Selasa, 25 Julai 2017

Nasib malang pencuri kabel


Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


LELAKI ditahan polis selepas tersangkut pada tiang elektrik ketika cuba memotong kabel di loji air lama Hulu Trusan di Lawas, malam tadi.

Dalam kejadian 8.50 malam itu, suspek berusia 43 tahun memanjat tiang elektrik di kawasan berkenaan untuk mencuri kabel.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki itu bagaimanapun tersangkut dan kejadian disedari orang awam yang kemudiannya menghubungi bomba dan polis.

Menurutnya, anggota bomba berjaya menurunkan suspek yang mengalami kecederaan pada kaki sebelum dihantar ke Hospital Lawas.

"Pemeriksaan polis menemui sebilah parang yang digunakan untuk memotong kabel elektrik.

"Siasatan lanjut mendapati suspek juga mempunyai dua kes jenayah lampau atas kesalahan sama dan kini masih menunggu keputusan dari Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, suspek masih menerima rawatan di Hospital Lawas dan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.


>>> KLIK SINI <<< UNTUK JANA INCOME DENGAN MODAL RM30

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...