Memaparkan catatan dengan label Sinar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinar. Papar semua catatan

Selasa, 2 November 2010

Banjir Di Utara Makin Buruk



Banjir di utara Semenanjung semakin buruk

ALOR SETAR - Banjir di kawasan Kota Setar termasuk di Gunung Keriang, Titi Gajah semakin buruk. Sehingga jam 11 pagi tadi 207 mangsa melibatkan 59 keluarga telah dipindahkan di dua pusat pemindahan.

Setakat jam 12 tengah hari, mangsa di daerah Padang Terap Kedah bertambah menjadi 4300 orang melibatkan 940 keluarga. Penempatan banjir bertambah dari 20 ke 30.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Berubah atau kita akan ketinggalan



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib: Razak berkata rakyat perlu keluar daripada be:lenggu pemikiran dan cara bekerja yang biasa bagi menjayakan program mentransformasikan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi. 

“Perubahan bukan lagi satu opsyen. Ia satu imperatif. Berubah atau kita akan ketinggalan,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2011 bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”, di Dewan Rakyat, semalam. 

Katanya, demi mencapai status negara maju yang diaspirasikan, rakyat Malaysia tidak boleh lagi terpenjara den:gan kelaziman. 

Najib berkata, kerajaan mahu membina :sebuah Malaysia di mana setiap orang mampu mencipta kebah:agiaan. 

“Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana yang mengehadkan kejayaan hanyalah sejauh mana kesanggupan seseorang itu berusaha dan bekerja keras,” katanya dalam ucapannya selama satu jam 40 minit itu.: 

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan Barisan Nasional tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek. 

Menurutnya, kerajaan tidak mahu mewariskan negara bermasalah kepada generasi akan datang. 

“Lantaran itu, rakyat perlu insaf bahawa masa depan mereka dan anak-anak adalah terlalu bernilai dan mahal harganya untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Perdana Menteri. 

Beliau berkata, walau apapun cabaran yang mendatang, kerajaan tidak akan sekali-kali berundur dari misi mulia itu, atas keyakinan bahawa “kebenaran berpihak kepada kita dengan rekod prestasi yang cemerlang”. 

“Kita bukannya saudagar mimpi. Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. 

“Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorban yang tinggi,” katanya. 

Sambil menegaskan Bajet 2011 mengambil kira keperluan semua rakyat, Najib berkata pembentangannya dimungkinkan oleh pengurusan kewangan negara yang cekap dan berhemat selama ini. 

“Wawasan saya dan rakan dalam Kabinet adalah untuk meneruskan tradisi murni membawa kemakmuran ke seluruh pelusuk dan ceruk negara. 

“Wawasan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia bukanlah pula satu impian yang kosong. Fakta dan sejarah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional berupaya melakukannya selama puluhan tahun,” katanya. 

Najib memberi contoh bagaimana Malaysia ditransfomasi dari sebuah negara pertanian berpendatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

Khamis, 14 Oktober 2010

Empat pelajar UKM bakal berdepan tindakan tatatertib

KUALA LUMPUR - Empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal berhadapan dengan tindakan tatatertib apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi erinford mereka bagi menghalang universiti itu berbuat demikian.

Keempat-empat penuntut itu didakwa terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada April lepas.

Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Haris Ibrahim yang mewakili penuntut berkenaan, Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha Abu Bakar bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Menteri Pengajian Tinggi, manakala UKM diwakili peguam Sarah Abishigam.

Haris memberitahu pemberita selain itu, Aziah turut mengekalkan perintah kos guaman yang perlu ditanggung oleh kesemua penuntut terbabit sebagaimana keputusannya pada 28 Sept lalu, berkaitan kes sama.

Pada 7 Okt lepas, ketika berhujah untuk pendengaran permohonan injuksi itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang turut mewakili semua pelajar berkenaan, memohon supaya mahkamah tidak menetapkan sebarang kos memandangkan pemohon terdiri daripada golongan yang masih menuntut. 

Injuksi erinford bermaksud status quo dikekalkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

Pada 1 Jun lepas, Muhammad Hilman Idham, 21, Woon King Chai, 22, Muhammad Ismail Aminuddin, 22, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha memfailkan saman pemula terhadap kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM, untuk mencabar tindakan universiti itu terhadap mereka.

Dalam saman berkenaan, semua penuntut itu mendakwa UKM, melalui surat bertarikh 13 Mei, meminta mereka hadir di universiti berkenaan untuk menjawab pertuduhan terhadap mereka, dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian atau tidak menghantar representasi secara bertulis dalam tempoh 14 hari, maka pengajian mereka akan digantung serta-merta.

Mereka yang merupakan penuntut tahun kedua jurusan sains politik, mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh universiti itu bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Haris turut memberitahu pihaknya telahpun memfailkan rayuan berhubung keputusan Aziah pada 28 Sept.

Isnin, 11 Oktober 2010

Lelaki maut dibunuh kejam

Sumber : Sinar Harian
SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan bertubi-tubi di kepala dan tangan kanannya putus, ditemui di Taman Kajang Utama, Kajang di sini, semalam. 

Mayat mangsa, Rashid Abdullah, 31, ditemui orang awam di kawasan lapang di taman berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi, dalam keadaan mengerikan apabila mukanya hancur dan langsung tidak dikenali. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, mangsa maut dipercayai ditetak dengan objek tajam. 

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan berlumuran darah, manakala tangan kanannya yang putus juga ditemui berhampirannya. 

“Kami percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek dan senjata yang digunakan tidak ditemui,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai penyelia syarikat keselamatan itu dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam sebelum ditemui. 

Menurutnya, polis sedang menyiasat sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayat dicampakkan di lokasi tersebut atau sebaliknya. 

Shakaruddin berkata, polis masih menyiasat punca mangsa dibunuh kejam. 

“Kami menolak kemungkinan mangsa disamun sebelum dibunuh kerana barang penting dan dokumen pengenalan diri masih ada bersamanya, namun kita akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya,” katanya. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Sehubungan itu, Shakaruddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8736222, bagi membantu siasatan.
This entry was posted in
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...