Khamis, 6 Mei 2010

Masalah kita ke nie????

Pelajar Lahirkan Bayi Dalam Tandas - UTUSAN MALAYSIA

Hurm...
Mengeluh panjang rasanya bila kita membaca keratan akhbar yang macam nieMacam-macam perkara yang melibatkan sikap dan tingkah laku remaja masa kini yang seronok dengan kehidupan dunia yang tidak kekal lama.

Jika di fikirkan balikmasalah sosial yang tidak terkawal sekarang nie makin menjadi-jaditerutamnya masalah buang bayi dan mengandung anak luar nikah . Sebagai contoh, kita sering mendengar berita tentang penemuan mayat bayi di dalam tong sampah dan di merata tempat..


Kalau kita kira video lucah yang diterbitkan dalam versi 'warganegara' memang banyak sangat. Search kat Google jer macam- macam yang keluar. Bukan setakat gambar, website yang kendalikan wayang  free nie ada jer... Bila dah kecoh baru lah hilang dan timbul semula bagaikan cendawan selapas hujan. Lepas tu salahkan remaja bila dah jadi macam-macam. Teknologi moden nie, yang buruk lebih di manfaatkan berbanding yang baik.

Banyak lagi perkara yang kita boleh dikaitkan dengan faktor terjadinya masalah sosial nie. Saudagar- saudagar VCD dan DVD lucah bukan nya takda, boleh jumpa kat mana-mana. Nak kata tiada penguatkuasaan dah tangkap ada jer balik. bahan-bahan lucah mudah didapati dimana-mana jer sakarang nie. Pusat pelacuran??? setiap minggu mesti ada masuk berita kene serbu...

Penguatkuasaan yang  macam mana lagi nak buat???? Remaja bawah umur yang lari dari rumah??? setiap hari ada jer cerita remaja lari dari rumah. Kene rogol... kene tangkap basah / khalwat... mengandung...  Video lucah... macam-macam ader. 

Saya rasa semua orang perlu ada tanggungjawab untuk selesaikan masalah nie. baik dirumah disekolah dan ditempat kerja di kampung dibandar dan dimana sahaja. Yang diberikan tanggung jawab, laksanakan tanggungjawab...  Kalau la setiap majikan yang mengajikan pekerja kena amik tahu kehidupan pekerja dia... setiap Ketua kampung atau penghulu kene tahu tentang anak buah dia... setiap cikgu amik tau tentang anak murid dia....  samada bujang ker dah kahwin ker.. tinggal ngan saper....biar orang kata kita "menyibuk / jaga tepi kain orang"... tapi segelintir masyarakat masih berada dibawah belenggu budaya " biarlah dia bukan kacau kita pun "..... tapi bila ada kes yang melibatkan masalah sosial, buang anak pandai pulak melenting.... marah... 

Didikan Agama dari rumah dan sekolah sangat lah penting, media massa juga mempunyai peranan yang sama. Kita yangada kesedaran nie kene ambil tanggungjawab nie, pikul... bagi kesedaran.. bagi nasihat... bagi pandangan... ( ada ker orang nak ambil tau eik)

Walaubagaimanapun, kita yang diberikan akal untuk berfikir kenalah ambil berat tentang hal yang macam nie.. supaya kehidupan generasi akan datang lebih baik dan hidup didalam keadaan aman dari masalah masalah sosial yang bakal menghancurkan masa depan anak-anak kita.

renung-renungkan... 

4 ulasan:

  1. Kalau nak disenaraikan punca-puncanya, mungkin jadi satu karangan lengkap. Cukuplah semua pihak mesti prihatin terhadap gejala sebegini di kalangan remaja. Kadang-kadang, mereka tak ambil kesah sebab tak kena pada diri sendiri.

    BalasPadam
  2. ni just pendapat saya sahaja.. masyarakat dan orang sekeliling, mestilah mengambil berat terhadap anak-anak serta jiran mereka..

    Orang kata, buat apa nak sibuk tepi kain?aha.. kalau xjaga tepi kain orang lain.. ini lah akibatnya..buat hal sendiri.. ibu bapa sibuk mencari harta dunia... anak terbiar...

    sepatutnya anak-anak haruslah diperhati.. saya belum berkahwin lagi, tetapi saya harap ibu bapa harus la memberi perhatian kepada semua aktiviti anak-anak mereka diluar rumah..

    BalasPadam
  3. remaja zaman sekarang dh xth adab n menganggap maruah 2 perkara yg xpenting...sekarang remaja hny fikirkn keseronokn di dunia tanpa mmikirkn azab akhirat...
    sayangilh diri anda n khidupan anda....

    BalasPadam
  4. sdih tgk dak2 skang..nsib la skolah sy uh dak2 dia bgus..kwn pn bgus2..hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...