Isnin, 6 Februari 2012

CERITA PEGANG-PEGANG


Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang.... huh... traffic sources search kat blog aku, so kalau korang nak try macam nie boleh klik on line counter kat atas yer..

Penulisan di blog akan mempengauhi jumlah trafik ke blog anda, walau pun kadang kadang satu hari satu entri, tapi adalah sikit trafik ke blog aku... Kebijaksanaan anda untuk menarik perhatian kepada mereka yang bukan blogger untuk membaca blog terletak kepada beberapa perkara seperti tajuk, isinya mesti ada perkataan sama dengan tajuk atau labels.... dan ianya mestilah isu terkini dan sensasi.. kalau blog personal macam aku, aku tak kisah pun....

Entri PENYAKIT LEPTOSPIROSIS pun ada dalam blog nie.. apa penyakit tu ??? klik sini
This entry was posted in ,

Ahad, 5 Februari 2012

Sejuk Mata Memandang

Carian Google

Salam semua, rileks malam malam nie dengan family bestkan. Cuma cuti kali nie tak sempat nak balik kampung sebab keleder cuti umum tidak terlibat dalam penugasan aku.. Cuti umum ker cuti dunia ker.. aku tettap akan bertugas demi negara huhu..

Gambar mata??? bukan apa, cuma sejuk mata memandang dengan beberapa program TV sehari dua nie.. Pengisian sempena Maulud Nabi macam nie harus dikekalkan.. Drama TV macam cerita AL-IKHLAS di TV3 semalam sangat memberi makna.. Cuma Terpulang pada mereka yang mentafsir pengajaran cerita macam tu. Mana lah tahu, ada antara kawan2 kita yang kat luar sana yang dah lama sesat boleh dapat jalan lurus.... Insya Allah...

Apapun, semoga apa yang baik ini dapat dieruskan dan kurangkan cerita2 mengarut yang tak membawa apa2 maksud yang baik untuk penonton.. Sekian..


Orang Holiday,Aku Kat Hospital


Salam semua, selamat bercuti. Walau dimana ada pergi, berhati-hati serta waspada, malang tidak berbau... aku duduk rumah jer, jimat kos memandangkan gaji lambat lagi dan gaji ulan lepas awal.. hehehe.

Sebenarnya aku baru balik dari hospital, wife aku tak tidur sampai 4 pagi, katanya sakit perut da ccirit birit. Kesian aku tengok dia.. so aku buat keputusan, jom g hospital... masa anak tidur aku tinggalkan dengan adik aku ipar aku. Sampai hospital terus pergi dewan bersalin Hospital Serdang.. Sebab selepas 27 minggu usia kandungan kita tak perlu pergi kat wad kecemasan untuk menerima rawatan.

Doktor beritahu, kuman dah tak boleh lawan dalam perut wife sebab tu sakit n perut mengeras.. Dooktor masukkan air dan antibiotik... aku sempat juga lelap dalam kereta.... selepas subuh aku minum kat kafe dan beli makanan untuk wife sekali... doktor suruh makan memandangan perut mungkin kosng sebab cirit birit..

Alhamdulillah selepas terima rawatan,aku nampak wife dah segar sikit, now dia tengah baring sebelah anak-anak... mengantuk penat n sakit.. lepas nie nak makan, kena jaga2 sikit eik...
This entry was posted in

Sabtu, 4 Februari 2012

Lari Dari Rumah


Hilang!!!! Manusia hilang atau bahasa mudahnya lari dari rumah.. setiap hari berpuluh report tentang manusia hilang, itu ada yang report polis kalau ada keluarga yang tak buat report mungkin lebih. Alasan untuk tidak buat report polis ialah  takut keluarga malu... itu hak masing-masing untuk buat report polis atau tidak...

Percayalah, walaupun ianya bukan diwartakan secara rasmi, tetapi remaja majoritinya Perempuan dan tidak mengira bangsa adalah golongan Manusai hilang paling ramai... aku melihat report Manusia Hilang setiap hari... sangat mengecewakan dengan beberapa alasan yang kadang-kadang tak boleh diterima akal. Antara alasan yang biasa di berikan..

1. SELISIH FAHAM DENGAN KELUARGA.
2. IKUT KAWAN / KEKASIH.
 3. TIDAK PASTI.

Ada yang dijumpa kembali berada dalam keadaan sihat, insaf sebab tak tahan hidup susah diluar... ada yang jumpa dalam keadaan trauma... dirogol.. di kendurikan... dan sedih kalau jumpa mayat jer.. dan paling malang.. tak jumpa terus sampai bila-bila.... Pilih la nak yang mana....


Ini Serius.. Tutup Mata Jer ker??

gadis melayu boleh

Ini seirus, maafkan aku sekiranya entri ini membuatkan korang x puas hati, kalau rasa ia sangat teruk dan tak suka just klik 'x' ... Aku akan luahkan apa yang terbuku dihati... aku lihat fenomena sebegini adalah sesuatu yang serius,  apa yang seriusnya???

1. Gadis Ini, macam seronok jer di perlakukan macam tu .... yang lelaki tu suka jer ambil kesempatan

2. Website macam nie... Dimana pemantauan, Tutup mata jer ker?? badan yang berkenaan tak buat kerja ke ??? ( aku x nak sebut ) sibuk dengan isu tapis Filem... Laman sesawang dari dalam negara tak tertapis pun .. buktinya sila google melayu ... dan klik images  dan anda akan lihat wajah MELAYU... ( safesearch : off )

Banyak lagi nak cakap, tapi tak dapat diterjemahkan dengan bahasa halus... nanti terlampau kasar pulak.. Dulu-dulu mak ayah boleh pantau dan tahu apa yang anak mereka buat,  sekarang boleh tau ker?? masuk bilik, duduk diam, tenggelam  bersama kecangihan dunia tanpa sempadan yang ada sekarang ..  

Aku bukan segaja nak cari isu, tapi ini serius... orang zaman sekarang akan TAK KAN PELIK bila ramai orang di Pusat Membeli Belah dengan belah sana sini... tetapi AKAN PELIK bila ramai orang kumpul kat surau... " Eh... ramainya orang kat surau tu...... "
erm.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...