Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita yang menjadi viral di laman sosial bahawa seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping. -Gambar hiasan |
IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita yang menjadi viral di laman sosial bahawa seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.
Pengarahnya Datuk Yahya Madis berkata perkara itu adalah tidak benar dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu.
"Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap pihak bomba, viral tersebut menyatakan reptilia itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) Perak.
sumber : astroawani
0 Komen:
Catat Ulasan