Malam tadi aku terasa kepala aku berat, dan tanpa berlengah2 lagi aku terus bawa isteri ke klinik kesihatan Puchong Batu 14, Ha..klinik kat sini buka malam tau... terlampau sibuk..
ok, lepas sampai n register kat ujian saringan awal jumpa nurse tekanan darah aku ialah 180/126 lebih kurang macam tulah.. nurse pun terkejut so aku teurs kena jumpa doc..first time takpayah tunggu lama nak jumpa doc. doktor interbiu sikit terus suruh makan "ubat warna kuning" n rest sekejap..nanti jumpa semula...
selapas lebih 1/2 jam rehat ambil balik tekanan darah..179/123 pergh.. doc cakap tunggu sini, encik kena pergi hospital.. aku minta kebenaran untuk nak pergi sendiri n hantar anak n wife aku balik dulu. n dia cakap NO!!.. huh serius...
Disebabkan aku nie datang dari kes klinik terus ke wad separa kritikal, dan tekanan darah diambil dan turun sampai 124/84 mcm tu la..lupa dah aku.. tapi mmg turun la sebab kesan dari 'ubat kuning' tu.. bila masuk wad macam2 jenis orang dan sakit la yang aku dapat tengok.. Serius seram gila. Aku diperiksa oleh seorang doktor lelaki Dr. Akmal namanya.. staffnurse nama wani.. mmg ramah tamah baik budi bahasanya. Selepas lebih kurang 4-5 jam diberi rawatan dan aku nampak ok.. Doktor beri aku balik..yahooo.... nasihat... refer klinik untuk rawatan lanjut.. ok doc.. saya menurut perintah.. kali ini aku tewas dah tak boleh elak dah macam sebelum2 nie. aku di bekalkan dgn ubat darah tinggi dos paling minima diusia 32 tahun... Macam2 macam yang aku rasa... hurmm... nanti aku sambung .......
0 Komen:
Catat Ulasan