Rabu, 11 Disember 2013

Maklumat bantuan yuran taska di laman web

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mahu mendapatkan Bantuan Yuran Pengasuhan Taska yang diumum dalam Bajet 2014, boleh merujuk laman web Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) di www.jkm.gov.my.
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat terperinci seperti kelayakan serta taska-taska berdaftar di bawah program itu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Jaspal Singh di Dewan Negara hari ini. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 mengumumkan bantuan RM250 sebulan untuk ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang ingin menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar dengan JKM. 

Kelayakan pendapatan bulanan isi rumah penjawat awam turut dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah RM180 sebulan bagi meringankan kos yuran taska.

Azizah berkata program itu menyasarkan untuk membantu 3,344 kanak-kanak bagi 2014.

Beliau juga berkata pada 2013, sejumlah 1,042 taska telah berdaftar dengan JKM, iaitu melebihi sasaran awal 1,000 taska. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/1

Guna duit saman bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pelakon Rebecca Nur Al-Islam bakal mendermakan keseluruhan wang berjumlah RM11,200 yang diterima hasil memenangi saman terhadap pengarah dan penerbit, Erma Fatima kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang dan pihak lain yang memerlukan.

Ujar Rebecca, pihak peguamnya memberitahu, pihak Erma telah pun membayar baki bayaran lakonan seperti yang diperintahkan pihak mahkamah sebelum ini, semalam. Erma sekali lagi mencetuskan rasa kecewa Rebecca apabila menjelaskan saman berkenaan dengan wang bernilai RM1.

"Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian, mungkin ini membuktikan dia masih tidak ikhlas mahu melakukan pembayaran mengikut arahan mahkamah. Bagaimanapun untuk tidak memanjangkan lagi kes ini, saya terima.

"Kini saya dalam perjalanan ke Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa tragedi banjir di sana dengan menggunakan duit tersebut," ujarnya yang telah membeli barang-barang seperti makanan dan keperluan harian asas.

Pada 8 November lalu, Mahkamah Majistret memerintahkan Erma membayar sebanyak RM11,200 sebagai baki bayaran lakonan Rebecca dalam drama arahan pengarah itu, Dejavu di Kinabalu.
Terdahulu, Erma telah membuat bayaran tersebut dengan wang syiling lima sen yang disertakan dengan senaskhah al-Quran tetapi ditolak Rebecca setelah mendapatkan nasihat daripada pihak peguamnya. - UTUSAN ONLINE

Isnin, 9 Disember 2013

Khamis, 5 Disember 2013

CupCake Lover | Aksesori CupCake

Untuk peminit CupCake yang gilakan hiasan dalam rumah  berasakan cupcake, jom kita lihat aksesori murang dan hrga yang sangat berpatutan, stok lain seperti gambar di bawah..

dan banyak lagi, smentara stok masih ada terus... 
sekiranya berminat klik link FB cupcake di bawah

Ingatan Untuk Kaum Hawa

Photo: wahai hawa .....
apa masallah anda?

tidakkah anda mengerti....
cantiknya wanita kerana ... kejernihan wajahnya!
manisnya wanita kerana ....kerana kesederhanaan lamiahnya!
hebatnya wanita kerana...IMANNYA!

wahai wanita...
menjadi seorang wanita yang dihormati itu
adalah lenih baik 
berbanding...
wanita yang sangat diminati oleh kaum adam

wahai wanita...
jangan merasa puas hati bila mendengar pujian ORANG DIHADAPAN KITA
ataupun...
merasa senang bila ditunjukkan rasa KEMESRAAN dan MUKA MANIS dihadapan kita
sebab...
YANG DEMIKIAN ITU BELUM TENTU TIMBUL DARI HAKIKAT BATINNYA.!

wahai wanita...
anak perempuan selangkah anda keluar dari rumah tanpa menutup aurat mu
maka..
selangkah juga ayah mu itu hampir keneraka.! MELANGGAR PERINTAH ALLAH SWT!
tidakkah kita kesiankan ayah kita kerana 
kedegilan bukan kerana kejahilan kita mahu mengheret ayah kita kesana.
ALLAHURABBI!

wahai wanita yang bergelar isteri..
manakah taat dan kehormatan anda jika suami anda menempah ticket lebih awal keneraka kerana
amanah yang di amanatkannya tidak mengamalkan agama didalam keluarganya.
apakah ungkapan sayang dan kasih cinta itu...anda hanya azimat didunia saja...MELANGGAR PERINTA ALLAH SWT !

dimana letaknya ungkapan kasih cinta dan sayang kepada surganya.?
ALLAHURABBI.

sedar dan sedarlah akan perintah - NYA !
wahai kaum ku...hawa.

wahai hawa .....

copy paste dari : facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...