Selasa, 18 Mac 2014

MH370: Kapal tentera laut Amerika Syarikat tarik diri dari usaha pencarian

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Kidd yang selama ini membantu dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang, akan menarik diri daripada pasukan pencarian antarabangsa itu.



Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan pegawai Pentagon, keputusan itu dicapai kerana kawasan pencarian kini begitu luas sehingga ia dirasakan adalah lebih baik sekiranya pesawat pengawasan digunakan untuk tujuan itu.

Tentera laut Amerika Syarikat bercadang untuk menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan pesawat P-3 Orion.

USS Kidd , menyertai pencarian itu pada minggu lalu dan telah mengalihkan tumpuan ke barat Laut Andaman di atas permintaan kerajaan Malaysia.

"Dengan kawasan carian yang diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, pesawat rondaan jarak jauh seperti P- 8A Poseidon dan P -3C Orion adalah lebih sesuai untuk usaha mencari dan menyelamat," lapor laporan itu.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 18, 2014 09:37 (MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kapal-tentera-laut-amerika-syarikat-tarik-diri-dari-usaha-pencarian-32007?cp

Isnin, 17 Mac 2014

EMAIL DARI MYEG

Telefon percuma dari Myeg

Daha balas pun, itupun selepas hantar 3 email


Greetings from MyEG!

Apologize for the delay as we are sending out the phone batch by batch. You may collect your phone during office hour at MyEG office, 1st Floor KPMG Tower, Bandar Utama (Next to TV3) from 8:00AM-12:00PM, 2:00PM-5:00PM. Alternatively, MyEG provides courier delivery to your preferred address. For the 2nd option, please give us 1-2 weeks allowance for delivery. Please let us know your preferred delivery method.

If you need any further clarification, please do not hesitate to contact MyEG at 03 7801 1688 to know your status of application.


Best Regards,
My E.G. Services Berhad

tq, dan syukur......rezeki...

Rabu, 12 Mac 2014

TELEFON PINTAR PERCUMA: MYEG TIPU AKU?????

Telefon percuma dari Myeg

dua kali aku terima call dari MYEG...
dua kali aku pergi pejabat MYEG...
dua kali aku bagi salinan IC pada MYEG...


Tapi dengan selamba staff MYEG kata. Fon belum ready lagi.... nanti kita call
 dari entri TELEFON PERCUMA MYEG sampai yang nie TELEFON PERCUMA MYEG
apapun takda.... ic aku ngan wife dah kasi...
dengan besar perut wife aku follow dan menapak dari parking yang jauh. dengan harapan staff myeg akan hulurkan sekotak handpon percuma seperti yang dijanjikan melauli telefon...
tapi akhirnya hampa...email dah hantar... telefon bukan main susah lagi... pass sana pass sini... sampai habis kredit.....
pada aku dalam situasi ini... MYEG x serius dan buat aku susah.. x tau nak salurkan maklumat pada siapa lagi....

Alamat : 
Lot 8.02, Level 8, 1 First Avenue, 
Persiaran Bandar Utama, 
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : 03-7801 0188
Faks : 03-7801 0138

Jumpa rakit getah di Selat Melaka

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.
Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.

Foto
Foto
Foto
"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.

"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/12
sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/JumparakitgetahdiSelatMelaka//Article?BeritaUtama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...