Khamis, 2 Oktober 2014

Muzium Negara - Muzium PDRM - Taman Rama-Rama

Salam semua....lama dah blog nie bersawang. Ok cuma nak share beberapa gambar yang sempat dirakam oleh kami sekeluarga. Memang jarang dapat kami berjalan dan meluangkan masa di luar atas beberapa faktor yang tak dapat kami elakkan. Jadi, Inilah beberapa gambar untuk dikongsikan. Bermuala perjalanan kami dari rumah terus ke Muzium negara.


Sampai jer muzium bergambar dulu. Nak masuk Muzium Negara nie tak mahal pun bayaran dia. Tak sampai RM10 pun. Tapi sebabkan dah tengahhari kami makan dulu kat kafe yang ada di Muzium. harga??? Memang berpatutan.. makanan pun banyak pilihan..dan sedap..

Dalam muzium tak banyak gambar yang boleh diambil..




Rasanya satu buku sejarah ada dalam muzium nie,dari zaman batu ke zaman perang jepun..merdeka..komunis... kesultanan... dan sampai Malaysia yang ada skang nie. Memang sesuai untuk mereka yang bersekolah dan untuk pengetahuan kita.. selain itu, ada pameran keris dan senjata dan gambaran tentang masyarakat Melayu..

Destinasi kedua kami terus ke Muzium Polis Di Raja Malaysia...


Dari muzium PDRM kami terus ke Planaetium Negara

Kat sini macam-macam pameran ada. Yang paling menarik boleh tengok rencana tentang bintang dsb. Memang menarik.. tapi kalau nak tengok kena charge sikit la.. 

Lepas keluar planaetrium terus kami ke taman rama-rama n balik... 


Walaupun perjalanan kami bermula dari tengahari, ini jerla tempat yang sempat kami tuju memandangkan cuaca pun tak menyebelahi kami.

Secara keseluruhan, ini lah saat yang terindah untuk diabadikan bersama isteri dan anak-anak budjet pun tak kasar... 



0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...