Selasa, 20 Mac 2012

Cerita Aku Dan Lelaki Tua Itu.. ( KISAH BENAR - SERAM ) bhg 2..

 
Selepas rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu aku teringat tentang lelaki tua yang baru berpindah di rumah besar diatas bukit kampung ini bersama keluaganya. Walaupun baru berpindah lelaki tua yang di kenali sebagai Pak Agus ini mudah mesra denganmasyarakat sekeliling, Jadi tak hairan la kenapa ramai orang yang datang melawat Pak Agus

Ayatul Kursi yang aku baca dalam satu nafas aku hembuskan perlahan-lahan, aku lakukan dan ulangi sebanyak tiga kali. Aku sebenarnya rasa keliru dengan apa yang berlaku... kenapa hanya aku yang melihat keadaan aneh yang dialami oleh Pak Agus yang sedang baring dihadapan aku. Aku kuatkan diri aku yang aku rasa masih cetek tentang ilmu agama... Ah..kenapaku yang dipilih... Seleps tiga kali aku membaca Ayatul Kursi dan meghembuskannya... lirikan mata Pak Agus tertumpu ke arah aku, semua hadirin yang hadir juga mengikut lirikan mata Pak Agus yang tertumpu kearah aku.. Aku jadi serba salah..

Kemudian, seorang yang aku fikir waris pada Pak Agus menghampiri aku dan membisikkan sesuatu. Lelaki itu memohon aku untuk membantu apa yang patut. Aku yang gelisah dan serba salah mengangguk tanda setuju. Aku terus bisikkan pada lelaki itu untuk membawa Pak Agus kedalam untuk mengelakkan dari megaibkan Pak Agus dan keluarganya..

Aku merasa sesuatu yang dahsyat akan berlaku.. aku bimbang... aku risau... aku cuba memikirkan sesuatu dan memandang orang di sekeliling aku yang ada antara mereka sedang berbisik dan memandang keara h aku.. Kemudian mata aku tertumpu kepada seorang wanita separuh umur yang aku kenali... Tok Cik... guru mengaji aku.. Aku teus mendapatkan  Tok Cik dan membisikan apa yang terjadi pada aku sebentar tadi... Tok Cik terkejut dan bersetuju untuk membantu aku. Sekali lagi aku keliru, kenapa aku seorang sahaja yang dapat melihat apa yang terjadi.

Setelah Pak Agus di bawa masuk ke dalam bilik, aku dan Tok Cik menyusul kemudian. 


CERITA DALAM BILIK PAK AGUS

Seketika aku lihat Pak Agus Masih kelihatan seperti keluh kesah dengan dada yang masih terombak-ombak, tetapi aku tidak lagi melihat kelibat dua mahkluk yang aku lihat sebentar tadi. Aku sempat berpesan pada keluarga Pak Agus agar tiada yang melawat buat seketika.


sambung lagi lepas nie... anak nak susu pulok....

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...