Khamis, 12 Mei 2011

Nasihat untuk aku dan semua...


Salam semua.... selamat pagi, pagi ini saya nak menyeru kepada pembaca semua yang baca entri ini untuk kita bersama-sama memotivasikan diri sendiri atau muhasabah diri dalam apa juga pekerjaan yang kita lakukan hari ini. Lebih- lebih lagi apabila kita di pertanggungjawabkan untuk berada di barisan hadapan.. sebagai Contoh Pegawai Khidmat Pelanggan atau kaunter hadapan.

" Budi Bahasa Budaya Kita " bahasa yang kita lontarkan bukan setakat mencerminkan diri kita tapi, organisasi dan juga Jabatan kita. Apapun yang anda lakukan dan anda buat haruslah ikhlas yer...  Nak lagi bila kita berhadapan dengan orang awam.

Contohnya seperti bila kita bertugas di kaunter Hospital... mereka yang datang majoritinya adalah baru dengan keadaan dan suasana di hospital.. Hospital yang berbeza mempunyai suasana yang berbeza... Hospital Putrajaya tak sama dengan suasana Hospital  Serdang ... Fahamkan...

Masyarakat sekarang lebih bijak.. kuasa media massa dan media elektronik sangat luas.. dengan sedikit coretan di Wall FB dan mencalarkan reputasi Jabatan dan kita.. Nak lagi kalau dia letakkan nama kita besar2..hahaha.. Dengan sedikit tulisan dan luahan ia adalah tomahan untuk anda..

Renung-renungkan....

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...