Isnin, 11 Julai 2011

Biskut Raya Untuk Dijual | SHAHAZRIN.COM

Jualan Biskut Raya Aidiltri dari team Ixora kini bermula


  1. Toasted Coconut Cookies


 2. Coco Flower Cookies


 3. Strawberry Chocolate Cookies


   4. Carnation Flower Cookies


 5. Comot Chocolate Cookies 


  6. Cornflakes Rangup


    7. Sweet-sweet Coffee Cookies (biskut kopi)


 8. Triple Teddy Cookies


Bagi setiap bekas ~
Harga: RM 25 (biskut Triple Chocolate Teddy berharga RM28/sebekas)
Jumlah: 55-60kpg

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

Khamis, 7 Julai 2011

Malaysia Tanah Airku

Lagu Patriotik

"MALAYSIA TANAH AIR KU"




Malaysia oh tanah air ku

Tanah tempat tumpah darah ku

Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa
Sawah mu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang
Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeri ku Malaysia

Pusaka tinggalan moyang ku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia oh tanah air ku


Composed & Written by
Johar Bahar

Ahad, 3 Julai 2011

Sayang abah...

Shahazrin Saharudin

Salam semua, malam nie nak berkongsi luahan hati lak rasanya. Melihat kepada raut wajah abah yang semakin berubah kerana faktor usia membuatkan hatiku merasa hiba. Di kala usia "pencen" abah masih membanting tulang untuk menambah baik ekonomi rumahtangga dan kehidupan  yang masih belum tentu kesudahannya. Alhamdulillah aku bersyukur kerana abah masih sihat dan bertenaga.

Walaupun abah ada meluahkan isi hatinya kepada aku yang hanya semangatnya yang masih kuat jika dibandingkan dengan tenaganya... Kekuatan fizikal yang gah pada diri abah seketika dulu semakin hilang semakin lemah dengan faktor usia yang semakin menigkat.

Keringat yang dulu jatuh kebumi untuk membesarkan anak-anak umpama sungai yang mengalir takkan akan lupakan dan akan sentiasa aku kenang. Sesungguhnya aku sangat menghargai seorang lelaki yang bergelar abah yang sangat aku sayangi. Walaupun aku masih tidak dapat membantu menambah baik kehidupan abah, tapi abah sangat gembira kerana kasih sayang yang kami adik beradik dan anak beranak berikan pada abah.. sayang abah.... Semoga Allah panjangkan usia abah dan memberi kesihatan yang baik untuk abah...AMIN...

Khamis, 30 Jun 2011

Selami kehidupan...

Salam semua, rindu untuk berblog semula... tapi, banyak sangat tanggungjawab yang perlu diselesaikan dan didahulukan. Dalam suasana politik tanah air yang kelam kabut kerana perbuatan beberapa organiasi sekarang nie sibuk la sikit...

Kehidupan penuh suka dan duka, jatuh bangun, pahit manis dan pelbagai perumpamaan yang banyak lagi di ibaratkan dengan kehidupan. Mengenal erti kehidupan menyentuh pelbagai rasa dan emosi. Bagi yang baru melangkah melihat dunia dan mengenali kehidupan saya ucapkan selamat menempuhi satu fasa dalam kehidupan.

Tanggung jawab dalam keluarga dan kerjaya perlu dititik beratkan. Setiap orang ada tanggungjawab yang perlu di pikul. Sebagai seorang pelajar, pelajaran perlulah menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan perkara lain.  Apapun kita perlu tahu tujuan dan arah mana yang perlu kita tuju untuk kita memacu kehidupan yang mendatang.. Biasanya masalah takkan datang kalau kita tak cari. So fikir-fikirkanlah yer....

Isnin, 13 Jun 2011

Ugutan dan Kecurangan

Hiasan : Google

Salam semua, baru-baru ini aku ada terima panggilan dari saudara aku minta pandangan nasihat dari sudut undang-undang tentang suatu hal. Dengan panjang lebar saudara aku nie menceritakan yang dia sekarang cuba untuk menyelamatkan kawan perempuannya yang sedang hanyut dengan lelaki bergelar suami orang kesana kesini berhibur dan bersukaria di pusat-pusat hiburan. Si suami orang ini pula merupakan pegawai berkuasa tempatan yang mempunyai pengaruh dan kuasa untuk mendapatkan hiburan dengan diskaun dan ada juga yang free. ( maaf bahasa kiasan )

Setelah bermacam-macam nasihat diberikan kepada si perempuan dan nasihat itu tidak berguna, saudara aku cuba ambil inisiatif  lain dengan mencari keluarga dan memaklumkan kecurangan yang berlaku di belakang wanita yang bergelar "Isteri" .

Si Isteri paham dengan keperihatinan saudara aku dan mengucapkan jutaan terima kasih. Selang beberapa hari saudara aku mendapat ugutan untuk dicederakan dan ugutan bunuh dari si suami... setelah semua ini berlaku saudara aku minta pendapat aku untuk tindakan.. Tettapi malngnya Khidmat pesanan ringkas yang diterima telah dipadam...


Walau bagaimana pun jika situasi ini berlaku pada sesiapa pun Laporan Polis ( cover report ) amatlah penting.. Ugutan Jenayah adalah Kesalahan Jenayah. Sekiranya bukti SMS telah dipadamkan, pihak yang berkenaan boleh meminta syarikat Telekomunikasi mengeluarkan secara detail SMS yang telah dipadamkan dalam telefon Bimbit. Itu pun sekiranya "perlu" sahaja dan bertujuan untuk membantu siasatan. ada yang buat untuk cover report takut terjadi apa-apa pada masa akan datang.

Apa yang aku harapkan, semoga saudara aku selamat. Insya Allah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...