Isnin, 27 April 2015

Peserta Kilauan Emas 4 - Wan Mohd Hasbi Wan Jaafar (Hasbi)





Wan Mohd Hasbi, atau Hasbi, merupakan anak jati Alor Setar, Kedah. Beliau mempunyai 2 orang anak, dan sekarang bekerja sebagai pemuzik jalanan sepenuh masa bersama band yang diberi nama Labu Labi & Naga Bara. Beliau juga merupakan bekas vokalist kumpulan Storm suatu ketika dahulu. Selain bermain muzik, beliau juga mendapat jemputan sebagai DJ di majlis-majlis perkahwinan.

Tagline : Syok ooo, sempoi bak ang!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEHASBI atau KE<3>HASBI untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 HASBI KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20HASBI ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my


GAMBAR PESERTA









Peserta Kilauan Emas 3 - Noor Hayati binti Slama (Norya)




Noor Hayati binti Slamat, atau Norya, merupakan seorang ibu tunggal yang berasal dari Batu Gajah, Perak. Beliau berumur 54 tahun, seorang surirumah, dan mempunyai 3 orang anak. Beliau gemar menyanyi sejak muda lagi, dan ingin membawa bakat nyanyiannya ke satu tahap yang lebih tinggi. Selain Norya, ahli keluarganya juga terlibat dalam aktiviti nyanyian dan muzik, bahkan mereka mempunyai family band sendiri dan sering dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis.

Tagline : Aje Gemor!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KENORYA atau KE<3>NORYA untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 NORYA KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20NORYA ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my

GAMBAR PESERTA





Peserta Kilauan Emas 2 - Hazlina Wati binti Zainuddin (Lina)



Hazlina Wati binti Zainuddin, atau dikenali sebagai Lina, merupakan seorang guru vokal bagi persatuan-persatuan dan kelab-kelab ghazal sekolah di Muar & Batu Pahat, Johor. Walaupun dilahirkan di Negeri Sembilan, beliau telah dibesarkan oleh datuk dan neneknya di Muar, Johor. Beliau juga mempunyai kumpulan ghazal yang diberi nama Saujana, dan pernah menjadi johan 3 tahun berturut-turut bagi pertandingan ghazal peringkat kebangsaan. Beliau mempunyai matlamat tersendiri untuk memartabatkan irama asli & ghazal supaya diterima ramai.

Tagline : Lina Pun Boleh!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KELINA atau KE<3>LINA untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 LINA KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20LINA ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my

GAMBAR PESERTA





Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan  Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid). Muzakarah telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

Keterangan/Hujah: 

  1. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.
     
  2. Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
     
  3. Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.
     
  4. Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.
     
  5. Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.
     
  6. Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas di kalangan remaja.
Bercinta sesama wanita @ pengkid
Sumber : sini



Semoga Allah memberi Hidayah dan Petunjuk pada mereka... Amin...

Peserta Kilauan Emas 1 - Mursalim bin Muhidin (Aling)







Mursalim bin Muhidin, atau dikenali dengan Aling, merupakan peserta Kilauan Emas 5 yang berasal dari Sandakan, Sabah. Berumur 44 tahun, beliau merupakan bapa kepada 6 orang anak. Selain bekerja sebagai pengawal keselamatan, beliau juga selalu bermain muzik bersama abangnya. Beliau telah mencuba nasib dalam Kilauan Emas bukan saja untuk musim kelima ini, malah sejak dari musim kedua lagi.

Tagline : Ok bah jo, peace!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEALING atau KE<3>ALING untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ALING KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ALING ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...