Memaparkan catatan dengan label POLITIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POLITIK. Papar semua catatan

Ahad, 9 September 2012

PENGAWAL PERIBADI ANWAR GUNA SENJATA ??????

 
Tajuk aku tu penuh dengan tanda tanya......
Confius aku nie... nanti aku nak cari lagi butiran lanjut...

Setahu aku, tak semua orang yang ada senjata nie boleh guna senjata sesuka hati...
Selain dari di padang tembak untuk latihan, pasukan keselamatan
atau melindungi diri dan harta dari bahaya, tu bahaya yang tersangat bahaya...

Ceritanya Anwar yang dalam siri jelajahnya seluruh MALAYSIA tiba di sebuah Kampung di Melaka... Erm... nak masuk kampung orang, mesti ada yang dah tunggu dengan sepanduk nak protes kehadiran Anwar nie....

Bila bas kena block, ada seorang lelaki suruh orang kampung beri laluan pada bas, agaknya marah sangat, tu yang tunjuk pistol 2, macam la dia sorang ada pistol.. hehehe... naik angin la orang kg... 

Marah la orang kg bro, masuk kg orang buat macam tu..... Lupa kod etika kerja dan tatacara penggunaan senjata api nie, nanti kena bagi kelas semula.. huhu  berita lanjut dan sumber berita klik lin bawah

Sabtu, 14 Januari 2012

Sihat Baru Boleh Bertanding


Banyak betul parti yang nak senaraikan calon pilahanraya tahun nie sibuk berbicara tentang kretiria pemilihan calon untuk bertanding, Tapi yang sering aku dengar bila beberapa soalan wartawan memenuhi tajuk berita walaupun tajuk kecil ialah Faktor Kesihatan.

Banyak faktor yang perlu diambil kira untuk menjadi wakil rakyat yang berwibawa antara yang perlu dititik beratkan ialah Faktor kesihatan... Kalau banyak sakit saya rasa tak perlulah bertanding. Kalau ajal sampai bukan ker kena buat pilihanraya semula.. Banyak pembaziran berlaku, duit rakyat... duit negara duit sana duit sini , tenaga..... bukan ker banyak pembaziran berlaku.. Kalau sakit nak tengok rakyat pun susah. Memang betul ajal maut ditangan tuhan. Tapi kalau kita ni berada di barisan hadapan yang mewakili rakyat kena lah sihat..

Apapun kalaulah faktor kesihatan diambil kira, banyak faedahnya....


Sabtu, 22 Januari 2011

Ragam Pilihan Raya

Selamat petang, rehat nampak.. Alhamdulillah.. sihat semua. Orang cakap kalau kita nie berniaga kedai makan, nak lagi yang baru bukak dan baru mula nak cari pelanggan setia,  jangan tutup atau cuti lama-lama nanti pelanggan lari. Ha.. macam tu juga blog kot. kalau blog kita sepi tanpa berita. dengan entri minggu lepas. Dengan berita yang dah tak hangat. Pengunjung setia pun lari la..


Ha.. apapun dengar cerita hari penamaan calon di Dun Tenang nampak Tenang xada kekecohan yang melampau macam piket Bantah Buku Teks Sekolah. Provokasi tu biasa la bila ada pilihan raya. Apa yang seronoknya tentang pilihanraya ialah pelbagai isu di bangkitkan oleh parti-parti yang bertanding dan ada kalanya isu tu tak logik dan tak boleh diterima akal. dengan pelbagai janji yang ditabur bagai nak bina Taj Mahal Malaysia.. Suara-suara merdu yang melaungkan janji seperti menanam tebu dipinggir bibir.


Apapun jangan kita jadi buta dengan politik, sehingga kita lupakan tali persaudaraan semangat kejiranan semangat perjuangan bangsa dan agama jangan sampai ada puak yang terbina dek jurang ciptaan kita sendiri senhinggakan ini kenduri part "tut" tak payah pergi.. Soalan kubur bukan PARTI MANA YANG KAMU SERTAI.. Tetapi AGAMA yang kita anuti... Wasaalam

Gambar Ihsan : Google

Sabtu, 4 Disember 2010

POLITIK MALAYSIA

google  search : siasahdaily.blogspot.com 

 

'Anwar cuba perangkap Najib'

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan tidak perlu terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang sememangnya mendambakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dilaksanakan pada tahun hadapan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, soal pilihan raya umum tidak perlu terlalu dilayan oleh kerajaan kerana Barisan Nasional (BN) masih mempunyai mandat sehingga 2013.
Menurut Syed Ali, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja memalu gendang pilihan raya dengan harapan kerajaan akan terperangkap bagi membolehkan pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya digugurkan.
"Ini adalah taktik Anwar supaya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengadakan pilihan raya umum pada pertengahan tahun depan bagi membolehkan beliau menggunakan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan dan kepimpinan UMNO.
"Anwar sengaja berbuat demikian kerana perbicaraan kes liwatnya dijangka tidak akan selesai pada tahun depan, jadi peluang itu akan dimanipulasikan sebagai kempen politik jika PRU-13 dilakukan pada 2011," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas polemik mengenai khabar angin kononnya PRU Ke-13 akan dilaksanakan pada tahun depan dalam blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com, hari ini.
Dalam perkembangan berasingan, beliau mengingatkan pemimpin UMNO supaya berhati-hati dengan kecenderungan pihak tertentu yang tidak kisah dengan isu pelantikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa.
sumber: utusan

Selasa, 2 November 2010

Yang Mana Satu Idaman Kalbu

Salam SM nak tanya lah... dah boleh mengundi ker?? apa belum daftar??? erm.. kenapa tu eik..
owh..... masih belum pasti nak pilih yang mana eik.. pikir dan pilih la eik..

Macam nie lah... apa yang kita ada sekarang sudah memuaskan hati kita ker belum? rasa banyak sangat ker kekurangan yang kita ada sekarang..Jadi pilih la...yang boleh memberi kebaikan kepada kita..

ada yang cakap kita vote tapi bukan kita dapat apa-ap pun.. betul ker?
SM rasalah apa yang kita pilih sekarang akan mencorakkan apa yang akan ada pada masa depan... mungkin kita tak dapat apa-apa sekarang... tapi anak-anak kita... cucu cicit kita macam mana.. ?

Undi adalah rahsia, terserah anda untuk membuat keputusan...

Dulu Arwah Tokayah SM pernah disuruh oleh pakcik SM untuk ubah haluan untuk satu pilihanraya Umum
jawapan TokAyah SM.."aku, kalau aku mati hidup semula 2 -3 kali pun aku tetap dengan parti aku, aku taj mau khianat bangsa aku"

Pilih la.. ok Pilih dunia ker akhirat... terpulang pada anak ..
nasib anak cucu kita terletak pada ' X ' anda...

   

 

note : SM diarahkan jadi ahli berkecuali sampai pencen....

Sabtu, 9 Oktober 2010

LAGI PILIHAN RAYA KECIL

Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia dalam nahas

09/10/2010 12:32pm


KOTA KINABALU 9 Okt. - Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di sini, pagi ini.
Edmund, 54, dipercayai sedang menunggang motosikal berkuasa besar dari Sembulan ke Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez kira-kira pukul 11.40 pagi ini.
Mayatnya telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini.
Beliau merupakan Ahli Parlimen pertama di Batu Sapi selepas memenangi pilihan raya umum pada 2004 lalu. - Utusan

Sabtu, 2 Oktober 2010

Pilih Ku Li calon BN di Galas tidak wajar: Nik Aziz

2010/10/02

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar. 

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.


"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.


"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. 

"Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini. 

Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu. 

Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata, BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang. 
Sementara itu, Nik Aziz berkata, PAS masih belum membuat keputusan untuk menamakan calon untuk pilihan raya kecil itu kerana ia akan diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti tersebut. 

"Walaupun saya Pesuruhjaya (PAS Kelantan) tapi calon PAS dipilih di peringkat jawatankuasa dan ini dibuat supaya tidak ada yang berebut (jadi calon)," katanya. 

Nik Aziz berkata, antara kriteria calon PAS itu nanti adalah kalangan mereka yang diterima penduduk di Galas seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan. 

"Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik. 

"Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik," katanya. - BERNAMA


Jumaat, 1 Oktober 2010

Samy Vellu undur Januari





Mahu lepas jawatan Presiden MIC tujuh bulan lebih awal

KUALA LUMPUR: Selepas 31 tahun menerajui MIC, Datuk Seri S Samy Vellu semalam memutuskan untuk mengundur diri sebagai presiden parti itu, Januari depan, tujuh bulan lebih awal daripada tarikh peralihan kepimpinan yang ditetapkannya sendiri, pada Mei lalu. 

Tokoh politik berusia 74 tahun berkata, keputusannya itu bertujuan memberi peluang kepada barisan kepemimpinan MIC membuat pembaharuan dan mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Beliau berkata, Timbalannya, Senator Datuk G Palanivel akan mengambil alih jawatan itu.


Bekas Menteri Kerja Raya itu juga menjelaskan tindakannya untuk bersara awal daripada tempoh ditetapkan sebelum ini adalah keputusan beliau sendiri dan bukan atas tekanan mana-mana kumpulan. 

Beliau juga memberi jaminan selepas proses peralihan itu, beliau tidak akan campur tangan atau mengganggu dalam sebarang urusan dalaman MIC kerana mahu pemimpin baru membawa perubahan dan menarik kembali sokongan masyarakat India kepada parti berkenaan. 

Kalau saya tunggu lagi dua tahun (pemilihan parti akan datang), saya fikir ia tidak baik, kerana kita mahu pembaharuan dalam kepimpinan parti. Pemimpin baru akan membawa idea dan dasar baru. 

Saya fikir itu (melepaskan jawatan) lebih baik daripada menunggu sehingga hampir Pilihan Raya Umum ke-13, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) di ibu pejabat MIC di sini, semalam. 
Hadir sama, Palanivel; tiga Naib Presiden, Datuk Dr S Subramaniam, Datuk M Saravanan dan Datuk SK Devamany serta anggota CWC. 

Ketika Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan, Mei lalu, Samy Vellu dilaporkan berkata beliau sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melepaskan jawatannya dalam masa lapan atau sembilan bulan sebelum penggalnya sebagai presiden berakhir pada Mei 2012. 

Ditanya pemberita kemungkinan beliau akan melepaskan jawatannya sebelum 15 Januari, beliau berkata, proses peralihan mungkin berlaku sebelum atau selepas beliau menghadiri Persidangan Pravasi Bharatiya Divas di New Delhi, India pada 7 hingga 9 Januari 2011. 

Yang pasti sebelum 15 Januari. Saya perlu menghadiri persidangan itu bagi memastikan kesinambungan usaha membantu kontraktor Malaysia mendapat projek di India, katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...