Memaparkan catatan dengan label UTUSAN ONLINE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UTUSAN ONLINE. Papar semua catatan

Selasa, 1 Mei 2012

Perusuh pukul polis macam mahu membunuh - Saksi

Perusuh pukul polis macam mahu membunuh - Saksi

Rujukan :  Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 30 April - Atas dasar kemanusiaan, jurukamera TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh mengetepikan keselamatan diri dan membantu seorang anggota polis yang diserang sekumpulan peserta perhimpunan pada Sabtu lepas. Akibatnya beliau sendiri menjadi mangsa serangan kumpulan “pengganas" terbabit sehingga terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur dengan 15 jahitan di kepala, selain lebam di beberapa bahagian badan.

Menceritakan pengalamannya kepada Bernama, di sini hari ini, Mohd Azri berkata, beliau sedang membuat liputan di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 4 petang apabila melihat peserta perhimpunan membaling pelbagai objek ke arah sebuah kereta polis.

"Mereka baling macam-macam termasuk batu menyebabkan kereta terbabas dan langgar tembok Sogo. Mereka kemudian serbu kereta itu dan menyerang anggota polis di dalam kereta tersebut.

"Mereka serang bertubi-tubi. Saya tengok anggota polis itu sudah pengsan jadi saya datang untuk leraikan sebab saya takut mereka akan terus pukul sampai dia mati," katanya.

Akibat tindakannya itu, kumpulan perusuh terbabit menyerang dan memukulnya bertalu-talu sekalipun beliau sudah terjatuh termasuk ada yang menggunakan topi keledar.

Mohd Azri berkata beliau akan membuat laporan polis selepas ini dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

Ini kerana katanya, rakaman wajah individu berkenaan berjaya diperolehinya.

Mohd Azri juga berkata kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberi liputan terbaik dalam sebarang situasi termasuk ketika keganasan pada hari berkenaan. - BERNAMA

Khamis, 16 Disember 2010

Jualan Saga FL disasar 6,500 sebulan

Hafiza Ismail bersama Nurhafiza Basharuddin (kiri) memperkenalkan Proton Saga FL di Proton Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 15 Dis. - Proton Holdings Bhd., (Proton) hari ini berkata, Proton Saga kini menduduki tangga kedua sebagai kereta paling laris di Malaysia dengan purata jualan bulanan sebanyak 6,200 buah.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kereta berkenaan yang mula diperkenalkan pada Januari 2008, dijangka menyaksikan jualannya meningkat kepada 75,100 buah sehingga 31 Mac tahun depan.

Sehingga Oktober lalu, sejumlah 204,150 buah kereta Proton didaftarkan dan sebanyak 245,030 tempahan diterima.
Syed Zainal selepas majlis pelancaran kereta Proton Saga FL di sini, berkata, melalui pengenalan kereta Proton Saga FL ini, Proton menjangkakan 6,500 buah dapat dijual sebulan.

Kereta Proton Saga FL dijual pada harga RM37,998 untuk model 1.3 standard (manual), RM40,998 standard (transmisi automatik), 1.3 Executive (manual) RM40,698 dan 1.3 Executive transmisi automatik RM43,298.

Model ini menampilkan ciri-ciri baharu seperti lampu depan baru, cermin sisi yang dilengkapi LED, rim aloi 14 inci dan lampu belakang LED baru dan beberapa ciri tambahan lain.

Sebanyak enam warna pilihan ditawarkan iaitu Tranquility Black, Solid White, Generatic Silver, Granite Grey termasuk dua warna baru iaitu Blue Rock dan Cafe Latte.

Syed Zainal Abidin berkata, kesemua model yang dilancarkan itu hanya berbeza antara RM1,000 hingga RM1,300 dengan model Proton Saga sebelumnya.

Katanya, harga Proton Saga FL kekal berpatutan apabila pihaknya dapat mengawal kos meskipun terdapat penambahan ciri dengan reka bentuk lebih bergaya.

Syed Zainal Abidin berkata, kereta Proton Saga FL dijangka dapat menarik perhatian generasi muda yang gemar sesuatu lebih bergaya.

"Saga FL bakal menjadi ikon kepada legasi 25 tahun bagi model itu kekal sebagai pilihan masyarakat.
"Saya percaya Saga FL dapat menjadi ikutan generasi muda dan semestinya sebagai kereta yang sesuai dengan harga berpatutan tepat pada masanya," katanya.Orang ramai boleh membuat tempahan bagi kereta Proton Saga FL dengan bayaran sebanyak RM500 dan melihat model berkenaan dipamerkan di semua bilik pameran Proton seluruh negara bermula hari ini.

Sabtu, 4 Disember 2010

POLITIK MALAYSIA

google  search : siasahdaily.blogspot.com 

 

'Anwar cuba perangkap Najib'

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan tidak perlu terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang sememangnya mendambakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dilaksanakan pada tahun hadapan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, soal pilihan raya umum tidak perlu terlalu dilayan oleh kerajaan kerana Barisan Nasional (BN) masih mempunyai mandat sehingga 2013.
Menurut Syed Ali, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja memalu gendang pilihan raya dengan harapan kerajaan akan terperangkap bagi membolehkan pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya digugurkan.
"Ini adalah taktik Anwar supaya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengadakan pilihan raya umum pada pertengahan tahun depan bagi membolehkan beliau menggunakan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan dan kepimpinan UMNO.
"Anwar sengaja berbuat demikian kerana perbicaraan kes liwatnya dijangka tidak akan selesai pada tahun depan, jadi peluang itu akan dimanipulasikan sebagai kempen politik jika PRU-13 dilakukan pada 2011," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas polemik mengenai khabar angin kononnya PRU Ke-13 akan dilaksanakan pada tahun depan dalam blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com, hari ini.
Dalam perkembangan berasingan, beliau mengingatkan pemimpin UMNO supaya berhati-hati dengan kecenderungan pihak tertentu yang tidak kisah dengan isu pelantikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa.
sumber: utusan

Rabu, 24 November 2010

Perceraian meningkat angkara Facebook?

artikel yang aku jumpa dalam paper yang sesuai untuk dikongsi bersama...


Layari laman-laman sosial di Internet dengan niat dan tujuan yang ikhlas. - Gambar hiasan


MEMANG belum ada satu kajian spesifik di negara ini yang boleh mengesahkannya,. Namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.
Gambaran terhadap kes ini dapat dilihat daripada jumlah kes perceraian yang meningkat tahun demi tahun.
Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.
Ini hasil daripada temu bual ringkas yang penulis sendiri jalankan dengan beberapa rakan yang juga dikenali menerusi laman web Facebook.
Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.
Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.
Presidennya, Marlene Eskind Moses, dipetik sebagi berkata, sebarang komen yang diletakkan oleh bekas pasangan akan gunakannya sebagai bukti di mahkamah.
Kajian tersebut juga mendapati pasangan yang sedang dalam proses perceraian atau perebutan hak penjagaan anak akan turut mengadu hal tersebut pada rakan di jaringan sosial.
“Dalam satu kes yang pernah berlaku, seorang wanita yang bercerai ingin menuntut hak penjagaan anaknya telah kehilangan hak tersebut kerana dia memberitahu mahkamah dia sudah bertunang dengan pasangan baru.
“Padahal di Facebook dia mengatakan dia sudah berpisah dengan teman lelaki yang suka menderanya dan kini sedang mencari lelaki kaya sebagai ganti.
“Saya memang terkejut bagaimana seorang itu tidak berfikir dahulu sebelum menaip di Facebook masing-masing terutama mereka yang dalam proses perbicaraan mahkamah,” kata Naib Presiden AAML, Kenneth Altshuler.
Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).
Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.

Rabu, 17 November 2010

Empat sekeluarga maut kemalangan

TANJONG MALIM 17 Nov. - Empat beranak maut manakala dua lagi parah apabila kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan dua buah lori dan sebuah teksi di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Slim River awal pagi ini.
Mangsa ialah Shaiful Fadzilah Shahar, 36, dan isterinya, Siti Suzana Mohd. Nor, 33, serta dua anak kembar mereka, Fitri dan Fikri yang berusia enam tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Supritendan Anuar Osman ketika dihubungi di sini hari ini berkata, dalam kejadian pukul 2 pagi ini keluarga itu dalam perjalanan pulang ke kampung di Lenggong dari Seremban, Negeri Sembilan untuk menyambut Hari raya Aidiladha. - Utusan

NOTE: berhati-hati dijalan raya....

Ahad, 14 November 2010

2 pengilat kuku Skin Food bahaya

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Kementerian Kesihatan telah menarik balik notifikasi dua produk pengilat kuku jenama Skin Food yang dikesan mengandungi bahan kimia terlarang.

Produk tersebut adalah Skin Food Jajoba Pure Nail PK004 dan Skin Food Milk Creamy Nail Base Coat yang dikesan mengandungi bahan kimia benzin pada paras rendah iaitu masing-masing 22.3 ppm (bahagian per juta) dan 30.3 ppm.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian, Eisah A. Rahman berkata, notifikasi produk berkenaan telah ditarik balik susulan daripada status keselamatan terkini.

"Benzin adalah bahan organik yang boleh menyebabkan kanser dan penggunaannya dilarang dalam semua penyediaan produk kosmetik di Malaysia, negara ASEAN dan Kesatuan Eropah," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan telah menerima Pos Amaran Pemasaran daripada Penguatkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura mengenai penarikan semula dua produk ini.

Beliau berkata, produk Skin Food Milk Creamy Nail Base Coat tidak pernah diimport masuk ke pasaran Malaysia sejak dinotifikasikan pada 2007.

Sementara produk kedua telah diberhentikan pasarannya di Malaysia dua tahun lalu kerana kurang permintaan.
Sementara itu, Eisah memberitahu bahawa orang awan boleh menghubungi BPFK di talian 03-78835532 atau e-mel kepada potm@bpfk.gov.my untuk sebarang pertanyaan berhubung kedua-dua produk ini.

Sabtu, 13 November 2010

Kriteria ke sekolah berasrama penuh kembali ke asal – TPM

YOKOHAMA 13 Nov. – Pemilihan pelajar-pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP) akan kembali berpandukan tujuan asal sekolah sedemikian diadakan, iaitu memilih mereka yang mendapat keputusan cemerlang daripada kalangan keluarga yang miskin, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"The ”cream” (yang terbaik) tapi di kalangan keluarga yang miskin. Itu adalah asas kenapa SBP diadakan.
“Asrama disediakan sebab tempat tinggal jauh untuk mudah mereka belajar. Pembiayaan kos juga agak rendah. Asas itu harus kita gunakan sekarang,” kata beliau.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di SBP.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Muhyiddin berkata, kesukaran memasuki SBP bukan perkara baru kerana jumlah pelajar yang cemerlang agak ramai, manakala tempat untuk SBP adalah terbatas iaitu sebanyak 7,000 sahaja. – Bernama [ utusan ]

Ahad, 31 Oktober 2010

Dipulau Kerana Tudung

ANKARA 30 Okt. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.

GUL dan Hayrunnisa bergambar bersama semasa majlis resepsi
Hari Republik di istana beliau di Ankara, kelmarin. - REUTERS

 Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.

Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.

Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.

Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.

Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP

SM-Kat Malaysia ada "orang" berbangga sebab tak bertudung...

Lagi mengenai TURKI : http://id.wikipedia.org/wiki/Turki

Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti) disebut Türkiye (bahasa Turki: Türkiye) adalah sebuah negara besar di kawasan Eurasia. Wilayahnya terbentang dari Semenanjung Anatolia di Asia Barat Daya dan daerah Balkan di Eropa Tenggara. Turki berbatasan dengan Laut Hitam di sebelah utara; Bulgaria di sebelah barat laut; Yunani dan Laut Aegea di sebelah barat; Georgia di timur laut; Armenia, Azerbaijan, dan Iran di sebelah timur; dan Irak dan Suriah di tenggara; dan Laut Mediterania di sebelah selatan. Laut Marmara yang merupakan bagian dari Turki digunakan untuk menandai batas wilayah Eropa dan Asia, sehingga Turki dikenal sebagai negara transkontinental.

Rabu, 27 Oktober 2010

Gambar Mayat Penjaga Kunci Gunung Merapi


Maridjan ditemui mati dalam keadaan sujud

27/10/2010 11:47am



MAYAT dipercayai penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunug berapi tersebut di Jawa Tengah, Indonesia. - UTUSAN


YOGYAKARTA 27 Okt. - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud.
Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.
Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan.
Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.
Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.
Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat. - Utusan

Jumaat, 22 Oktober 2010

Keldai dadah...

50 peratus ditahan di luar negara adalah ”keldai dadah”


22/10/2010 7:44pm





KUCHING 22 Okt. – Pengedar dadah, kebanyakannya berperanan sebagai ”keldai dadah”, merupakan 50.4 peratus daripada 1,560 kes rakyat Malaysia ditangkap di luar negara sejak 1991 hingga sekarang.



Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, pengedaran dadah adalah masalah serius pada kalangan rakyat Malaysia dengan 785 kes sepanjang tempoh itu, manakala kes lain pula termasuk pemerdagangan orang yang meliputi 3.2 peratus dan pembunuhan 1.27 peratus.



"Saya berasa sangat sedih apabila mengetahui ramai daripada pengedar dadah yang ditangkap ini dan sesetengah disabitkan kesalahan serta dihukum mati kerana sesuatu yang mereka tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Seranta, Penerangan dan Diplomasi Awam Kementerian Luar Negeri, di sini.



Merujuk kepada kes terkini melibatkan seorang gadis dari Sabah, Christina Luke Niju yang kini ditahan di China selepas ditangkap membawa dadah di lapangan terbang negara itu, beliau menasihatkan wanita khususnya, agar tidak terpedaya dengan janji manis orang yang baru mereka kenali. – Bernama

Khamis, 14 Oktober 2010

NOKIA N8





N8 jadi produk terbaik Nokia

KUALA LUMPUR 13 Okt - Nokia meramalkan produk terbaharu telefon mudah alih pintar N8 bakal menjadi salah satu produk terbaik daripada segi jualan dan aplikasi yang ditawarkan.
Telefon mudah alih pintar yang menggabungkan teknologi kamera dan video berdefinisitinggi (HD), mampu memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa menginginkan kualiti video terbaik.
Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Vlaska Berka berkata, Nokia N8 menawarkan reka bentuk dan aplikasi tercanggih selain dijual dengan harga berpatutan berbanding telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.
"N8 akan dipasarkan kepada pengguna Sabtu depan, bakal menjadi antara produk terbaik keluaran Nokia dari aspek kualiti dan jualan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Nokia N8 di sini hari ini.
Nokia N8 dilengkapi dengan kamera Carl Zeiss 12 megapiksel dan lensa terbesar yang biasanya digunakan untuk kamera digital atau kompak.
Melalui sistem operasi terbaharu Symbian 3 menjadikan Nokia N8 lebih pantas dalam aspek pengunaan aplikasi grafik dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D).
Telefon mudah alih seberat 135 gram turut menyediakan aplikasi popular seperti laman sosial, GPS, web TV dan sambungan terus ke tv menggunakan teknologi HD.
Berka berkata, Nokia turut bekerjasama dengan Maxis bagi membangunkan aplikasi dan pakej yang lebih memenuhi kehendak serta sesuai dengan pengguna di negara ini.
"Kini pengguna boleh menonton rancangan seperti CNN, E! Entertaiment, TV3, 8TV dan beberapa rancangan tambahan lain di mana sahaja menerusi Nokia N8," ujarnya.
Pada masa yang sama, Nokia turut melancarkan tiga lagi model baharu iaitu Nokia C3, C7 dan X3 yang menawarkan reka bentuk yang lebih kecil dan menawan.
Nokia N8 dijual dengan harga RM1,690 manakala Nokia C3 (RM 520), C7 (RM1,490) dan X3 (RM610).

NOKIA C7
Nokia C3 Touch and Type mobile phone
NOKIA C3
CANGGIH TAK? NOKIA N8

Nokia X3 Touch and Type
NOKIA X3
YANG MANA SATU PILIHAN HATI....

Warna

  • Silver white
  • Dark grey
  • Orange
  • Blue
  • Green
video



SPESIFIKASINYA KAT SINI



Selasa, 12 Oktober 2010

Ada Lagi Manusia Durjana Ker???

Bayi baru dilahirkan dibuang dalam semak dekat taska

12/10/2010 7:13pm


BALING 12 Okt. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dibungkus dengan tuala, ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini hari ini.
Bayi yang terdapat kesan luka di badan akibat terkena duri, ditemui pekerja dan pemilik taska berkenaan pukul 10 pagi ini dan kemudian membuat laporan polis.
Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat semut di badannya.
Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui dan turut ditemui bersama bayi itu adalah urinya yang diletakkan berdekatan bayi itu.
Kesan darah turut ditemui dalam kawasan pagar taska itu serta di kawasan bayi ditinggalkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supt. Mohd. Daut Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terlibat.
Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani petang ini untuk rawatan lanjut berikutan jangkitan kuman. – Bernama

Isnin, 11 Oktober 2010

Musa sifatkan Ijazah Kehormat sebagai iktiraf khidmat PDRM

Musa sifatkan Ijazah Kehormat sebagai iktiraf khidmat PDRM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kiri) menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi kepada Musa Hassan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, semalam.


BATU PAHAT 10 Okt. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi kepadanya sebagai suatu pengiktirafan terhadap perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, anugerah daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu merupakan pengiktirafan kepada pegawai-pegawai dan anggota PDRM yang setia berkhidmat menjaga keselamatan dan keamanan negara.
"Ini adalah satu titik sejarah kepada diri patik dan juga pengiktirafan kepada PDRM yang patik telah menganggotainya selama 41 tahun iaitu dari 1969 hingga 13 September yang lalu.
"Ia juga jelas menunjukkan bahawa Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selaku Canselor UTHM serta ahli-ahli senat UTHM mengiktiraf perkhidmatan yang telah dicurahkan setiap pegawai dan anggota PDRM," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas menerima ijazah kehormat itu yang disampaikan oleh Sultan Johor pada Majlis Konvokesyen Ke-10 UTHM di sini hari ini.
Turut hadir Isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.
Pada majlis itu juga, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pro Canselor UTHM.
Musa turut menggesa semua warga PDRM mempersiapkan diri dengan ilmu dan penguasaan teknologi dalam menghadapi cabaran jenayah masa kini.
Menurutnya, PDRM telah dan sedang merangka strategi-strategi yang lebih berkesan bagi menghadapi cabaran dan ancaman terhadap keamanan dan keselamatan melalui pelan strategik lima tahun (PS5T) PDRM yang dirangka pada 2007.
Katanya, termasuk dalam pelan itu adalah mewujudkan cawangan jenayah siber untuk menangani penipuan siber dan pemantauan laman web bagi mengesan berita-berita palsu dan hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.
Penganugerahan ijazah kehormat itu bagi menghargai sumbangan besar Musa dalam aspek pemodenan PDRM khususnya berkaitan aplikasi teknologi terkini dalam sistem pengurusan dan operasi pihak keselamatan itu.
Antara sumbangan beliau adalah memperkenalkan sistem C4I iaitu command (arahan),coordination (koordinasi), computer (komputer) dan integration (integrasi) yang banyak melancarkan operasi PDRM.
Beliau juga mempergiatkan penggunaan teknologi canggih dalam menyelesaikan kes jenayah moden seperti penggunaan asid deoksiribonukleik (DNA), biomatriks dan alat pengesan pembohongan.

Kemalangan maut pada 10.10.10



10.10.10 mungkin memberi makna buat seseorang...
Tapi melihat pada berita yang diwar-warkan, mungkin memberi lebih bermakna kepada keluarga mangsa kemalangan melibatkan 2 buah bas di Lebuhraya PLUS

MAUT: Kemalangan membabitkan dua bas ekspres, satu van dan tiga kereta di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat, malam tadi dipercayai meragut 11 nyawa. - Foto Jaafar Mulup  berita harian..


12 maut bas ekspres hempap beberapa kenderaan

10/10/2010 10:53pm


SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.
Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.

takziah untuk keluarga mangsa..Al fatihah



Ahad, 10 Oktober 2010

Selamat.. selamat.. kalau la kita, mcm mana eik..

Baca keratan akhbar nie... runtuh pada 5 ogos lalu.. sampai sekarang.. baca la...


33 pelombong Chile terperangkap dua bulan selamat.



SAN JOSE MINE, Chile 10 Okt. - Bunyi hon meledak mengumumkan berakhirnya gerakan menyelamat 33 orang pekerja yang terperangkap selama dua bulan pada kedalaman 700 meter dalam tanah apabila sebuah lombong bijih timah di selatan Chile runtuh pada 5 Ogos lalu berjaya.
Krew penyelamat yang menjalankan kerja-kerja mengorek terus melompat dan merangkul satu sama lain sebaik kerja-kerja mereka selesai.
Kejayaan mereka segera disambut dan dirayakan oleh ratusan ahli keluarga pelombong yang berkampung di Kem Harapan dengan saling berpelukan dan bersorak kegembiraan.
Para pegawai berkata, paling awal para pelombong yang terperangkap keluar pada hari Selasa, namun ia bergantung kepada penilaian kejuruteraan berdasarkan kestabilan aci yang diguna.
“Semua kami 33 orang yang berada di tempat perlindungan sihat,” kata nota yang telah ditulis oleh pelombong tertua, Mario Gomez, 63, dan tersekat pada gerudi yang melanggar tempat perlindungan mereka pada 22 Ogos.
Operasi menyelamat itu menelah belanja berjuta dollar, termasuk kos kejuruteraan dan khidmat pakar perlombongan dan juga pasukan perubatan dan pakar psikiatri yang terlibat.
Kebanyakan mereka yang terperangkap selama dua bulan itu adalah yang berumur 40 hingga 63 tahun, manakala lapan daripada mereka berusia awal 20an serta Jammy Sandes, 19, yang belum tamat dari sekolah tinggi. - AFP



Jumaat, 8 Oktober 2010

Tun Dr Mahathir dijadual pulang hari ini

Tun Dr Mahathir dijadual pulang hari ini

08/10/2010 10:29am

MELBOURNE 8 Okt. — Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual pulang ke Kuala Lumpur tengah hari ini dengan menaiki sebuah pesawat khas.
Pesawat berkenaan dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Tullamarine di sini kira-kira 3 petang (1 tengah hari waktu Malaysia).
Dr Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth di sini Sabtu lepas kerana jangkitan di dada.
Beliau dibenarkan keluar dari hospital pada Selasa dan kemudiannya berehat di sebuah hotel di sini.
Bekas Perdana Menteri, yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dijadual berucap kepada pelajar Malaysia dalam sebuah bengkel di sini pada Sabtu namun dibatalkan selepas beliau sakit.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menggantikan Dr Mahathir pada seminar itu.
Seorang pembantu kepada Dr Mahathir, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau akan pulang ke tanah air lewat hari ini. — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...