Sabtu, 22 Januari 2011

Ragam Pilihan Raya

Selamat petang, rehat nampak.. Alhamdulillah.. sihat semua. Orang cakap kalau kita nie berniaga kedai makan, nak lagi yang baru bukak dan baru mula nak cari pelanggan setia,  jangan tutup atau cuti lama-lama nanti pelanggan lari. Ha.. macam tu juga blog kot. kalau blog kita sepi tanpa berita. dengan entri minggu lepas. Dengan berita yang dah tak hangat. Pengunjung setia pun lari la..


Ha.. apapun dengar cerita hari penamaan calon di Dun Tenang nampak Tenang xada kekecohan yang melampau macam piket Bantah Buku Teks Sekolah. Provokasi tu biasa la bila ada pilihan raya. Apa yang seronoknya tentang pilihanraya ialah pelbagai isu di bangkitkan oleh parti-parti yang bertanding dan ada kalanya isu tu tak logik dan tak boleh diterima akal. dengan pelbagai janji yang ditabur bagai nak bina Taj Mahal Malaysia.. Suara-suara merdu yang melaungkan janji seperti menanam tebu dipinggir bibir.


Apapun jangan kita jadi buta dengan politik, sehingga kita lupakan tali persaudaraan semangat kejiranan semangat perjuangan bangsa dan agama jangan sampai ada puak yang terbina dek jurang ciptaan kita sendiri senhinggakan ini kenduri part "tut" tak payah pergi.. Soalan kubur bukan PARTI MANA YANG KAMU SERTAI.. Tetapi AGAMA yang kita anuti... Wasaalam

Gambar Ihsan : Google

2 ulasan:

  1. nak berpilihan raye lagi la pulak... berkempenlah elok2 ye... jangan nakal2... kang kene tangkap sape sussah... parti yg nak menjawab... anak bini dapat susah... slamat berpilihan raye kecik semua..

    BalasPadam
  2. kalo pikir tentang politik ni...boleh wat sakit kepala....haaaiiisshhh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...