Memaparkan catatan dengan label kilauan emas 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kilauan emas 2015. Papar semua catatan

Isnin, 27 April 2015

Peserta Kilauan Emas 10 - Shahrul Zaman Bin Kamaludin (Zaman)


Shahrul Zaman bin Kamaludin, atau Zaman, merupakan seorang pelakon dan pengarah di Malaysia. Beliau berumur 49 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Sebelum menceburi bidang lakonan dan pengarahan, beliau pernah bekerja di Bank Bumiputra sehingga tahun 1995. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga meminati bidang muzik dan nyanyian, serta pernah merakamkan lagu bersama Eddie Hamid pada tahun 1999. Beliau juga aktif dalam seni silat cekak Hanafi dan sering mendapat tawaran menjadi tenaga pengajar bagi kelab silat di universiti-universiti sekitar Selangor & Kuala Lumpur.

Tagline : Yakinkan diri, luaskan seni

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEZAMAN atau KE<3>ZAMAN untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ZAMAN KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ZAMAN ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my



Peserta Kilauan Emas 9 - Norasmah binti Ibrahim (Asmah)


Norasmah binti Ibrahim, atau Asmah, merupakan seorang pengusaha warung makan bersama suami di kawasan rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur. Berumur 51 tahun, beliau telah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian asli dan sering menyertai pertandingan-pertandingan irama asli sehingga ke peringkat akhir. Ilmu dan bakat yang dianugerahkan telah diturunkan kepada anak-anaknya yang kini bergiat aktif dalam bidang nyanyian lagu-lagu tradisional dan. irama asli. Selain itu, beliau juga bekerja sambilan mengajar anak-anak muda teknik nyanyian lagu-lagu irama asli.

Tagline : Tiru Macam Saya

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEASMAH atau KE<3>ASMAH untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ASMAH KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ASMAH ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my

Peserta Kilauan Emas 8 - Nurashikin Binti Ibrahim (Ann) <---- dah keluar minggu kedua


Nurashikin binti Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Ann, merupakan seorang doktor yang kini bekerja di Kementerian Kesiahatan Malaysia. Beliau berumur 46 tahun, mempunyai 3 orang anak, dan kini menetap di Shah Alam , Selangor. Walaupun bekerja sebagai seorang doktor, Ann mempunyai minat dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Beliau sering membuat persembahan di majlis-majlis kementerian dan majlis-majlis formal. 

Tagline : Positif selalu, sihat minda.

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEANN atau KE<3>ANN untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ANN KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ANN ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my








Peserta Kilauan Emas 7 - Wan Muhammad Logan Bin Wan Abdul Rahman (Elji)







Wan Muhammad Logan bin Wan Abdul Rahman, atau Elji, merupakan seorang usahawan di Ampang, Selangor. Berumur 44 tahun, beliau berasal dari Johor Bahru, Johor, dan merupakan bapa kepada 3 orang anak. Pada tahun 1997, beliau pernah merakamkan album bertajuk ‘ELGI’ solo di bawah syarikat Polygram Records. Beliau mengundurkan diri dari dunia seni selepas mengalami kemalangan di Langkawi. Atas sokongan dan dorongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan, beliau mula menyanyi semula bersama kumpulan Enava di sekitar Kuala Lumpur.

Tagline : Kasi Pecah!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEELJI atau KE<3>ELJI untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ELJI KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ELJI ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my






Peserta Kilauan Emas 6 - Hassan Bin Idris (Hasan)










Hassan bin Idris, atau Hasan, berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau merupakan bekas gitarist kumpulan The Strollers dan telah merakamkan album bertajuk ‘Waiting Is…’ di bawah syarikat CBS. Beliau juga pernah merantau dan bermain muzik di Eropah. Selain The Strollers, beliau merupakan pengasas kumpulan Headwind suatu ketika dahulu. Sekarang, beliau masih lagi aktif dalam bidang muzik dan nyanyian, serta telah menubuhkan kumpulan The Bagooz bersama anak lelaki tunggalnya. The Bagooz kini mendapat tawaran membuat persembahan di restoran-restoran dan majlis-majlis sekita Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan.



Tagline : Take 5, rock n’ roll!



Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEHASAN atau KE<3>HASAN untuk (3/5/10 undian) ke 32777. 
Contoh : KE10 HASAN KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20HASAN ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my



GAMBAR PESERTA










Peserta Kilauan Emas 5 - Dzulkiffli bin Jalil (Zul)






Dzulkiffli bin Jalil, atau Zul, merupakan seorang ahli muzik Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya. Berumur 54 tahun, beliau merupakan bapa kepada 5 orang anak mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai pengusaha taska. Beliau bergiat aktif dalam dunia seni sejak usia muda lagi. Pada tahun 1983, beliau pernah merakamkan sebuah album bertajuk ‘Halilintar’ di bawah Warnada Records bersama kumpulan Headlight. Beliau juga pernah merantau hingga ke Indonesia untuk mencari pengalaman dalam bidang muzik. 

Tagline : Ya Lah Tu!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEZUL atau KE<3>ZUL untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ZUL KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ZUL ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my


GAMBAR PESERTA






Peserta Kilauan Emas 4 - Wan Mohd Hasbi Wan Jaafar (Hasbi)





Wan Mohd Hasbi, atau Hasbi, merupakan anak jati Alor Setar, Kedah. Beliau mempunyai 2 orang anak, dan sekarang bekerja sebagai pemuzik jalanan sepenuh masa bersama band yang diberi nama Labu Labi & Naga Bara. Beliau juga merupakan bekas vokalist kumpulan Storm suatu ketika dahulu. Selain bermain muzik, beliau juga mendapat jemputan sebagai DJ di majlis-majlis perkahwinan.

Tagline : Syok ooo, sempoi bak ang!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEHASBI atau KE<3>HASBI untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 HASBI KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20HASBI ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my


GAMBAR PESERTA









Peserta Kilauan Emas 3 - Noor Hayati binti Slama (Norya)




Noor Hayati binti Slamat, atau Norya, merupakan seorang ibu tunggal yang berasal dari Batu Gajah, Perak. Beliau berumur 54 tahun, seorang surirumah, dan mempunyai 3 orang anak. Beliau gemar menyanyi sejak muda lagi, dan ingin membawa bakat nyanyiannya ke satu tahap yang lebih tinggi. Selain Norya, ahli keluarganya juga terlibat dalam aktiviti nyanyian dan muzik, bahkan mereka mempunyai family band sendiri dan sering dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis.

Tagline : Aje Gemor!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KENORYA atau KE<3>NORYA untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 NORYA KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20NORYA ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my

GAMBAR PESERTA





Peserta Kilauan Emas 2 - Hazlina Wati binti Zainuddin (Lina)



Hazlina Wati binti Zainuddin, atau dikenali sebagai Lina, merupakan seorang guru vokal bagi persatuan-persatuan dan kelab-kelab ghazal sekolah di Muar & Batu Pahat, Johor. Walaupun dilahirkan di Negeri Sembilan, beliau telah dibesarkan oleh datuk dan neneknya di Muar, Johor. Beliau juga mempunyai kumpulan ghazal yang diberi nama Saujana, dan pernah menjadi johan 3 tahun berturut-turut bagi pertandingan ghazal peringkat kebangsaan. Beliau mempunyai matlamat tersendiri untuk memartabatkan irama asli & ghazal supaya diterima ramai.

Tagline : Lina Pun Boleh!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KELINA atau KE<3>LINA untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 LINA KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20LINA ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my

GAMBAR PESERTA





Peserta Kilauan Emas 1 - Mursalim bin Muhidin (Aling)







Mursalim bin Muhidin, atau dikenali dengan Aling, merupakan peserta Kilauan Emas 5 yang berasal dari Sandakan, Sabah. Berumur 44 tahun, beliau merupakan bapa kepada 6 orang anak. Selain bekerja sebagai pengawal keselamatan, beliau juga selalu bermain muzik bersama abangnya. Beliau telah mencuba nasib dalam Kilauan Emas bukan saja untuk musim kelima ini, malah sejak dari musim kedua lagi.

Tagline : Ok bah jo, peace!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEALING atau KE<3>ALING untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ALING KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ALING ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my

KILAUAN EMAS 2015




Assalamualaikum, memandangkan seminggu dua nie, aku rasa best sangat tonton rancangan ni, so aku nak kongsi beberapa info yang kita boleh share sama-sama tentang kilauan emas. Biar apa orang kata aku kagum dengan beberapa peserta yang mmg sedap la suara dia.. setakat nie memamg peberet aku wak mustar... mmg best... sedikit info untuk semua yang aku cedok dari astro gempak

INFO RANCANGAN

Konsert Kilauan Emas kali ini akan mempersembahkan 13 peserta otai dari pelbagai latar belakang bertanding untuk merebut gelaran juara Kilauan Emas.

Para peserta akan bertanding di 7 konsert mingguan yang akan mencabar mereka dengan pelbagai tema yang berbeza.

Siapakah yang akan berjaya merangkul gelaran tersebut?

Saksikan persembahan mereka di Konsert Kilauan Emas, setiap Rabu, 9 malam di Astro Prima dan Maya HD

NOTA KILAUAN EMAS

Saksikan keletah para peserta semasa mereka menjalani kelas vocal dan momen menarik sepanjang waktu latihan.

Disini juga penonton akan mendapat sedikit sebanyak informasi mengenai persembahan mereka untuk konsert seterusnya.

Siapakah yang akan berjaya merangkul gelaran tersebut?

Setiap Isnin dan Selasa

Mulai 20th April

9.30 malam

Tayangan Serentak di Astro Maya HD


JURI


Nama : Fazira Binti Wan Chek
Role dalam Kilauan Emas 5 : Juri tetap

Nama : Mohd Shukri bin Shahabudin
Role dalam Kilauan Emas 5 : Juri Tetap


TENAGA PENGAJAR


Nama : Zaharuddin Kamaruddin
Role dalam Kilauan Emas 5 : Guru Persembahan


Nama : Siti Hajar
Role dalam Kilauan Emas 5 : Guru Vokal


Nama : Syafizawati Sharif
Role dalam Kilauan Emas 5 : Guru Nyanyian


HOST


KE yang sinonim dengan KE..hehe

Nama : Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin

Role dalam Kilauan Emas : Host bagi Konsert Kilauan Emas 5.





Yang nie comel.......

Nama : Nor Safiza Iskandar Azizan
Role dalam Kilauan Emas 5 : Host bagi Nota Kilauan Emas & 
pengacara di belakang pentas Konsert Kilauan Emas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...