Isnin, 13 April 2015

Minuman Kultur Tak Bahaya la...


Bahaya Minuman Kultur Kepada Kanak-Kanak, Benarkah Penyebab Kanser?

Baru-baru nie kecoh pasal vitegen dan aku rasa ada yang dah dapat jawapan, tapi aku masih menerima wasup dari rakan-rakan pasal vitegen nie.. biar aku cuba tegaskan disini.. rasanya dah lama aku minum vitagen nie.. dari kecik.. alham dulillah ok jer... sekarang anak-anak aku pulak yang minum.. rasanya info yang diterima lebih kurang macam nie

” Ibu2 tlg la jgn bg anak2 minum vitagen, solivite n segala jenis yogurt. Info dari seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser. Bakteria idup yg mengaktifkan sel kanser. Dr yg rawat aruah anak dia bagitau. Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh maktifkan sel kanser. Bakteria baik yang berlebihan tula penyebab aktifnya sel kanser. Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum. Tp pesakit kanser xbole makan or minum bakteria hidup”

aku kalau terima msg mcm nie, susah nak fwrd lebih-lebih lagi yang melibatkan fakta.so kalau takda asas yang cukup mmg aku x fowrd,so dalam duk mak ayah kelam kabut baca msg nie ada yang  tampil sebagai Dr. terangkan maksud sebenar berkaitan minuman kulur ini

Menurut Doktor Hairin Anisa ” Maaf, info ini salah. Bakteria yang baik tidak mengaktifkan sel kanser…tapi dalam kes mereka yg sudah ada kanser, sel kanser & rawatan chemotherapy tersebut akan mengurangkan daya tahan tubuh pesakit, maka apa2 yang mengandungi bakteria hidup (baik@jahat), makanan mentah @ separuh masak memang kita tak benarkan pesakit kanser mengambilnya. Utk mengelakkan kanser lebih baik makan ikut Sunnah Rasulullah SAW, pastikan anak menyusu badan, kurangkan makanan & minuman dari tin (aluminium), kurangkan pengambilan makanan ada MSG ( spt potato crips), melayu kata jajan…Saya rasa ibu tersebut tersalah paham apa yang doktor maksudkan

Bahaya Minuman Kultur Kepada Kanak-Kanak, Benarkah Penyebab Kanser?

Sedikit lagi info...

Doktor Zubaidi Haji Ahmad:
DAKWAAN MINUMAN YANG MENGANDUNGI PROBIOTIK BOLEH MENYEBABKAN KANSER.
Saya berpendapat ia adalah satu dakwaan tidak munasabah kerana tidak diberikan bukti. Lebih elok dakwaan seperti ini disertakan dengan nama doktor dan hospital mana dia bekerja agar penjelasan yang lebih baik dapat diperolehi dari doktor tersebut.
Ada beberapa kemusykilan dakwaan ini.
Nama doktor yang dikatakan mengucapkan dakwaan ini tidak diberitahu. Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doctor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.
Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.
Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.
Ini termasuk :
1. Pesakit HIV / AIDS
2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.
3. Pesakit diabetes
4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis
6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE
7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid
8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.
Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser.
So, jangan mudah terpedaya dengan fakta kosong yang tiada asasnya..kalau terima apa2 msg dr wasup dsb kita kena periksa betul2.. jangan tau nak fwrd jer... nanti hura hara... dan huru hara tu berpunca dari kita...

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...