Suatu hari yang aku dah tak ingat bila, aku dikejutkan dengan berita seorang lelaki tua yang aku kenal rapat sedang sakit atau lebih tepat lagi nazak. Mendengar dari cerita orang, lelaki tua tersebut dilihat sangat hampir dengan ajalnya tetapi masih belum meghembuskan nafasnya dan hanya dadanya yang berombak turun naik.
Mendengar berita yang tersebar aku bergegas ke rumah orang tua tersebut, terkejut aku melihat ramai betul orang yang datang bertandang. Kemudian mata aku tertumpu pada sekumpulan orang ramai yang sedang berhimpun di sebuah pondok gazebo di halaman rumah. Mendengar dari apa yang dibisikkan oleh orang di sekeliling aku, anak kepada orang tua tersebut telah diamanahkan untuk membawa ayahnya baring di situ sekiranya dia nazak sehingga ia menghembuskan nafas terakhir.... Pelik kan????
Aku yang melawat cuba mencelah dikeliling orang ramai untuk melihat sendiri berita yang aku terima sebentar tadi.. Apabila aku sampai dihadapan orang tua tersebut aku tergamam dan pandangan mata aku tertumpu pada sekujur tubuh yang terbaring nazak dan dibaluti kain batik lepas... dadanya turun naik seperti sesak nafas seakan gelora ombai yang membadai... matanya sesekali terbeliak dan tidak tentu arah pandangannya.
Gambar ini Hanya Hiasan |
Kemudian aku terpandang sesuatu benda asing yang berada di bahu kanan dan bahu kiri lelaki tersebut.. Beristighfar panjang aku, inilah kali pertama aku melihat objek yang hodoh dan buruk rupanya seakan-akan gambaran hantu dalam filem dan drama seram yan aku tonton. Makhluk tersebut sedang menekan-nekan bahu lelaki tersebut seolah-olah menahan lelaki itu dari bangun...
Kemudian aku rasa terpanggil untuk membaca beberapa potong ayat AL QURAN yang aku tahu... Apabila aku mula membaca "Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam" dan secara tiba tiba kedua mahkluk itu memandang aku dengan muka yang bengis seolah-olah ia tahu niat hati aku.. " YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN"... dan mula membaca beberapa potong ayat bermula dengan Ayatul kursi... " DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG "
Add caption |
REHAT JAP NANTI AKU SAMBUNG BALIK..... saper rasa macam tak logik atau anggap citer ni tipu aku x kisah... tapi jangan tunggu sambungan citer nie lepas aku lunch n solat jap g yer..
ades ngah sedap bace ad smbgn lak.huhu..btl2 kisah benar ke ni??bukan rekaan ye? cpt smbg
BalasPadamla sambung lak .. da best da bce .. :)
BalasPadamhuhu mantap amad dulu lagi.biase dngrje.tapi menglmi benda bgni emg penh jua
Padam