Isnin, 27 Disember 2010

Maut berbasikal

2 remaja maut konvoi berbasikal

2010/12/27

MUAR: Dua remaja maut, manakala seorang lagi parah selepas basikal yang mereka bonceng bersama sekumpulan enam remaja lain dirempuh sebuah van, dalam kejadian di Jalan Muar-Batu Pahat, dekat Sungai Gersik, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, kumpulan remaja berbasikal itu dipercayai dalam perjalanan dari Muar ke Taman Tema Wet World Batu Pahat.


Mohd Sufi Johari, 15, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Mohd Amirul Nizam Awang Nudin, 17, disahkan meninggal dunia beberapa jam ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Anak Abah Dah Besar | Shahazrin.com

Salam semua..... apa khabar. Nak cerita pasal akak yang semakin bijak pandai sejak mencecah usia dua tahun nie. Sangat terharu bila melihat nak membesar dengan pantas dan semakin bijak.. Ceritanya begini : lihat gambar

" kakak buat per tu? 'ALLAHUAKBAR'?"
- erm... (sambil angguk) ALLAHHUAKBAR ( dengan gaya diatas)

Erm...terharu rasanya....

Jap nak g nangis
This entry was posted in

ISA SAMAD PENGERUSI FELDA BARU | SHAHAZRIN.COM

Salam semua..  Betul ker nie? Pengerusi FELDA ditukar..  Sumber : Berita Harian 


Isa Samad enggan ulas laporan dilantik Pengerusi FELDA




2010/12/27

SEREMBAN: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad enggan mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini bahawa beliau akan dilantik sebagai pengerusi Felda yang baru. 

Ketika dihubungi Bernama hari ini, katanya setakat ini beliau belum menerima apa-apa makluman mengenainya dan hanya mengetahuinya menerusi laporan akhbar berkenaan


Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik sumber, Mohd Isa bakal mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang akan tamat kontrak pada 31 Disember ini.
Laporan itu menyebut pengumuman mengenai pelantikan rasmi Mohd Isa akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

Mohd Isa, 61, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.

Beliau juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.

Mohd Isa kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009. - BERNAMA

Ketegori Sahabat Blogger Mengikut Negeri | Dibuka

Blog Pilihan Malaysia

Salam semua......

Dah join  Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri oleh Blog Pilihan Malaysia [ BPM ] 
kalau belum boleh klik [ sini ]
Kalau nak tengok contoh dia kat [ sini ]

OK. untuk yang dah join boleh tingglakn link di entry yang disediakan :

Klik Nama Negeri untuk letakkan LINK

KEDAH









Ahad, 26 Disember 2010

Malaysia Belasah Indonesia 3-0

Piala Suzuki AFF: Malaysia menang bergaya 3-0 ke atas Indonesia




2010/12/26

KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.


kuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua.
Dengan kemenangan itu, Malaysia semakin hampir mendakap Piala Suzuki AFF dengan berbekalkan tiga gol di Indonesia nanti.

Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan.

Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemain Indonesia

sumber berita harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...