Isnin, 27 April 2015

KILAUAN EMAS 2015




Assalamualaikum, memandangkan seminggu dua nie, aku rasa best sangat tonton rancangan ni, so aku nak kongsi beberapa info yang kita boleh share sama-sama tentang kilauan emas. Biar apa orang kata aku kagum dengan beberapa peserta yang mmg sedap la suara dia.. setakat nie memamg peberet aku wak mustar... mmg best... sedikit info untuk semua yang aku cedok dari astro gempak

INFO RANCANGAN

Konsert Kilauan Emas kali ini akan mempersembahkan 13 peserta otai dari pelbagai latar belakang bertanding untuk merebut gelaran juara Kilauan Emas.

Para peserta akan bertanding di 7 konsert mingguan yang akan mencabar mereka dengan pelbagai tema yang berbeza.

Siapakah yang akan berjaya merangkul gelaran tersebut?

Saksikan persembahan mereka di Konsert Kilauan Emas, setiap Rabu, 9 malam di Astro Prima dan Maya HD

NOTA KILAUAN EMAS

Saksikan keletah para peserta semasa mereka menjalani kelas vocal dan momen menarik sepanjang waktu latihan.

Disini juga penonton akan mendapat sedikit sebanyak informasi mengenai persembahan mereka untuk konsert seterusnya.

Siapakah yang akan berjaya merangkul gelaran tersebut?

Setiap Isnin dan Selasa

Mulai 20th April

9.30 malam

Tayangan Serentak di Astro Maya HD


JURI


Nama : Fazira Binti Wan Chek
Role dalam Kilauan Emas 5 : Juri tetap

Nama : Mohd Shukri bin Shahabudin
Role dalam Kilauan Emas 5 : Juri Tetap


TENAGA PENGAJAR


Nama : Zaharuddin Kamaruddin
Role dalam Kilauan Emas 5 : Guru Persembahan


Nama : Siti Hajar
Role dalam Kilauan Emas 5 : Guru Vokal


Nama : Syafizawati Sharif
Role dalam Kilauan Emas 5 : Guru Nyanyian


HOST


KE yang sinonim dengan KE..hehe

Nama : Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin

Role dalam Kilauan Emas : Host bagi Konsert Kilauan Emas 5.





Yang nie comel.......

Nama : Nor Safiza Iskandar Azizan
Role dalam Kilauan Emas 5 : Host bagi Nota Kilauan Emas & 
pengacara di belakang pentas Konsert Kilauan Emas.

Isnin, 13 April 2015

Minuman Kultur Tak Bahaya la...


Bahaya Minuman Kultur Kepada Kanak-Kanak, Benarkah Penyebab Kanser?

Baru-baru nie kecoh pasal vitegen dan aku rasa ada yang dah dapat jawapan, tapi aku masih menerima wasup dari rakan-rakan pasal vitegen nie.. biar aku cuba tegaskan disini.. rasanya dah lama aku minum vitagen nie.. dari kecik.. alham dulillah ok jer... sekarang anak-anak aku pulak yang minum.. rasanya info yang diterima lebih kurang macam nie

” Ibu2 tlg la jgn bg anak2 minum vitagen, solivite n segala jenis yogurt. Info dari seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser. Bakteria idup yg mengaktifkan sel kanser. Dr yg rawat aruah anak dia bagitau. Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh maktifkan sel kanser. Bakteria baik yang berlebihan tula penyebab aktifnya sel kanser. Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum. Tp pesakit kanser xbole makan or minum bakteria hidup”

aku kalau terima msg mcm nie, susah nak fwrd lebih-lebih lagi yang melibatkan fakta.so kalau takda asas yang cukup mmg aku x fowrd,so dalam duk mak ayah kelam kabut baca msg nie ada yang  tampil sebagai Dr. terangkan maksud sebenar berkaitan minuman kulur ini

Menurut Doktor Hairin Anisa ” Maaf, info ini salah. Bakteria yang baik tidak mengaktifkan sel kanser…tapi dalam kes mereka yg sudah ada kanser, sel kanser & rawatan chemotherapy tersebut akan mengurangkan daya tahan tubuh pesakit, maka apa2 yang mengandungi bakteria hidup (baik@jahat), makanan mentah @ separuh masak memang kita tak benarkan pesakit kanser mengambilnya. Utk mengelakkan kanser lebih baik makan ikut Sunnah Rasulullah SAW, pastikan anak menyusu badan, kurangkan makanan & minuman dari tin (aluminium), kurangkan pengambilan makanan ada MSG ( spt potato crips), melayu kata jajan…Saya rasa ibu tersebut tersalah paham apa yang doktor maksudkan

Bahaya Minuman Kultur Kepada Kanak-Kanak, Benarkah Penyebab Kanser?

Sedikit lagi info...

Doktor Zubaidi Haji Ahmad:
DAKWAAN MINUMAN YANG MENGANDUNGI PROBIOTIK BOLEH MENYEBABKAN KANSER.
Saya berpendapat ia adalah satu dakwaan tidak munasabah kerana tidak diberikan bukti. Lebih elok dakwaan seperti ini disertakan dengan nama doktor dan hospital mana dia bekerja agar penjelasan yang lebih baik dapat diperolehi dari doktor tersebut.
Ada beberapa kemusykilan dakwaan ini.
Nama doktor yang dikatakan mengucapkan dakwaan ini tidak diberitahu. Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doctor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.
Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.
Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.
Ini termasuk :
1. Pesakit HIV / AIDS
2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.
3. Pesakit diabetes
4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis
6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE
7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid
8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.
Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser.
So, jangan mudah terpedaya dengan fakta kosong yang tiada asasnya..kalau terima apa2 msg dr wasup dsb kita kena periksa betul2.. jangan tau nak fwrd jer... nanti hura hara... dan huru hara tu berpunca dari kita...

Stok xda..




Pagi-pagi dah macam-macam hal pulak opis nie, semua barang yang nak mintak nak guna segera stock xda.. sampai stock kat store paling besar kat malaysia nie pun stok xda.
betul-betul bajet terhad la gov sekarang nie.

Xkan la nak guna duit poket sendiri, pening r...

Sabtu, 11 April 2015

Jumaat, 10 April 2015

Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian sahabat rapatnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan dua orang pegawai kanannya Datuk Seri Azlin Alias dan Datuk Mohd Po'ad Jelani, baru-baru ini sebagai satu tragedi peribadi.

Walaupun bersedih, perdana menteri berkata kematian mereka telah mendorongnya untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara," kata beliau semasa wawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas, yang disiarkan malam tadi.

Beliau berkata ketiga-tiga arwah telah banyak memberi sumbangan serta telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

"Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.

"Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Po'ad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.

Jamaluddin yang merupakan anggota Parlimen Rompin dan bekas Duta Khas ke Amerika Syarikat, serta Azlin, yang merupakan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, terkorban dalam satu nahas helikopter di Semenyih 4 April lepas.

Po'ad yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri pula meninggal dunia akibat kanser limfoma bulan lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...