila lelaki itu tidak dapat menyalurkan zakar ke dalam faraj atau gagal mencapai ejakulasi. Kira-kira 40 peratus daripada lelaki mengalami masalah kesuburan. Jumlah ini dijangka meningkat kerana kurang kepekaan lelaki terhadap kesihatan kesuburannya.

sumber : Klinik Lelaki ( Mingguan Wanita )

Selasa, 5 Oktober 2010

Fahami 5 fasa dingin seks suami isteri

Fahami 5 fasa dingin seks suami isteri
Kehidupan seks suami isteri tidak akan sentiasa ghairah. Ada masanya baik suami atau isteri kurang bernafsu atau dingin seks. Malah pasangan yang baru berumah tangga juga tidak terkecuali dalam hal ini. Ketahuilah bahawa ia adalah tahap yang biasa dalam rumah tangga.
Apa yang penting anda tidak membiarkan ia berlarutan dan mencari cara untuk memulihkannya. Dalam perkahwinan ada lima fasa dingin seks yang mungkin dialami suami isteri, fahamilah kerana mungkin kita ini anda sendiri sedang mengalaminya.
1. Sejurus berkahwin
Ramai yang mengatakan seks pengantin baru akan sentiasa hebat akan tetapi sebetulnya tidak. Ada pasangan yang masih dalam bulan madu menghadapi masalah dingin seks. Ia mungkin disebabkan rasa kecewa kerana fantasi tentang seks jauh berbeza daripada apa yang dibayangkan sebelum berkahwin. Mungkin juga kerana sama ada suami atau isteri terlebih dahulu sebelum berkahwin sudah diberi gambaran yang salah dan mitos-mitos seks yang tidak tepat tentang seks.
2. KehamilanJarang ada wanita yang kuat nafsunya ketika hamil. Kebanyakannya tidak berselera tambah lagi keadaan diri yang lemah lesu terutama di peringkat awal kehamilan. Antara penyebabnya adalah alahan dan juga perubahan hormon. Tapi perubahan ghairah seks isteri dan juga emosi isteri secara drastik ini ada kalanya dapat menimbulkan salah faham di antara pasangan suami isteri.
3. Tahun pertama berumah tangga
Pada masa ini sikap sebenar dalam diri akan terserlah. Jika dahulu masing- masing berlakon atau sedaya upaya menutupinya, akan tetapi bila sudah hidup bersama tentunya sifat diri yang sebati tidak dapat disorok lagi.
Contohnya ketika bercinta anda cukup mengambil berat soal penampilan dan kebersihan tapi setelah hidup bersama, anda mula tak kisah walaupun tidak mandi sehari. Tanpa disedari semua ini akan memberi kesan terhadap perasaan pasangan.
Kekurangan dan kelemahan ini mula akan memberi pengaruh kepada kehidupan seks yang mana suami mula rasa kurang senang dengan perubahan ini sekali gus kurang berselera untuk seks.

4. Selepas melahirkan
Pada bulan-bulan pertama kelahiran, seorang bayi memerlukan perhatian sepenuhnya daripada orang tuanya terutama dari si ibu yang terlibat dengan bayi sejak awal lagi. Ini berbeza dengan bapa yang tahap penglibatannya tidak sebanyak ibu. Keadaan ini kemungkinan akan menimbulkan perselisihan.
Ketegangan ini mampu memisahkan pasangan secara emosional dan juga di tempat tidur. Ketegangan ini juga akan menimbulkan rasa letih sehingga membuatkan suami mahupun isteri mudah tersinggung, cepat marah dan mudah tidak percaya pada pasangan. Ia juga turut memberi kesan pada hubungan seks.
5. Usia perkahwinan mencecah 7 tahun
Melangkah ke angka tujuh tahun, baik suami mahupun isteri kadang kala mula berasa tidak puas dengan apa yang berlaku dalam hidup mereka. Mereka mula bertanya tentang fungsi dan arah tujuan hidupnya dan mula mempersoalkan perasaan hati, rasa tidak bahagia dan tidak puas yang dirasainya.
Perasaan sebeginilah yang membebankan perkahwinan sehingga mengganggu kehidupan seksual suami isteri. Pada fasa ini ada suami atau isteri ingin beralih angin mencari insan baru selain pasangannya.Ketika ini jugalah kes kecurangan sering terjadi.
Di samping perkara di atas dingin seks suami isteri juga boleh berlaku akibat masalah lain seperti kebosanan, penyakit atau sering ditinggalkan. Ia sebenarnya lebih bersifat individu.
Akan tetapi jangan memandang ringan bila menghadapi masalah dingin seks ini dan jangan menghindari dari menyelesaikannya. Masalah ini sebenarnya akan menjadi duri dalam daging yang tidak kelihatan dalam hubungan suami isteri hingga akhirnya menyebabkan masalah yang lebih serius iaitu kecurangan atau perceraian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...