Memaparkan catatan dengan label Berblog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berblog. Papar semua catatan

Selasa, 28 Februari 2017

Bosan Tengok Blog Sendiri


Bosan tengok blog sendiri, inikan orang lain..hehe
Bila mood aku rajin, ini la kerja mengarut aku, dah berkurun biarkan blog nie berhantu. Bukat takat bersawang je. Memang aku sedar berblog nie bukan senang nak tarik balik trafik yang makin berkurang, nak lagi blogger macam aku ni hanya mengharapkan kawan-kawan blogger yang masih letakkan link aku pada blog diaorang. TERIMA KASIH...

Lama tak berblog tu ibarat blogger baru yang baru post dua tiga entri. Semoga aku lebih bersemangat tahun ni, Nak tengok 100 post dapat x.....

Ahad, 1 Julai 2012

Inilah yang aku terima

Jangan tengok sangat hehehe

Salam semua, bila blog bersawang, inilah yang akan aku terima.. aktif suatu ketika dulu dan aku mula kurang dan tinggalkan keaktifan aku... rugi- rugi, 

Dari dapat BE... Ada Income... n langsung zero..

Ada gak rasa untuk aktif semula, tapi hangat-hangat tahi ayam jer.. haha

nak pikat hati orang untuk baca blog personal mcm aku nie bukan senang... lain la kalau blog POLITIK... GOSIP... mmg hot.. mcm CERITA HOT aku yang biasa nie...

Walaupun kenal n ada tips yang hangat dan hot dari blogger femes malas gak aku huhu... 
bila dah kurang berblog tu sebab blog aku bersawang...
tapi apalah gunanya femes.. kalau hati tak puas... huhu

Rabu, 25 Januari 2012

Ben Ashaari dan Kekurangan Aku...


Kalau la korang baca segmen yang Ben Ashaari  buat petang tadi dan aku join macam kat sini
Sebenarnya tak da idea nak buat perbedaan pun, terlalu jauh nak bezakan dari mutu dan kualiti berbanding blog beliau.

Aku tak perlu kenalkan siapa Ben, semua blogger kenal, walau pun dah jumpa beberapa kali, masih banyak ilmu yang perlu di pelajari dar Ben. Korek la sikit2... kadang2 bila dia mula berbicara tentang blog dan teknik2 dalam berblog perlahan2 aku rekod apa yang dia cakap.. ( alamak dah pecah rahsia aku )
So, kalau nak bandingkan blog beliau dan blog aku.. jauh beb.. mungkin blog korang lagi baik dai blog aku...

Bagi aku kuantiti follower bukan pengukur pada bagus atau tidak blog seseorang itu. Blog kita wajah kita.. Apa yang kita tulis itulah gambaran tentang diri kita. Dari segi penulisan ada yang serius ada yang santai dan ada yang ntah apa2 mcm blog aku.. Begitu juga pembaca, ada yang suka tulisan yag berjela-jela tapi.. ada isinya.. ada pulak yang suka penulisan santai relaks dan sempoi...

Terpulang pada kita untuk tentukan blog kita nak di letakkan kearah mana.. 

Selasa, 17 Januari 2012

Emosi Betul Blogger Nie


Assalamualaikum semua... dunia blog nie penuh dengan emosi.. Naper aku cakap macam tu.. Dalam blog penulis boleh luahkan dan ceritakan segalannya.. Marah.. Tak puas hati.. Sedih... Gembira.. Hampa.. Kecewa...

Semuanya ada.. tapi kadang-kadang mungkin apa yang diluahkan boleh melukakan hati seseorang tanpa kita sedari. Jari yang menaip tiap huruf di keyboard kadang-kadang tak dapat di kawal dengan emosi yang keterlaluan. Peringatan ini untuk aku juga...

Apa pun kepuasan berblog nie datang dari luahan perasaan yang kita luahkan disini. Tapi kene ingat yer, sekali lagi aku ulang... tanpa kita sedari kita mungkin akan melukakan perasaan orang lain.Mungkin kemaafan yang kita pohon kemudian hari, tidak lagi dibaca oleh mereka yang terluka

Sabtu, 20 Ogos 2011

Blogger Spammer




Google


Salam semua, dalam kita berada dalam mood sepuluh malam terakhir dan mood raya semestinya. Mari  aku nak share satu cerita pasal spammer yang hadir di blogger aku nie. Terus terang aku cakap, aku memang tak layan klau komen tu datang dari pengomen tanpa nama atau anonymous nie. Mesti aku terus jadikan spam.Termasuklah "anon" yang nak kondem aku. haha

Spammer ni memang suka hantar komen pelik-pelik, ada yang tak faham langsung bahasa dia. Tetapi aku dapat mengesan beberapa blogger yang suka jadi spammer nie. Buktinya bila aku buat beberapa entri yang menarik perhatian  mereka, mereka akan menggunakan identiti sebenar. tetapi komen mereka berada di inbox spam. jadi inilah antara blogger yang di mark sebagai spam di blog SHAHAZRIN.COM





Isnin, 14 Februari 2011

Blog tanpa post link ke FB | SHAHAZRIN.COM

Salam semua, selamat petang..  aku nak tunjukkan sesuatu.. sila lihat ini.....


sikit, kalau aku rajin buat post dan rajin post link kat FB dan group-group di FB dia akan jadi macam nie dan lebih...


Jadi, kesimpulannya rajin - rajin update blog dan kongsikan link anda denga group yang boleh promosikan entri blog kita dengan kawan-kawan semua.. yer. Kalau tak tahu tanya yer....


Jumaat, 4 Februari 2011

Terima Kasih Semua | SHAHAZRIN.COM


Salam semua, entri nie aku buat untuk ucapan terima kasih pada semua yang support blog aku yang tak seberapa nie. Terima kasih sangat-sangat kepada beberapa blogger yang selalu bagi nasihat dan pandangan pada blog aku nie. Sokongan kalain amatlah dihargai.
Aku tak menjanjikan sesutau yang hebat disini, blogger picisan macam aku nie sekadar memenuhi ruang berblog anda semua. Blog aku pun bukan ada pencapaian pun sekadar nombor ranking dan pageview gitu bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan..

Kepada followers yang sangat dihargai saya mohon maaf sekiranya saya belum lagi follow blog anda semua. Bukan apa, macam tak pasti jer dah follow belum.. nak cek kat gambar followers tu, ada blogger yang tak tunjukkan nama blog kat profile picture tu. Cuba cek balik.

Sekali  lagi terima kasih dan aku sangat hargai pengunjung dan followers blog aku nie. Aku tak harapkan apa-apapun pencapaian untuk blog nie sekadar suka-suka dan aku akan berblog bila aku rasa nak berblog. 

Apapun, berblog ni boleh buatkan apa yang tercetus dalam fikiran aku diluahkan dalam bentuk tulisan di sini yang di gelar Blog @ Jurnal Maya aku..Wassalam..

Sabtu, 29 Januari 2011

Duduk saja pun NUFFNANG bagi duit | SHAHAZRIN.COM

Nak tebus ker tak nak..nak tebus ker tanak.. hehehe entri pagi-pagi nie sementara tak mengantuk lagi.. dan banyak iklan yang tamat tak tau nak tebus ker tidak duit yang tak sebera pa nie. Ini hanyalah rujukan untuk  catatan jurnal maya eik.. saper nak duit macam nie???

duduk saja..saper nak bagi

yang hari tu kat sini  <======
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...