Pengikut

PERMOHONAN BENJY UNTUK DIBEBASKAN DITOLAK

KUALA LUMPUR 5 Mei – Usaha pelakon Benjy, untuk mendapatkan perintah bahawa penahanan semulanya di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas adalah salah, menemui kegagalan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini menolak permohonan heabes corpus anak lelaki tunggal pelakon veteran Azean Irdawaty itu.
Sebelum mahkamah sempat memberikan keputusan, Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria memberitahu, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, ditahan di bawah Seksyen 6(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas yang membolehkan pelakon itu ditahan di pusat pemulihan akhlak di Muar, Johor selama dua tahun. – Utusan

 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm
Previous
Next Post »