Ahad, 18 September 2011

Aku dah buka..... Korang????



Salam semua... entri ke dua baru hari nie.. apa pun terus kepada isi ceritanya...
Lapas raya hari tu my princess Ainul n Aina dapat la kumpul dalam 150++ seorang... Alhamdulillah syukur....

Dah balik rumah sendiri aku mula berfikir untuk simpan duit raya nia dalam akaun bank... Erm... Yes... SSPN ... Dan satu hari yang free aku pergi maybank dengan wife n anak2... 

Buka akaun untuk Ainul dan Aina kena isi borang, Nasihat aku kalau ada ibu bapa berhajat nak buka akaun,  masa pergi bank minta borang dulu dan balik isi kat rumah... supaya memendekkan masa kat bank. Sebab apa aku cakap macam tu.. sebab orang lain pun nak guna  meja tempat tulis tu jugak haha...

Kita boleh buka akaun SSPN dengan nilai serendah RM20. dan duit yang disimpan tidak boleh dikeluarkan sehingga anak berusia 18 tahun... Sekiranya perlu untuk dikeluarkan, Kita kena pergi ke pejabat SSPN sendiri...

untuk maklumat lanjut ... layari laman sesawang :
http://epay.ptptn.gov.my/saving/Panduan-ESSPN-040408.pdf

This entry was posted in

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...