Sabtu, 20 Ogos 2011

Blogger Spammer




Google


Salam semua, dalam kita berada dalam mood sepuluh malam terakhir dan mood raya semestinya. Mari  aku nak share satu cerita pasal spammer yang hadir di blogger aku nie. Terus terang aku cakap, aku memang tak layan klau komen tu datang dari pengomen tanpa nama atau anonymous nie. Mesti aku terus jadikan spam.Termasuklah "anon" yang nak kondem aku. haha

Spammer ni memang suka hantar komen pelik-pelik, ada yang tak faham langsung bahasa dia. Tetapi aku dapat mengesan beberapa blogger yang suka jadi spammer nie. Buktinya bila aku buat beberapa entri yang menarik perhatian  mereka, mereka akan menggunakan identiti sebenar. tetapi komen mereka berada di inbox spam. jadi inilah antara blogger yang di mark sebagai spam di blog SHAHAZRIN.COM





JALANRAYA BUKAN JALANSAYA!!!!

Salam Ramadhan buat semua. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan mengakhiri bulan Ramadhan. Syukur pada Allah swt kerana diberi peluang untuk menikmati bulan rahmat ini.
Menjelang syawal pasti ramai yang akan memandu pulang ke kampung halaman masing-masing. Harapan dan doa dari shahazrin.com agar kalian semua selamat pergi dan kembali walau kemana jua destinasi perjalanan kalian, Insya allah..
Perjalanan pulang ke kampung halaman memerlukan perancangan yang rapi dan teliti. Faktor kecuaian pemandu adalah faktor utama berlakunya kemalangan jalanraya. Rehat yang cukup akan memberikan kesan positif dalam pemanduan. Insya Allah. . . .
Kenderaan yang digunakan dalam perjalanan mestilah dalam keadaan baik dan selamat. Penyelenggaraan rapi perlu dititik beratkan agar perjalanan yang kita selamat. Insy Allah. . .
Faktor cuaca juga menjadi penyebab berlakunya kemalangan jalanraya. Kemalangan jalanraya kerap berlaku setiap kali jalanraya basah. Jarak yang selamat dan cara pemanduan yang berhemah perlu dititik beratkan. INGAT JALANRAYA BUKAN JALANSAYA.

Isnin, 15 Ogos 2011

Terkencing....

 

Salam semua, anda kencing malam? atau anak kencing malam. Haha.. Kalau mendidik anak mula-mula mengatur kencing nie mesti macam -macam pengalaman yang ada kan.. Untuk yang belum ada pengalaman, Insya Allah nanti merasa la. 

Terus nak cerita kisah malam tadi.. Dalam 1.30 pagi tadi aku di kejutkan dengan angin kencang yang bertiup.. Huh!!! nak hujan.. bangundan terus tutup tingkap. Lepas tu aku perlahankan kelajuan kipas syiling kepada tahap paling perlahan No '1' dan kembali melelapkan mata.. 

Tiba-tiba aku di kejutkan, aku lihat anak yang sulung ( 3 year ++  ) aku sedang melompat-lompat dan aku bertanya " kenapa kakak"  ... - " nak kencing " wah... mesti dah nak terkencing nie.. Sebelum tidur tadi aku dah suruh ke tandas dah.. mungkin sebab sejuk nie kot... 

Dengan tangkas aku buka seluar anak dan dukung ke bilik air, tengah dukung aku rasa macam disiram air suam-suam jer.. Lor... dah tak sempat... adus.... Nak marah ker???? takpa... lepas cuci kencing kakak, pakaikan seluar dan suruh dia tidur balik.. dan aku pakai towel.. kena mandi... huhu

This entry was posted in
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...