Isnin, 8 November 2010

Aku dan Rokok. (aku bukan perokok tegar)

Aku mula meghisap rokok ketika dibangku persekolahan lagi.. Aku mula menjinakkan diri dengan rokok semasa di tingkatan 2. Sekolah berasrama membuatkan aku bebas dari sekatan dan pandangan mata ibu bapa aku. (Nakal giler)..  Tapi aku bukan perokok tegar

Sehingga tingkatan lima aku masih merokok. Tapi aku takkan hisap rokok bila aku pakai Uniform sekolah. Aku bertekad dan aku boleh buat.  (tapi sama jer kan. tetap hisap rokok jugakkan?) Tapi aku bukan perokok tegar.

Bila dah bekerja aku mula hisap rokok ikut suka aku.Sampai bila terlampau hisap aku punya tonsil boleh bengkak dan sakit tekak. Walaupun aku dah dengar macam-macam penyakit yang boleh aku dapat bila hisap rokok. Aku masih hisap rokok. (masa tu barulah pikir nak berhenti). Tetapi aku bukan perokok tegar.

Sampai la aku berkahwin aku masih hisap rokok tau. Bila masa isteri aku mengandung aku telah berdekad untuk entah yang keberapa ratus kali untuk berhenti merokok. Aku nak duit yang aku habiskan untuk membeli rokok disalurkan untuk membeli sesuatu yang berguna untuk anak aku. Aku cuba, tetapi gagal.... tetapi aku bukan perokok tegar. 

Tapi aku cuba kurangkan, kurangkan beli. Jangan beli... lama-lama tak beli. Bila ada orang hisap rokok aku minta sebatang..  hisap lagi... tetapi aku bukan perokok tegar.

Sampai hari ini. aku dah berhenti...aku memang dah berhenti. taknak dah merokok.. Akhirnya aku berjaya.....
Berhenti, minum air masak banyak. Bersenam.. doa... Insyallah...

8 ulasan:

  1. tahniah..klu rasa mcm nak merokok semula..meh dtg jmp LM tau..biar LM brain wash shay..hehe

    BalasPadam
  2. Bagus dan tahniah ya sahabat kerana berhenti merokok, merokok seperti membunuh diri secara perlahan.
    Kagum dengan sahabat. Bukan mudah sebenarnya untuk berhenti merokok, ia perlukan ketekadan dan kecekalan hati yang kuat... ^^

    p/s: Kasihan melihat kawan-kawan di sini yang merokok, aduhai...:(

    BalasPadam
  3. gud job n tahniah.. isap rokok 2 bakar duet je...
    perokok2 laen pon ptt cpt2 brenti..
    harga rokok pon daa maken mhal
    yg laen 2 tak reti2 lg???
    sori. teremo. hihi...

    BalasPadam
  4. tahniah....
    satu ja.
    kalau nak berhenti paling penting niat, kedua usaha, ketiga tawakal......
    kalau niat je tak usaha tak guna... betul tak bro

    BalasPadam
  5. tahniah brother... elok la berenti... jimat pun jimat... skang ni sekotak 10 ringgit bang... kalau sehari sekotak... darab la dengan 30 hari... huh! kate orang bunyinye macam clise... tapi, baik berenti...

    BalasPadam
  6. hehehe..terima kasih semua.. Insyaallah semuanya akan baik..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...