Rabu, 28 Mac 2012

BILA ANONYMOUS BAGI KOMEN KEJI


Salam semua, kepada sesiapa yang malu nak perkenalkan diri dia aku anggap dia segan nak tonjo;kan diri. tapi kalau ada sikap negetif yang sebegini aku harap perkara ini tidak akan berulang lagi. Sebab memang banyak mereka yang "anon" ini meninggalkan komen di blog aku. Sebelum nie aku mark sebagai spam atau delete terus jer.. tapi kali nie aku nak bersuara.....

Melihat dari apa yang di komen oleh mesti anon ini aku anggap dia memang x suka POLIS, mungkin ada sebab dia buat begini. Tapi bila ku pikir balik dia kaitankan "anjing" dan "kerajaan" , jadi aku faham..ianya berkaitan POLITIK..... 

Untuk pengetahuan semua dan " ANON"  walau siapa pun yang memerintah kerajaan di Malaysia ini.. POLIS tetap POLIS... x kena buang kerja... dan x menjejaskan apa-apa.. jawatan yang lain aku tak tahu la... mungkin terjamin.. mungkin tidak...  "ANON" ini x bijak la... cakap ikut suka dan tak pikir panjang... komen " anon" nie keji..  

Ahad, 25 Mac 2012

MATLAMAT MASKOT “HARIMAU BIRU” PDRM

 

MATLAMAT MASKOT “HARIMAU BIRU” PDRM : 

1.Lebih mesra bersama rakyat dan melihat PDRM sebagai figura badan berkuasa dan sahabat yang boleh dipercayai.

2.Mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mantap mengenai fungsi dan peranan PDRM.

3.Melihat PDRM sebagai inspirasi untuk berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk menjadi yang terbaik.

4.Menghormati PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

“Harimau Biru” menjadi harapan kepada kesinambungan kehadiran PDRM dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan sentiasa mengekalkan minat masyarakat terhadap PDRM.
 

sumber : PDRM FB
This entry was posted in

Selasa, 20 Mac 2012

Cerita Aku Dan Lelaki Tua Itu.. ( KISAH BENAR - SERAM ) bhg 2..

 
Selepas rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu aku teringat tentang lelaki tua yang baru berpindah di rumah besar diatas bukit kampung ini bersama keluaganya. Walaupun baru berpindah lelaki tua yang di kenali sebagai Pak Agus ini mudah mesra denganmasyarakat sekeliling, Jadi tak hairan la kenapa ramai orang yang datang melawat Pak Agus

Ayatul Kursi yang aku baca dalam satu nafas aku hembuskan perlahan-lahan, aku lakukan dan ulangi sebanyak tiga kali. Aku sebenarnya rasa keliru dengan apa yang berlaku... kenapa hanya aku yang melihat keadaan aneh yang dialami oleh Pak Agus yang sedang baring dihadapan aku. Aku kuatkan diri aku yang aku rasa masih cetek tentang ilmu agama... Ah..kenapaku yang dipilih... Seleps tiga kali aku membaca Ayatul Kursi dan meghembuskannya... lirikan mata Pak Agus tertumpu ke arah aku, semua hadirin yang hadir juga mengikut lirikan mata Pak Agus yang tertumpu kearah aku.. Aku jadi serba salah..

Kemudian, seorang yang aku fikir waris pada Pak Agus menghampiri aku dan membisikkan sesuatu. Lelaki itu memohon aku untuk membantu apa yang patut. Aku yang gelisah dan serba salah mengangguk tanda setuju. Aku terus bisikkan pada lelaki itu untuk membawa Pak Agus kedalam untuk mengelakkan dari megaibkan Pak Agus dan keluarganya..

Aku merasa sesuatu yang dahsyat akan berlaku.. aku bimbang... aku risau... aku cuba memikirkan sesuatu dan memandang orang di sekeliling aku yang ada antara mereka sedang berbisik dan memandang keara h aku.. Kemudian mata aku tertumpu kepada seorang wanita separuh umur yang aku kenali... Tok Cik... guru mengaji aku.. Aku teus mendapatkan  Tok Cik dan membisikan apa yang terjadi pada aku sebentar tadi... Tok Cik terkejut dan bersetuju untuk membantu aku. Sekali lagi aku keliru, kenapa aku seorang sahaja yang dapat melihat apa yang terjadi.

Setelah Pak Agus di bawa masuk ke dalam bilik, aku dan Tok Cik menyusul kemudian. 


CERITA DALAM BILIK PAK AGUS

Seketika aku lihat Pak Agus Masih kelihatan seperti keluh kesah dengan dada yang masih terombak-ombak, tetapi aku tidak lagi melihat kelibat dua mahkluk yang aku lihat sebentar tadi. Aku sempat berpesan pada keluarga Pak Agus agar tiada yang melawat buat seketika.


sambung lagi lepas nie... anak nak susu pulok....

LAGU MERAPU SINAR FM & ABG JEM

 

SINAR FM masih lagi radio No 1 Di Malaysia
Segmen yang paling Hot Ialah Sinar Pagi..
dengan telatah Khairil Rashid , Raja Azura dan Salih Yaccob
Ok aku rasa ramai gak yang minat Sinar FM nie.. kalau tak mankan mungkin Sinar FM masih radio No 1 Malaysia Yang memainkan muzik retro terbaik...

Aku terpanggil untuk menulis tentang SINAR FMnie sebabaku baca kenyataan SY aka abg JEm n etc kat  FB



Secara Peribadinya aku rasa lagu nie bagus.. sebabnya aku antara orang yang akan terseyum bila dengar lagu nie berkumandang.. Sangat terhibur dan bagus untuk menghiburkan hati...
Apappun..teruskan dengan lagu merapu tu yer ABG JEM.. We love it....

Kalau nak dengar klik
SINI

Cerita Aku Dan Lelaki Tua Itu.. ( KISAH BENAR - SERAM )

Suatu hari yang aku dah tak ingat bila, aku dikejutkan dengan berita seorang lelaki tua yang aku kenal rapat sedang sakit atau lebih tepat lagi nazak. Mendengar dari cerita orang, lelaki tua tersebut dilihat sangat hampir dengan ajalnya tetapi masih belum meghembuskan nafasnya dan hanya dadanya yang berombak turun naik.


Mendengar berita yang tersebar aku bergegas ke rumah orang tua tersebut, terkejut aku melihat ramai betul orang yang datang bertandang. Kemudian mata aku tertumpu pada sekumpulan orang ramai yang sedang berhimpun di sebuah pondok gazebo di halaman rumah. Mendengar dari apa yang dibisikkan oleh orang di sekeliling aku, anak kepada orang tua tersebut telah diamanahkan untuk membawa ayahnya baring di situ sekiranya dia nazak sehingga ia menghembuskan nafas terakhir.... Pelik kan????

 

Aku yang melawat cuba mencelah dikeliling orang ramai untuk melihat sendiri berita yang aku terima sebentar tadi.. Apabila aku sampai dihadapan orang tua tersebut aku tergamam dan pandangan mata aku tertumpu pada sekujur tubuh yang terbaring nazak dan dibaluti kain batik lepas... dadanya turun naik seperti sesak nafas seakan gelora ombai yang membadai... matanya sesekali terbeliak dan tidak tentu arah pandangannya.


Gambar ini Hanya Hiasan

Kemudian aku terpandang sesuatu benda asing yang berada di bahu kanan dan bahu kiri lelaki tersebut.. Beristighfar panjang aku, inilah kali pertama aku melihat objek yang hodoh dan buruk rupanya seakan-akan gambaran hantu dalam filem dan drama seram yan aku tonton. Makhluk tersebut sedang menekan-nekan bahu lelaki tersebut seolah-olah menahan lelaki itu dari bangun...

Kemudian aku rasa terpanggil untuk membaca beberapa potong ayat AL QURAN yang aku tahu... Apabila aku mula membaca "Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam"  dan secara tiba tiba kedua mahkluk itu memandang aku dengan muka yang bengis seolah-olah ia tahu niat hati aku.. " YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN"... dan mula membaca beberapa potong ayat bermula dengan Ayatul kursi... " DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG "

Add caption




REHAT JAP NANTI AKU SAMBUNG BALIK..... saper rasa macam tak logik atau anggap citer ni tipu aku x kisah... tapi jangan tunggu sambungan citer nie lepas aku lunch n solat jap g yer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...