Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan

Isnin, 7 April 2014

MH370: Isyarat yang dikesan beri sedikit harapan - Ketua JACC


Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston (kiri) pada taklimat media. --AFP PHOTO / Greg WOOD
PERTH: Kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik dalam 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Houston berkata, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China.

Katanya, dengan pekembangan tersebut, kapal HMS Echo sudah dikerah ke lokasi kapal China Haixun 01 untuk mengesahkan sama ada isyarat itu ada kaitan dengan MH370.

Pada Sabtu, agensi berita Xinhua melaporkankapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi.

Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Namun penerbangan MH370 itu hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat dilancar di Laut China Selatan dengan membabitkan pelbagai negara sebelum diperluaskan ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas terdapat penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.


Berita mula diterbitkan pada: April 06, 2014 13:12 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-isyarat-yang-dikesan-beri-sedikit-harapan-ketua-jacc-33314?cp

Rabu, 2 April 2014

MH370: KPN selar spekulasi yang berterusan burukkan imej Kapten Zaharie

KOTA BAHARU: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kecewa dengan pihak tertentu yang berterusan membuat spekulasi tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 sehingga memalukan keluarga juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Beliau berkata spekulasi berkenaan bukan sahaja boleh memalukan keluarga terbabit tetapi juga ia boleh menjejaskan segala siasatan berhubung kejadian itu.

"Terlalu banyak spekulasi jadi kita kena berhati-hati ketika membaca. Saya tengok anaknya pun sudah menafikan, jadi ada pihak wartawan media (asing) yang kurang beretika sengaja tulis perkara-perkara yang tidak elok.

"Kalau ada yang boleh saya umumkan, saya akan umumkan tetapi kita semua kena faham perkara dalam siasatan, kita takut ia akan menjejaskan penyiasatan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan Sepanjang Hayat Bersama Pucuk Pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Selasa.

Pada hari Isnin, anak Kapten Zaharie, Aishah menyelar laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Khalid berkata terdapat peningkatan kes anggota polis di seluruh negara yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, jantung dan buah pinggang.

Keadaan itu, menurutnya, berikutan keadaan hidup rakyat di negara ini yang bertambah baik dan kemampuan untuk membeli makanan kesukaan masing-masing.

"Benda-benda ini semua perlu dikawal maknanya kita perlu beri kesedaran tentang betapa pentingnya untuk menjaga pemakanan dan kesihatan diri kita melalui senaman-senaman," katanya.

Beliau mengingatkan warga polis agar menjaga kesihatan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik dan menikmati kualiti hidup yang sihat.

Turut hadir isteri Khalid yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Puan Sri Imran Ibrahim, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir.


Berita mula diterbitkan pada: April 01, 2014 22:18 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kpn-selar-spekulasi-yang-berterusan-burukkan-imej-kapten-zaharie-32987?cp

Isnin, 31 Mac 2014

Bila juruterbang keluar bertugas, tidak semestinya akan pulang, kata balu




PUTRAJAYA: Para anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dinasihati agar reda dengan sebarang kemungkinan berlaku terhadap pesawat yang hilang itu.

Perkara ini disampaikan oleh balu kepada juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang suaminya meninggal dalam nahas pesawat 17 tahun lepas.

Norhaslina Hashim, 47, meminta anggota keluarga berkenaan agar terus berdoa untuk orang tersayang mereka yang berada di dalam pesawat.

Beliau berkata bagi dirinya, setiap juruterbang menghadapi risiko besar apabila mereka keluar bertugas dan anggota keluarga terutama isteri juruterbang telah dididik untuk berhadapan dengan risiko kehilangan suami apabila suami mereka bertugas.

Beliau menceritakan bahawa sebelum berkahwin pada tahun 1989, beliau telah diingatkan oleh suaminya, Allahyrham Mejar Azlizan Abdul Manas untuk menerima apa sahaja berita buruk setiap kali beliau keluar bekerja.

"Allahyarham mengingatkan saya dari mula kami berkahwin bahawa apabila beliau keluar bekerja, tidak semestinya dia akan pulang," katanya kepada pemberita di Hotel Everly di sini hari ini, untuk membantu menguatkan semangat anggota keluarga penumpang pesawat yang hilang itu.

Dalam nahas yang menimpa Azlizan, pesawat helikopter Agusta A109E yang dipandunya yang membawa Pengerusi Kumpulan DRB Hicom ketika itu Tan Sri Yahaya Ahmad dan isterinya Puan Sri Rohana Othman dilaporkan hilang dari skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam, ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Mayat ketiga-tiga mereka ditemui dua jam selepas pesawat itu terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Norhaslina berkata dengan kejadian itu, pesanan suaminya bahawa apabila beliau keluar bertugas dan tidak semestinya akan pulang, benar-benar menjadi kenyataan.

Kamarul Mizan Ipit, 50, pula menasihati semua pihak agar tidak menuding jari antara satu sama lain berhubung kejadian kehilangan pesawat itu.

"Anggota keluarga perlu terus maju ke hadapan dan apa yang penting ialah percaya kepada takdir dan teruskan berdoa," katanya yang suaminya Mejar (B) Azhari Ghazali, 50, hampir menemui maut dalam nahas pesawat yang berlaku di Laut China Selatan pada tahun 1996.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 31, 2014 14:51 (MYT)

Sabtu, 29 Mac 2014

MH370: Apa salah dengan teori konspirasi?


KUALA LUMPUR: Kita mungkin akan mengetahui apakah nasib yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang telah hilang hampir tiga minggu lalu, atau mungkin juga tidak.

Atau mungkin juga, biar apa sahaja penemuan dari serpihan pesawat atau kotak hitam yang ditemui, sebahagian dari kita berkemungkinan tidak akan dapat menerimanya.

Pengumuman Perdana Menteri yang pesawat malang itu hilang di bahagian selatan Lautan Hindi, hadir pada hari ke-17 selepas pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu, ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Namun, sejak itu juga pelbagai spekulasi dan teori samakin banyak yang timbul, sehinggakan ke hari ini ada antara kita yang mempersoalkannya (kehilangan pesawat), masih berharap yang pesawat membawa 239 nyawa itu menemui nasib yang lebih baik, tidak hilang di bawah dasar Lautan Hindi.

Berasaskan teori konspirasi juga, ada yang beranggapan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu.

Ada yang mendakwa pesawat dirampas, mendarat di satu kawasan yang tersembunyi dan akan dijadikan senjata. Ada pula yang berkata kejadian didalangi anggota kumpulan rahsia “Illuminati” bagi mendapatkan hak kepada “paten” sesuatu produk. Ada juga yang berkata kononnya pesawat dilencongkan ke Diego Garcia, bagi menyembunyikan kandungan kargo yang dibawa pesawat. Mana boleh kita mengenepikan teori Segitiga Bermuda, Black Hole dan makhluk asing yang banyak diperkatakan.

Kebanyakkan teori melampau dan paranormal ini agak pelik tanpa asas saintifik untuk menyokongnya, ini hanya meningkatkan harapan terhadap ahli keluarga penumpang dan kru yang masih mengharapkan akan ada petunjuk menjelaskan segalanya, meskipun ia sekadar spekulasi.

Bagaimanapun, menurut satu kajian teori konspirasi ada fungsinya – sebagai satu mekanisme untuk orang ramai menghadapi atau memahami sesuatu peristiwa yang buntu.

“Dalam kes pesawat MH370, adalah sukar untuk memahami bagaimana pesawat boleh hilang. Teori konspirasi memberikan ruang untuk sesetengah orang untuk mendapatkan penjelasan buat mereka yang memerlukannya.

“Saya tidak berpendapat teori konspirasi sentiasa memberikan impak negatif. Ia memenuhi fungsinya dalam masyarakat. Ia mungkin bukan fungsi yang baik, atau membantu, tetapi ia memberikan respon rasional terhadap satu fenomena yang sukar,” kata Dr Viren Swami, seorang pakar psikologi dari Universiti Westminster, United Kingdom.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Swami menjelaskan yang sudah menjadi sifat manusia untuk mendapatkan jawapan (terhadap sesuatu persoalan) dan untuk memahami seuatu yang tidak diketahui atau difahami.

“Seseorang itu mungkin tidak percayakan teori konspirasi, tetapi ia memberikan penjelasan ringkas untuk sesuatu perkara yang sukar difahami. Ia membolehkan (pihak yang menerimanya) merasa lebih lega dan baik. Dengan adanya perasaan ini, ia memberikan mereka suara. Ia memberikan mereka seakan kuasa,” katanya.

Penerimaan pelbagai teori mengenai kehilangan ‘misteri’ pesawat juga dikatakan disumbang oleh maklumat bercanggah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, adakalanya tidak disahkan kesahihannya dan juga laporan berbentuk spekulatif oleh pihak media.

Dalam reaksi terhadap peningkatan pelbagai spekulasi, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien terpaksa menghabiskan tempoh sidang medianya untuk menangkis khabar angin, spekulasi dan laporan yang tidak sahih.

Namun apabila ada serpihan ditemui, tetapi tidak disokong oleh data konklusif mengenai di manakah posisi pesawat, tidak dapat tidak, ia menguatkan lagi teori ada cubaan untuk menutup ‘sesuatu’.

Menurut Nicholas DiFonzo, seorang pakar dalam bidang kajian ’khabar angin’ daripada Institut Teknologi Rochester, ramai yang tidak lagi percaya kepada saluran maklumat dan pihak berkuasa terpaksa bekerja keras untuk mengemukakan ‘bukti’ terhadap teori-teori mereka sendiri.

“Adalah penting untuk memastikan orang ramai dan ahli keluarga dimaklumkan (apa jua makumat) bagi mengelak dan menguruskan spekulasi yang tidak diingini. Namun dalam kes ini (MH370) ia sememangnya tidak masuk akal. Saya tidak pasti sama ada penerangan yang lebih baik dari pihak berkuasa akan membantu ( mengurangkan spekulasi),” katanya.

Selain itu, pihak media, internet dan sifat dahagakan maklumat oleh masyarakat memberikan cabaran kepada pihak berkuasa untuk menguruskan krisis sebegini.

“Tumpuan 24-jam media terhadap berita ini menyukarkan lagi keadaan, ini kerana (pihak media) perlu membekalkan orang ramai dengan berita bagi merungkai persoalan. Ramai yang terlalu obses dengan ‘misteri’ ini, ia disumbangkan lagi berita-berita yang disampaikan pihak media, ditambah lagi oleh berita dari internet yang bersifat interaktif,” kata DiFonzo.

Laman media sosial, katanya adalah ruang paling mudah untuk digunakan dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

“Media sosial melakukannya dengan' baik'. Ia memberikan ruang untuk teori konspirasi berkembang tanpa ada pihak yang boleh menangkisnya – tiada bukti-bukti bercanggah atau analisis yang kritikal. Apabila anda memberikan maklumat yang kritikal berkenaan sesuatu teori, ia berjaya mengurangkan andaian ia sekadar satu konspirasi.”

“Rangkaian atas talian adalah “mesra” kepada teori konspirasi dan bertindak sebagai satu ruang bersuara. Mendengar berulang kali dari sumber yang mereka percayai, dan sebagai sebahagian daripada rangkaian dimana ‘kepercayaan’ terhadap teori tertentu disebarkan, menyebabkan seseorang itu akan mudah mempercayai sesuatu teori ,” tambah DiFonzo.

Jadi adakah kita (termasuk mereka yang paling rasional) terdedah untuk menerima dan menyebarkan teori-teori konspirasi,? Jawapannya adalah ‘ya’ kata Swami, namun bergantung kepada pelbagai perkara seperti personaliti dan psikologi seseorang individu.

“Mereka yang lebih mudah terdedah kepada (mempercayai) konspirasi adalah mereka yang mempunyai rasa rendah diri , mereka yang tidak berkuasa dan mereka yang beranggapan tidak diberikan pilihan.

“Apabila anda telah mempercayai teori konspirasi ini, anda juga berkecenderungan untuk menerimanya. Sebagai contoh, jika anda percaya kepada konspirasi serangan 9/11, atau tidak percaya manusia telah menjejak kaki di bulan, anda akan berkecederungan juga untuk mempercayai teori-teori berhubung kehilangan pesawat (MH370),” katanya.


Berita mula diterbitkan pada: Mac 29, 2014 09:52 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-apa-salah-dengan-teori-konspirasi-32739?cp

Interpol kritik kenyataan Zahid bahawa pangkalan datanya lembab


KUALA LUMPUR: Agensi Polis Antarabangsa, Interpol semalam mempertahankan keberkesanan pangkalan datanya untuk menyemak pasport yang disifatkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘terlalu memakan masa' dan 'menyebabkan kelewatan di lapangan terbang’.

Menurut laporan AFP, Interpol yang sebelum ini telah mengecam Jabatan Imigresen Malaysia kerana gagal memeriksa pasport penumpang pesawat MH370 dengan pangkalan datanya, mempertahankan sistemnya itu selepas Zahid berkata pangkalan data yang mengandungi maklumat tentang 40.2 juta pasport hilang, adalah "terlalu besar"dan akan menenggelamkan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

“Jika ada mana-mana pihak yang bertanggungjawab atau patut disalahkan ke atas kegagalan ini, ia hanyalah Jabatan Imigresen Malaysia," kata Interpol seperti yang dilaporkan oleh agensi berita itu.

Interpol berkata bahawa pangkalan data itu hanya mengambil masa selama 0.2 saat untuk mendedahkan sama ada sesuatu pasport disenaraikan dalam data mereka.

"Walaupun sesetengah negara memeriksa pangkalan data kami lebih daripada seratus juta kali setahun, pada tahun 2014 sebelum kehilangan pesawat MH370, Jabatan Imigresen Malaysia tidak menjalankan satu pun pemeriksaan pasport penumpang dengan pangkalan data Interpol.

"Sekiranya Malaysia membuat pemeriksaan menggunakan pangkalan data Interpol, dua penumpang pesawat itu yang telah menggunakan pasport curi akan dapat dikesan hampir serta merta,” dakwanya.

Susulan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu, dua warganegara Iran dikesan menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat itu.

Pada Rabu, Zahid memberitahu Parlimen bahawa memeriksa pangkalan data Interpol akan memakan masa yang lama untuk pegawai imigresen melakukannya dan ia juga akan menyebabkan kelewatan di lapangan terbang.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan Zahid berkata bahawa operasi Jabatan Imigresen Malaysia adalah "bertaraf dunia" apabila menjalankan kawalan di sempadan.

Zahid juga dilaporkan berkata pegawai-pegawai imigresen yang menjaga pintu masuk Malaysia telah dilatih oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada untuk menjalankan pemeriksaan pemprofilan dan mengesan dokumen perjalanan palsu.

Sebarang keraguan katanya akan membawa kepada pemeriksaan kali kedua menerusi Pusat Pemeriksaan Dokumen (DEC).

DEC juga mempunyai makmal khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang digunakan oleh pihak imigresen untuk memeriksa sebarang dokumen yang meragukan sejak tahun 2007 lagi.


Berita mula diterbitkan pada: Mac 29, 2014 12:57 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/interpol-kritik-kenyataan-zahid-bahawa-pangkalan-datanya-lembab-32747?cp

MH370: Lima pesawat lihat beberapa objek pelbagai warna terapung

Petugas bersedia mengeluarkan helikopter Sea Hawk dari pesawat C-17 milik Tentera Udara Di Raja
Australia selepas pesawat itu mendarat di Pangkalan RAAF Base. --AP Photo/Rob Griffith

KUALA LUMPUR: Lima pesawat dilaporkan terlihat beberapa objek pelbagai warna ketika dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Jumaat.

Misi mencari tersebut kini telah berakhir dengan pencarian dalam kawasan seluas 256,000 kilometer persegi.

Imej fotografik objek-objek tersebut telah diambil dan ia akan dikaji malam ini.

Objek-objek terbabit setakat ini masih belum disahkan atau dinafikan sebagai milik MH370 sehingga ia ditemui dan dibawa balik oleh kapal.

Pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja New Zealand (RNZAF) dilaporkan melihat beberapa objek berwarna putih dan terang serta satu boya memancing.

Sementara itu, pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja Australia (RAAF) turut melihat objek sama yang dilihat pesawat RNZAF, disamping dua objek segi empat tepat berwarna biru/kelabu terapung di permukaan laut.

Pesawat P3 Orion kedua milik RAAF turut melihat beberapa objek pelbagai warna di satu kawasan lain, kira-kira 546 kilometer dari kawasan penglihatan pertama.

Sejumlah sepuluh pesawat dikerahkan dalam misi pencarian hari ini oleh AMSA, dan kini telah meninggalkan lokasi pencarian.

AMSA telah mengarahkan kapal peronda Pentadbiran Maritim China, Haixun 01, yang berada berhampiran kawasan pencarian dan akan tiba untuk mencari dan mendapatkan objek-objek terbabit, esok.

Cuaca pada Sabtu dijangka sesuai untuk misi mencari.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-lima-pesawat-lihat-beberapa-objek-pelbagai-warna-terapung-32725?cp

Jumaat, 28 Mac 2014

MH370: Berkemungkinan terbang lebih pantas, kawasan pencarian diubah


KUALA LUMPUR: Kawasan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang 8 Mac lalu kini diubah lokasinya susulan penemuan baharu yang kredibel oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web AMSA, hasil maklumat yang disampaikan oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia, kawasan pencarian baharu akan diubah lokasinya 1,100 kilometer ke Timur Laut.

Agensi penyiasat, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), telahpun memeriksa maklumat yang diberikan dan berpendapat maklumat itu adalah paling kredibel untuk mengesan kawasan serpihan.

Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan merangkumi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth.

Maklumat terbaharu ini adalah berdasarkan analisa data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sehingga hubungan radar terputus.

Hasil siasatan juga mendapati pesawat terbang lebih pantas dari masa yang dianggarkan sebelum ini, menyebabkan peningkatan penggunaan minyak dan berkemungkinan mengurangkan jaraknya menuju ke Lautan Hindi.

ATSB juga berpendapat maklumat akan lebih diperincikan oleh pasukan penyiasat yang kini terus menganalisa maklumat radar.

Pertubuhan Perisikan-Geopatial Australia juga dilaporkan kini sedang berusaha mendapatkan imej satelit di kawasan baharu ini.

Sementara itu keadaan cuaca dlaporkan semakin baik dengan 10 pesawat telah ditugaskan untuk meneruskan misi pencarian hari ini.

Ia termasuk dua kapal P3 Orion milik Tentera Udara Australia, sebuah jet milik pasukan Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion milik Jepun, Sebuah P3 Orion milik Republik Korea, sebuah pesawat Hercules 130 milik Republik Korea, sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 milik tentera China, sebuah P8 Poseidon milik tentera laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat awam untuk tujuan komunikasi.

Sebuah lagi pesawat P3 Orion turut diletakkan dalam keadaan bersedia di pelabuhan Pearce sekiranya terdapat penemuan baharu.

Ketika ini terdapat enam kapal di kawasan pencarian termasuk HMAS Sucess dan lima kapal milik China.
AMSA dan ATSB dijangka akan mengadakan satu siding akhbar mengenainya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan.



Berita mula diterbitkan pada: Mac 28, 2014 10:26 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-berkemungkinan-terbang-lebih-pantas-kawasan-pencarian-diubah-32681?cp

MH370: Kerajaan tidak akan menyerah kalah - DCA


BEIJING: Kerajaan Malaysia tidak akan menyerah kalah dalam usaha mencari Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) walaupun kotak hitam pesawat hanya mengeluarkan isyarat selama 30 hari.

Pengarah Perkhidmatan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Ahmad Nizar Zolfakar berkata kerajaan Malaysia telah memberi komitmen untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga kotak hitam pesawat dijumpai.

Nizar berkata kerajaan akan mencontohi langkah yang diambil dalam operasi SAR bagi penerbangan 447 Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009.

"Masa dua tahun diambil untuk menjumpai kotak hitam Air France 447, daripada pesawat Air France 447, oleh itu kami akan menjadikannya sebagai contoh dalam misi SAR untuk MH370.

"Mencari kotak hitam adalah usaha yang diberi keutamaan peringkat tertinggi oleh kerajaan (Malaysia)," kata beliau.

Nizar berkata demikian pada taklimat antara delegasi tertinggi Malaysia dan anggota keluarga penumpang warga China pesawat malang itu di sini pada Khamis. Taklimat itu yang bermula pukul 3 petang berakhir pada 6.40 petang (waktu tempatan).

Sementara itu, Komander Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad meminta keluarga penumpang tidak menganggap taklimat itu sebagai perbicaraan dan membangkitkan persoalan membabitkan aspek perundangan.

Semasa taklimat, berpuluh-puluh persoalan teknikal dan bersifat spekulasi ditanya oleh anggota keluarga.

Persoalan itu membabitkan kemudahan yang dilengkapi di dalam pesawat Boeing 777-200ER untuk menghalang rampasan, ketinggian maksimum penerbangan MH370, tempoh pesawat boleh terbang melepasi had ketinggian, bekalan oksigen yang mencukupi dan reaksi fizikal penumpang di dalam pesawat sebaik mencapai had ketinggian.

Anggota keluarga juga bertanya sama ada panggilan telefon satelit dibuat ketika sistem Komunikasi dan Pelaporan pesawat (ACARS) dan peralatan transponder dimatikan.

Anggota keluarga juga meminta wakil dari syarikat Rolls-Royce (pembuat enjin) dan Boeing hadir pada taklimat akan datang.

Delegasi tertinggi itu yang diketuai Ackbal tiba di Beijing Khamis lepas.

Delegasi itu, mengandungi wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines ditugaskan untuk memberi taklimat kepada anggota keluarga berhubung perkembangan terkini pencarian pesawat.

Kira-kira 154 warga China adalah antara 227 penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Misi pencarian pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian, di sepanjang dua koriror -- koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Hasil analisis data satelit yang belum pernah diguna pakai sebelum ini, firma telekomunikasi satelit United Kinghdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) membuat rumusan bahawa Penerbangan MH370 terbang melintasi koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.


Berita mula diterbitkan pada: Mac 28, 2014 07:06 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kerajaan-tidak-akan-menyerah-kalah-dca-32675?cp

Khamis, 27 Mac 2014

"Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," terang Intan pada anak


KUALA LUMPUR:
"Papa pergiwork,tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu...''

Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa.

Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.

Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.

Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.

Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.

Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan.

Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.
 

               "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

            "(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.''
- Al-Hadid 22-23.

Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.

"Saya akanmove on,saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.''

Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan.

Seperti biasa bersalaman dan ungkapan"I love you''menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.

Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy' (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin.

Rain INtan

Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.

               "Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

               "Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi..''
- Yaasin 81-82.

Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini.

Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.

Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane' papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 27, 2014 07:42 (MYT)

MH370: Bagaimana ping berfungsi?




KUALA LUMPUR: 8.11 pagi pesawat MH370 menghantar ‘Ping’ atau komunikasi elektronik "Handshake" kepada satelit untuk kali terakhir.

Ini menandakan pesawat berkenaan masih berada di ruang udara.

Namun ini tidak memberi sebarang data tentang altitud, lokasi dan kelajuan pesawat tersebut.

Selepas dua minggu tanpa sebarang maklumat yang boleh dipercayai, Inmarsat yang memiliki satelit 3F-1 bekerjasama dengan pakar lain berjaya mengecilkan kawasan carian kepada koridor selatan.

Satelit 3-F1 milik Inmarsat merupakan satelit tertua yang berkhidmat untuk industri penerbangan.

3-F1 merupakan satelit Geo-Stationery kerana orbitnya berada pada lokasi yang sama.
Ia mengelilingi bumi sekali setiap hari serta bergerak ke atas dan ke bawah ekuator

Sebelum Inmarsat dapat menentukan lokasi sebenar MH370, ia perlu mengambil kira lokasi satelit semasa ia berpusing mengelilingi bumi

Inmarsat bergantung kepada tiga cara jangkaan kelajuan kapal terbang, lokasi satelit dan kesan ‘doppler’ bagi mengesan Ping

Menggunakan satelit 3-F1, Inmarsat mengesan Ping pesawat untuk mengesan kedudukan yang mungkin dilalui MH370

Oleh kerana tidak berjaya, Inmarsat bertukar kepada alternatif menggunakan kesan doppler.

Kesan doppler dapat difahami dengan mengambil contoh bunyi siren ambulans. Bunyi siren bertukar lebih kuat apabila ambulans semakin menghampiri anda. Ini dinamakan kesan Doppler, iaitu penggunaan frekuensi gelombang bunyi.

Menggunakan kekerapan Ping ke satelit bersama dengan analisis kelajuan pesawat, maka laluan MH370 dapat dijejaki dengan lebih tepat.

Persoalannya berapa jauh lagi MH370 terbang selepas Ping terakhirnya pada pukul 8.11 pagi?

Di antara jam 8.11 dan 9.11 pagi, penyiasat percaya MH370 terhempas ke dalam Lautan Hindi dengan anggapan MH370 terbang secara relatifnya pada kelajuan dan haluan yang sama.

Walaupun pencarian MH370 kekal di Selatan Lautan Hindi, namun ia tetap meliputi kawasan yang terlalu luas serta mengambil masa dan tenaga yang ramai.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 27, 2014 11:23 (MYT)
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-bagaimana-ping-berfungsi-32621?cp


MH370: Redha seorang isteri

KUALA LUMPUR: Bukan senang untuk menerima hakikat kehilangan pesawat yang berakhir di Lautan Hindi.

Begitulah yang dialami ahli keluarga penumpang serta anak kapal penerbangan MH370.

Biarpun sukar bagi pihak media untuk mendapatkan reaksi mereka, akan tetapi kemaskini di laman media sosial peribadi meruntun jiwa sahabat serta keluarga terdekat mereka.



Bagi Intan Maizura Othaman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan, harapan untuk suaminya pulang masih kekal di kotak pemikirannya sejak hari pertama kehilangan pesawat itu dilaporkan.

Dia tetap optimis bahawa suaminya akan pulang ke pangkuan keluarga pada masa akan datang.



Biarpun misteri kehilangan pesawat itu terus menghantuinya, Intan terkejut dengan laporan pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi.

Baginya, dia perlu tabah dan kuat untuk dalam melalui situasi ini terutamanya untuk memberitahu insan kesayangannya, Iman dan Muhammad bahawa bapa mereka sudah tiada.

Dia masih ingat janjinya kepada Hazrin untuk menjadi pemimpin kepada bidadari di syurga. Ingatan itu disulami doa moga dipertemukan mereka di syurga di samping

Intan terus berdoa moga suaminya ditempatkan di kalangan orang beriman.


Berita mula diterbitkan pada: Mac 25, 2014 17:11 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-redha-seorang-isteri-32521?cp

MH370: MRSA kesan 122 objek baru - Hishammuddin

MH370: MRSA kesan 122 objek baru - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 122 objek dikenal pasti oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) di kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, MRSA telah menerima imej satelit baru itu dari Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpengkalan di Perancis.

Katanya imej-imej yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 itu diambil pada 23 Mac, di mana Australia, China dan Perancis telah pun mengedarkannya.

"MRSA telah menganalisa imej-imej tersebut di kawasan lautan berukuran 400 kilometer persegi, dan telah kenal pasti 122 objek-objek berpotensi.

"Ada objek yang berukuran satu meter panjang... yang lain-lainya berukuran 23 meter. Ada juga objek yang kelihatan terang, yang berkemungkinan terdiri daripada bahan pejal," kata Hishammuddin pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

sat1
Imej 122 objek baru yang dikesan MRSA

Katanya penemuan terbaru MRSA itu telah diserahkan segera kepada Pusat Koordinasi Menyelamat Australia di Perth, semalam (Selasa).

Jelas Hishammuddin, pihaknya masih tidak dapat memaklumkan sama ada objek-objek itu ada kaitan dengan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac itu.

sat2

Walau bagaimanapun, katanya ini adalah penunjuk baru yang boleh membantu dalam operasi yang sedang giat dijalankan melibatkan 26 buah negara.

"Kami kini telah mempunyai empat petunjuk satelit berasingan, iaitu dari Australia, China dan Perancis, yang menunjukkan serpihan pesawat.

"Ia penting bagi kami untuk mengaitkan serpihan dengan MH370. Ini akan membolehkan kami untuk mengurangkan lagi kawasan carian, dan mencari lebih serpihan pesawat," kata Hishammuddin.

Sementara itu, dalam perkembangan operasi, Australia sedang mengetuai usaha pencarian di selatan Lautan Hindi di mana Malaysia masih terus memainkan peranan sebagai penyelaras operasi.

Kata Hishammuddin, semua negara sedang mempamerkan tahap kerjasama yang luar biasa dalam usaha ini.

Menurutnya, Australia telah membahagikan kawasan pencarian kepada dua sektor iaitu Timur dan Barat, di mana enam pesawat akan dikerahkan ke sektor Timur dan enam pesawat akan ke sektor Barat.

Di sektor Timur, operasi pencarian akan melibatkan sebuah P3 Orion milik Australia, tiga pesawat awam Australia, sebuah pesawat Ilyushin IL-76 milik China dan sebuah lagi P3 Orion milik New Zealand.

Di sektor Barat pula, pesawat-pesawat yang terlibat ialah sebuah P8 Poseidon milik Amerika Syarikat, empat buah P3 Orion yang masing-masing milik Korea, Jepun dan Australia, dan sebuah pesawat awam.


Berita mula diterbitkan pada: Mac 26, 2014 19:57 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mrsa-kesan-122-objek-baru-hishammuddin-32591?cp

Rabu, 26 Mac 2014

'Cara perjalanan paling selamat adalah melalui pengangkutan udara'

'Cara perjalanan paling selamat adalah melalui pengangkutan udara'

KUALA LUMPUR: Menggunakan pengangkutan udara adalah cara yang paling selamat untuk membuat sesuatu perjalanan dan tiada sebab untuk ‘fear of flying’ atau perasaan takut untuk terbang dijadikan sebab untuk tidak menggunakan servis penerbangan.

Ini adalah pandangan pakar-pakar penerbangan selepas kejadian yang melibatkan kemalangan udara semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Pensyarah Universiti Putra Malaysia Jabatan Kejuruteraan Aero Angkasa, Dr Kamarul Arifin Ahmad sekiranya kemalangan udara berlaku, ia tidak selalunya melibatkan kehilangan nyawa kerana langkah berjaga-jaga memang diambil oleh setiap syarikat penerbangan.

k

“Statistik menunjukkan bahawa kemalangan pesawat yang melibatkan kematian tidak sampai 1% dan ini sangat rendah berbanding kemalangan jalan raya,” katanya kepada Astro AWANI.

Perunding Kejuruteraan Aero Angkasa , Dr Ahmad Samsuri Mohktar pula berkata sememangnya ‘fear of flying’ atau perasaan takut untuk terbang menggunakan pesawat wujud.

“Tetapi harus diingat bahawa di Malaysia kemalangan udara yang terakhir yang melibatkan kehilangan nyawa belaku pada tahun 1977 dan terkini adalah kemalangan pesawat MH370.

“Tempoh antara dua kemalangan tersebut agak lama,” katanya.

j

Namun demikian beliau berkata, sememangnya orang ramai tidak dapat lari daripada berdepan dengan ‘fear of fying’.

“Oleh sebab itu, pihak penerbangan harus mengambil langkah berjaga-jaga.

“Mereka harus mengikut protokol yang ada secara teliti contohnya menghantar pesawat untuk peyelenggaraan dan sebagainya,” katanya.

Menurut Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Noor ‘fear of flying’ semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia dan ia semakin ketara terutamanya apabila berlakunya insiden seperti kehilangan pesawat MH370.

Pada 8 Mac lalu, pesawat MAS MH370 yang dijadual tiba di Beijing, hilang dengan 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk Malaysia.

Pada 21 Mac, tingkap pesawat MAS MH114 dilanggar burung sewaktu mendarat di Nepal, Kathmandu, dan semua 180 penumpang dan anak kapal selamat.

Pada 24 Mac pula, pesawat MAS MH006 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Pagi tadi, sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri semasa penerbangannya ke Kuala Terengganu.


Berita mula diterbitkan pada: Mac 26, 2014 16:33 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/cara-perjalanan-paling-selamat-adalah-melalui-pengangkutan-udara-32581?cp

MH370: Pencarian serpihan, rangka dan objek ambil masa

MH370: Pencarian serpihan, rangka dan objek ambil masa



KUALA LUMPUR: Selepas nasib pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, usaha mencari kini tertumpu di bahagian selatan Lautan Hindi.

"Apa yang kita perlu lakukan pada minggu dan bulan akan datang ialah mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek berkaitan pesawat MH370 supaya boleh kita mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa MH370 telah hilang di selatan Lautan Hindi," katanya.

Perdana Menteri mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi pada Ahad.
Ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat pada Isnin, Najib merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan 227 penumpang serta 12 anak kapal penerbangan MH370.

Najib berkata walaupun jawapan berhubung misteri kehilangan pesawat itu hanya boleh dirungkai oleh rakaman perbualan kokpit dalam kotak hitam, siasatan terperinci perlu dilakukan secara profesional disertai dengan komitmen.

Susulan analisis data terbaharu, operasi mencari dan menyelamat di koridor utara dan bahagian utara koridor selatan dekat Indonesia, dihentikan.

Koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand sementara koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), dalam kenyataan hari Selasa, menyebut usaha pencarian MH370 di Lautan Hindi ditangguh berikutan cuaca buruk dan laut bergelora.

Kenyataan itu menyebut kawasan berkenaan dijangka mengalami ombak setinggi 2 meter dan boleh mencecah empat meter selain diramal mengalami tiupan angin kencang sehingga 80 kilometer sejam beserta hujan lebat dan awan rendah dengan ketinggian antara 60 dan 150 meter.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya pula berkata MAS memberi bantuan awal kewangan US$5,000 kepada anggota keluarga terdekat setiap penumpang MH370. Beliau juga berkata sejak penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac, syarikat itu memfokus kepada keselesaan dan khidmat sokongan untuk anggota keluarga penumpang selain menyokong usaha pencarian.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan mengumumkan hasil siasatan terhadap penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu kerana ia akan menjejaskan siasatan ketika ini.

Beliau bagaimanapun berkata siasatan yang menjurus kepada empat elemen iaitu rampasan, sabotaj, masalah mental dan masalah peribadi, tidak berubah.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 26, 2014 08:48 (MYT)


Selasa, 25 Mac 2014

Malaysia: Missing Flight Crashed In Indian Ocean




KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — The missing Malaysia Airlines plane crashed into a remote corner of the Indian Ocean, the nation's prime minister said Monday night, citing a new analysis of satellite data. The statement was the first major step toward resolving a 2-week-old mystery that has consumed the world.

But with the location of Flight 370 itself still unknown — most likely somewhere at the bottom of the sea — profound questions remain about what brought down the aircraft and why.

Dressed in a black suit, Prime Minister Najib Razak announced the news in a brief statement to reporters late Monday night, saying the information was based on an unprecedented analysis of satellite data.

He said the data indicated that the Boeing 777, which took off from Kuala Lumpur for Beijing on March 8 with 239 passengers and crew, flew "to a remote location, far from any possible landing sites."

"It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, Flight MH370 ended in the southern Indian Ocean."

In Beijing, relatives shrieked and sobbed uncontrollably and men and women held up their loved ones when they heard the news. Their grief came pouring out after days of waiting for definitive word on the fate of their relatives aboard the missing plane.

Chinese, Australian Planes See Possible DebrisPlay videoChinese, Australian Planes See Possible Debris The family members in Beijing had been called to a hotel near the airport to hear the announcement. Afterward, they filed out of a conference room in heart-wrenching grief.

One woman collapsed and fell on her knees, crying "My son! My son!"

In Kuala Lumpur, Selamat Omar, the father of a 29-year-old aviation engineer who was on the flight, said some members of families of other passengers broke down in tears at the news.

"We accept the news of the tragedy. It is fate," Selamat told The Associated Press.

Selamat said the airline hasn't told the families yet whether they will be taken to Australia, which is coordinating the search for the plane. He said they expect more details Tuesday.

Search teams from 26 nations have pored over radar data and scoured a wide swath of Asia for weeks with advanced aircraft and ships in a deeply frustrating attempt find the plane.

Malaysia Airlines said in a statement to the families that "our prayers go out to all the loved ones of the 226 passengers and of our 13 friends and colleagues at this enormously painful time."

"We know there are no words that we or anyone else can say which can ease your pain," the airline said. "The ongoing multinational search operation will continue, as we seek answers to the questions which remain."

A Malaysia Airlines official, who declined to be named citing company policy, said there are no plans to fly the families to the Australian city of Perth until wreckage is found.

The plane's disappearance shortly after takeoff from Kuala Lumpur on a routine flight to Beijing has baffled investigators, who have yet to rule out mechanical or electrical failure, hijacking, sabotage, terrorism or issues related to the mental health of the pilots or someone else on board.

Officials have said that the plane automatically sent a brief signal — a "ping" — every hour to a satellite belonging to Inmarsat, a British company, even after other communication systems on the jetliner shut down.

The pings did not include any location information, but an initial analysis showed that the location of the last ping was probably along one of two vast arcs running north and south.

Najib said Inmarsat had done further calculations "using a type of analysis never before used in an investigation of this sort," and had concluded that the plane's last position was "in the middle of the Indian Ocean, west of Perth."

On Monday, ships rushed to the location of floating objects spotted by Australian and Chinese planes in the southern Indian Ocean close to where multiple satellites have detected possible remains of the lost airliner.

One ship was carrying equipment to detect the plane's vital black box, but it remained uncertain whether the vessels were approaching a successful end to the search or another frustrating dead end.
___________
Associated Press writers Scott McDonald in Kuala Lumpur and Ian Mader and Christopher Bodeen in Beijing contributed to this report.

Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi

Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi


KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.

MH370 | Kenyataan penuh sidang media Perdana Menteri

MH370

Petang ini saya telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, menurut data terkini yang diperolehi, saya ingin memaklumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan satu sidang media esok (Selasa) bagi memberikan butiran lanjut. Buat masa ini, kami akan terus memaklumkan tentang perkembangan baru ini secepat yang mungkin. Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan menghormati ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang sentiasa menjadi panduan dalam siasatan ini.

Malaysia Airlines sudah berhubung dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan terbaru ini. Buat mereka, beberapa minggu lepas merupakan masa yang amat memilukan; saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media agar menghormati privasi mereka dan memberikan mereka sedikit ruang yang amat diperlukan di saat-saat sukar seperti ini.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 24, 2014 23:27 (MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/kenyataan-penuh-sidang-media-perdana-menteri-32480?cp

MH370 | Kenyataan Penuh MAS

Kenyataan penuh MAS

Malaysia Airlines dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kami terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Seperti yang akan anda dengar tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.

Bagi pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini.

Kami tahu tidak ada kata-kata yang boleh kami atau sesiapa pun ucapkan untuk meringankan kepedihan itu. Kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada anda, seperti yang telah kami lakukan sejak MH370 mula-mula hilang pada awal pagi 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Operasi mencari yang sedang dijalankan oleh pelbagai negara akan diteruskan sementara kita mencari jawapan kepada persoalan yang masih belum berjawab. Di samping usaha mengesan MH370, ada juga satu siasatan menyeluruh yang kami harapkan akan memberikan jawapan itu.

Kami juga ingin memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus memberikan anda sokongan penuh untuk mengharungi minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang.

Sekali lagi, dengan penuh rendah hati kami panjangkan ingatan, doa dan takziah yang penuh ikhlas kepada semua yang terjejas dengan tragedi itu.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 25, 2014 00:30 (MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/kenyataan-penuh-mas-32484?cp

Ahad, 23 Mac 2014

10 ciri-ciri Mozilla yang anda perlu tahu

KUALA LUMPUR: Bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad, Mozilla bakal mengeluarkantelefon pintarberharga $25 (RM81.90) dengan sistem operasi Firefox (Firefox OS)  di Malaysia.

Pelancaran telefon pintar ini akan mewujudkan pasaran baru bagi mereka yang tidak mampu memiliki telefon pintar.

Telefon pintar ini direka untuk pengguna yang hanya mahu menggunakan ciri-ciri penting sahaja seperti menelefon, menghantar mesej melalui WhatsApp, tangkap gambar atau melayari internet.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang gergasi internet Mozilla:

mozilla infogfx

Berita mula diterbitkan pada: Mac 01, 2014 14:48 (MYT)

MH370: Pencarian objek yang dikesan satelit satu cabaran


MH370: Pencarian objek yang dikesan satelit satu cabaran



KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang ditempatkan di koridor selatan bakal berdepan dengan pelbagai cabaran ekoran keadaan Lautan Hindi yang disifatkan ‘ganas’.

Bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau, MAS, Kapten Datuk Nik Huzlan Nik Hussain menyuarakan pandangannya itu semasa menjadi tetamu dalam program Agenda AWANI pada Sabtu.Menurut Nik Huzlan, ombak yang tinggi di Lautan Hindi boleh mencecah sehingga 40 kaki selain tiupan angin yang kuat di kawasan tersebut bakal merumitkan proses pencarian MH370.“Keletihan pasukan SAR juga perlu diambil kira. Mereka berdiri di tingkap pesawat seharian ditambah pula kemungkinan pesawat yang sentiasa bergoyang.“Selain itu, kita perlu mengambil kira ketahanan pesawat itu sendiri. Dari pangkalan menuju ke tempat pencarian mungkin mengambil masa empat jam, jika dikira tempoh pergi dan balik, itu sahaja sudah memakan masa lapan jam. Ini tidak termasuk tempoh waktu yang mereka habiskan di tengah lautan bagi mencari pesawat itu,” katanya.

Mengulas mengenaisalinan transkrip komunikasipada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan yang didakwa diperolehi akhbar The Telegraph, Nik Huzlan menganggapnya sebagai meragukan dan sebagai satu "jenaka".

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad menyuarakan kemungkinan imej objek yang dikesan satelit kerajaan China ada kaitan dengan imej objek yang dikesan pihak berkuasa Australia sebelum ini.

“Sebenarnya ia bergerak dalam orbit yang sama dengan orbit sensor optik. Kita maklum ia tidak dapat dikesan pada setiap hari tetapi akan datang pada laluan lebih kurang dua hingga tiga hari pada satu-satu lokasi.“Tetapi pada masa sama kita juga faham objek ini akan bergerak. Jadi mungkin koordinat yang diberikan sebelum ini telah bergerak ke tempat lain,” kata Dr Ahmad Sabirin.


Untuk menyaksikan rakaman penuh Agenda AWANI,klik di sini.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 23, 2014 08:29 (MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pencarian-objek-yang-dikesan-satelit-satu-cabaran-32351?cp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...