Selasa, 17 Julai 2012

BILA ANAK MULA DEMAM


Bila anak mula nak demam, "thermometer" alat yang menyukat suhu badan anak adalah benda yang paling penting untuk sentiasa digunakan... Pemantuan setiap lima minit [jika perlu] tengok suhu badan anak macam mana.. Thermometer boleh didapati di mana-mana farmasi ada yang murah ada yang mahal..



Suhu normal badan anak kita 37 darjah celcius, 37.5 Celcius dan keatas demam. Tapi perlu diingatkan bahawa demam adalah mekanisme pertahanan tubuh si kecil terhadap serangan bakteria dan virus. Tapi jangan risau, kalau anak kita masih aktif dan masih mahu makan dan minum, biar tubuhnya bekerja secara normal untuk lawan bekteria tu dan turunkan suhu yer..

Apabila demam, suhu permukaan kulit akan bertambah, manakala suhu di dalam badan akan turun justeru perkara pertama yang harus anda lakukan terhadap bayi kecil jika dia demam adalah dengan memakaikan baju yang tipis, nyaman dan menyerap peluh. Hindari baju tebal atau selimut tebal sama sekali. 

Berikan susu lebih kerap dan jika usianya sudah meningkat, boleh ditambah air putih, sup ayam, sup sayur atau jus buah bagi mencegah terjadinya dehidrasi akibat suhu badan yang meningkat. 

Tempatkan si kecil di ruang yang memiliki peredaran udara yang baik. Jika bayi mulai tidak selesa dan merengek kerana badannya panas, lucutkan pakaiannya dan kemudian lapkan tubuh dengan menggunakan kain yang dibasahi air hangat. 
Jika perlu, mandikan bayi dengan air dan elakkan menggunakan air dingin kerana ia akan membuatkan bayi tambah lesu. 

Maklumat menarik yang saya baca di Internet adalah kaedah dukungan kanggaru atau baby wearing dikatakan mampu menurunkan suhu tinggi anak hasil sentuhan kulit dengan ibu yang bersuhu normal. 

Penulis simpulkan sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu sebenarnya mempunyai kesan dari sudut psikologi dan ibu sekalian, apa kata jika anda cari kain batik yang sudah lama terbiar dan cuba kaedah kendongan bagi melihat kesan kendongan terhadap bayi anda yang sedang demam. 

INFO: Petua mudah merawat bayi yang demam 

Selain ubat diberikan doktor, ibu bapa juga boleh mencuba kaedah diamalkan orang lama bagi meredakan demam si kecil. 


  • Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa 

Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat, sapukan air ramasan asam jawa pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala. Anda akan dapati, panas badan bayi akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari. 


  • Mengurangkan panas badan dengan beras pulut 

Ambil segenggam beras pulut dan digoreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan. 

Kemudian ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Beri bayi anda minum air itu. Lebihan beras tadi boleh dicampur ke dalam air panas dan dibuat mandian.

Nasihat yang paling penting jika ia melarat, segera bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut.

tambahan info rujukan : BHONLINE

2 ulasan:

  1. betul la dya, masa kecik2 dulu siap mandi ngan air asam jawa, ada guna elovera aka lidah jin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...