Ahad, 22 Mei 2011

Tips Ekonomi RumahTangga | SHAHAZRIN.COM


Selepas entri  Keindahan Alam Perkahwinan semalam, hari ini saya nak kongsi tentang beberapa tips ekonomi rumah tangga. Untuk menjadikan ianya lebih teratur dan lebih berkesan.

Duit suami adalah hak suami dan isteri, tetapi duit isteri adalah hak isteri. Bagi pasangan yang bekerja ia merupakan suatu kredit dalam pengurusan kewangan rumah tangga. Walaupun nilainya tak seberapa, jika di campurkan ianya sedikit sebanyak akan membantu menambah baik pengurusan ekonomi rumah tangga.

Bagi pasangan yang hanya suami bekerja seorang, tetapi mempunyai gaji yang lumayan ianya mungkin tidak memberikan bebannan. Akan tetapi, jika gaji suami cukup-cukup makan mungkin sedikit membebankan. Jadi terpulang pada anda untuk mengubah gaya hidup dan ikhtiar lain untuk menambah baik ekonomi rumahtangga. 

Isteri yang bekerja sekiranya dapat membantu suami adalah satu kredit pada ekonomi rumahtangga. Sifat tolak ansur dan bekerjasama ini sangat menguntungkan dalam melibatkan perbelanjaan harian dan sebagainya.

Bagi anda yang boros dalam perbelanjaan, cuba duduk dan berbincang dengan pasangan anda dalam pengurusan perbelanjaan harian. Paling mudah, biar pasangan yang lebih pandai berjimat dalam perbelanjaan menguruskan perbelanjaan dalam ekonomi rumah tangga. Ini lebih mudah..

Si isteri pula jangan malu-malu dan segan untuk membantu menghulurkan duit gaji dalam membantu menambahbaik ekonomi rumahtangga. Tak rugi kalau kita bertolak ansur. " Apa yang penting kerjasama "

Fikir-fikrkan yer.. ini hanya pendapat perabdi penulis untuk dikongsi bersama....

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...