PUTRAJAYA: Operasi bas dua tingkat ditangguhkan sementara waktu di enam laluan yang dikenalpasti sebagai berbahaya.
Enam laluan itu melibatkan Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Bukit Fraser, Gunung Jerai dan Bukit Larut.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, langkah itu dijangka dilaksanakan bulan depan selepas notis selama dua minggu diserahkan kepada pengusaha bas ekspres dan persiaran.
"Keenam-enam jalan ini ditangguh sehingga kajian atau kelemahan dapat diatasi dan saya sudah arah kementerian, SPAD, JKJR untuk mencari penyelesaian untuk bas dua tingkat," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan Kemalangan Bas Ekspres di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.
Pada masa sama, Kementerian Pengangkutan akan menguatkuasakan Sistem Penarafan Bintang kepada semua syarikat bas bermula 1 Julai in
"Sebelum hari raya kita akan kuatkuasa penarafan Star kepada semua syarikat bas untuk memberi kesedaran kepada mana-mana syarikat bas dalam pengurusan dan amalan yang baik," kata beliau. "
Jelasnya, penarafan bintang bergantung kepada kecemerlangan perkhidmatan dan pengurusan iaitu minimum 0 bintang dan maksimum 5 bintang.
Bintang yang diperoleh kemudian akan dipamerkan di setiap kaunter tiket dan dalam bas ekspres atau persiaran.
Melalui Syor Panel Advisori berkenaan, Kementerian Pengangkutan juga bersetuju untuk menggunapakai peraturanUnited Nation Regulationuntuk pembinaan bas.
"Maknanya, pembinaan struktur bas ini mesti mengikut standard ditetapkan United Nation ini termasuk penggunaan tali pinggang di setiap tempat duduk. Ia dikuatkuasa 1 Januari 2015," ujarnya.
Mengenai pematuhan DOSH, ia perlu menggunakan OSHA 1994 oleh Kementerian Sumber Manusia dan SPAD telah bersetuju ia dilaksanakan untuk semua operator bas.
Dalam pada itu, semua bas ekspres dan persiaran diwajibkan menggunakan sistem pemantauan GPS bagi memastikan keselamatan penumpang.
"Setakat ini, tiada perbincangan tentangblack boxtetapi dengan GPS ini boleh membaca pergerakan dengan GPS diwajib di bas nanti akan dapat kita monitor dengan lebih terperinci," kata beliau.
Pada masa sama, berkuatkuasa 1 Julai ini, SPAD akan meletakkan nombor kenderaan dan nombor telefon pengusaha bas bagi membolehkan penumpang membuat aduan mengenai kesalahan dilakukan pemandu.
"Saya sebagai penumpang, kalau saya dapati pemandu ni laju, saya akan SMS terus, memudahkan, sebelum ni aduan dekat belakang bas tapi kini di setiap tempat duduk," tambah beliau.
Mengulas penambahbaikan ke atas Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ jelas beliau, Jabatan itu akan bekerjasama dengan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, AADK bagi melakukan ujian air kencing ke atas pemandu bas di setiap terminal setiap hari berkuatkuasa serta-merta.
"Operasi oleh JPJ dan AADK akan dibuat setiap hari bermula hari ini. Jadi JPJ telah mengarah semua Ketua Pengarah Negeri untuk melaksanakan operasi itu di semua terminal utama," jelasnya.
Pada masa sama, JPJ juga akan meneruskan operasi penyamaran sebagai penumpang bagi mengenalpasti pemandu yang melakukan kesalahan.

Berita mula diterbitkan pada: April 22, 2014 20:02 (MYT)
0 Komen:
Catat Ulasan