Sabtu, 21 Mei 2011

Keindahan Alam Perkahwinan. | SHAHAZRIN.COM

Salam semua... Perkahwinan adalah suatu alam kehidupan yang yang akan dan sedang kita lalui... Keindahan alam perkahwinan adalah kenangan yang sangat manis dalam hidup kita. 

Bagi yang baru mendirikan rumah tangga aku ucapkan selamat pengantin baru. Ikatan yang murni ini adalah satu rahmat Ilahi. Sebahagaian pelengkap hidup ini perlukan sedikit cabaran buat kita untuk kita sempurnakan. 

Kesersaian adalah aset yang paling penting dalam rumahtangga. Keserasian yang sebenar hanya akan kita alami setelah kita berumah tangga. Keserasian dalam percintaan kebanyakkanya belum sempurna untuk disebut sebagai "serasi". Nanti bila dah berumah tangga barulah kita tahu perangai dan tinggahlaku sebenar pasangan kita. Keindahan percintaan kadang kala membuatkan pasangan kita "hipokrit" dan tidak menunjukkan sepenuhnya perangai yang sebenar. Sebagai contoh, bila dah kahwin baru kita tahu yang pasangan kita tu susah nak bangun tido, bila bangun dalam keadaan terkejut, suka marah-marah. Haa.. masa bercinta ayam belum berkokok dah bangan nak g dating.. hahaha...

Dalam mencari keserasian ini, kesabaran adalah faktor yang sangat penting. "willing to do" masa bercinta mungkin akan hilang masa kita dah hilang sabar. Masa bercinta lautan api sanggup direnanggi.. bila baru diuji kesabaran tahap pertama semasa berkahwin dah tak tahan... dah nak bercerai berai..sabar yer...baru tahap pertama, tahap kedua dan tahap seterusnya ada lagi...

Kita akan sendiri dapat rasakan keserasian itu dah wujud dalam rumah tangga kita bila sesi bertegang urat dah kurang dan tak serius macam ujian kesabaran peringkat awal untuk mencari keserasian.

Semoga pembaca dapat memahami apa yang ditulis, Kerana ini adalah antara pengalaman penulis blog ini. Sekian...

2 ulasan:

  1. utk kenal siapa pasangan kita yg sebenar.. bila dah tido sebantal (kawen). time tu dah takde cover2 line. kalau dulu jumpa awek/pakwe seminggu sekali boleh la nak cover tu ini.. kalau dah jadi laki bini.. larat nak cover hari2. masa tu la bermulanya proses suai kenal antara pasangan. 3 tahun pertama adalah proses perkenalan so kena byk sabar.
    TERKINI : KISAH BAYI TERKENA BADI MAYAT
    TERKINI : BACA AL-FATIHAH SETELAH KANTOI KHALWAT
    TERKINI : SPAM DALAM PETI SURAT TAPI BUKAN EMAIL TAU!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...