Rabu, 15 September 2010

Jangan Salah Guna!!!!.

ARKIB : 14/09/2010 Utusan  Malaysia

SKMM tubuh unit khas pantau pergerakan laman web

JELEBU 13 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menubuhkan satu unit khas yang diberi tugas untuk memantau pergerakan laman-laman rangkaian sosial yang didapati disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, unit berkenaan ditubuhkan setelah pihaknya menerima banyak aduan berhubung penyalahgunaan laman rangkaian seperti Facebook dan juga Twitter.
''Pasukan yang dilancarkan ini juga akan melibatkan penyertaan pihak polis dalam usaha memantau dan menangani ancaman serta keselamatan negara ini melalui internet.
''Berdasarkan rekod yang kita terima dari Januari hingga Ogos ini sahaja sebanyak 533 kes telah direkodkan mengenai penyalahgunaan laman web, rangkaian sosial serta blog.
''Dari jumlah itu juga, sebanyak 26 peratus merupakan aduan terhadap mereka yang cuba menganggu gugat perpaduan negara ini," katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfirti anjuran kementeriannya di sini malam ini.
Turut hadir Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa tetamu kenamaan yang lain.
Rais turut menjelaskan, kerajaan sama sekali tidak menyalahkan pengunaan laman web sosial berkenaan oleh kerana ia merupakan satu medium yang mampu meninggikan ketamdunan negara ini walaupun ada usaha-usaha pelbagai pihak yang cuba merosakkan perpaduan yang sedia ada.
Jelasnya, melalui laman itu juga ada juga beberapa pihak yang menggunakan laman web berkenaan sebagai medan untuk membocorkan maklumat salin melakukan penghinaan terhadap institusi raja di negara ini.
''Oleh kerana itulah kerajaan berpendapat sudah tiba masanya untuk pihak kita mengenakan tindakan terhadap mereka yang dilihat masih ingkar dengan nasihat yang sebelum ini kita berikan lebih-lebih lagi ada laman web yang menghina orang- orang Melayu.
''Jika ia terus dibiarkan, imej perpaduan yang selama ini terbina akan hancur oleh kerana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.
Pada majlis yang dihadiri oleh 7,000 orang itu, Rais turut menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima yang terdiri dari pelbagai kaum selain persembahan dari artis-artis jemputan tanahair.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...