Kenyataan tersebut disahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.
“Berita baik untuk vapers, vaper brewers dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pertimbang haram penggunaan vapor ]
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam sebelum ini berkata, kerajaan sebelum ini mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.
Katanya, kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan.
0 Komen:
Catat Ulasan