Rabu, 15 Mei 2019

0250 hrs Ward 5B

Dah dua kali aina bangun kencing. Setiap kali nak kencing kena tutup mesin drip air nie. Nak tunggu nurse lambat so tutup jela kang terkencing plak atas tilam.
Selesai kencing aku keluar dulu.. tiba2 aina panggil aku..aku nampak dia mcm terhuyung hayang. Sempat aku sambut dan papah dia, katanya dia mcm nak pitam pulak.

Alamak bedebar rasa dada. Bila aku baringkan dan sambung semula drip air masalah nak hidupkan drip air pulak..xpandai.. aku keluar nak cari nurse xda plak kat kaunter.. bersahur agaknya. Kali ketiga keluar baru nampak nurse dan minta dia hidupkan mesin drip tu. So aku mengadu tentang aina yg rasa nak pitam. Dia kata ok dan sorang lagi nurse yg personal incharge datang bawa mesin untuk ambil tekann darah.. 3 kali test 90/55...90/55...90/56..

Nurse keluar sekali lagi dia datang dengan doktor. Doktor cek aina n dia cakap aina ok. Aku mula risau sebab xda pengalaman jaga orang sakit kena denggi.

Sesekali Alisha bangun aku bg air suruh minum. Aina pun nampak dah tidur balik. Cuma aku pula yg hilang rasa mengantuk.. baik sahur...

rasa-rasa

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...