Memaparkan catatan dengan label KISAH BENAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAH BENAR. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mac 2012

Cerita Aku Dan Lelaki Tua Itu.. ( KISAH BENAR - SERAM )

Suatu hari yang aku dah tak ingat bila, aku dikejutkan dengan berita seorang lelaki tua yang aku kenal rapat sedang sakit atau lebih tepat lagi nazak. Mendengar dari cerita orang, lelaki tua tersebut dilihat sangat hampir dengan ajalnya tetapi masih belum meghembuskan nafasnya dan hanya dadanya yang berombak turun naik.


Mendengar berita yang tersebar aku bergegas ke rumah orang tua tersebut, terkejut aku melihat ramai betul orang yang datang bertandang. Kemudian mata aku tertumpu pada sekumpulan orang ramai yang sedang berhimpun di sebuah pondok gazebo di halaman rumah. Mendengar dari apa yang dibisikkan oleh orang di sekeliling aku, anak kepada orang tua tersebut telah diamanahkan untuk membawa ayahnya baring di situ sekiranya dia nazak sehingga ia menghembuskan nafas terakhir.... Pelik kan????

 

Aku yang melawat cuba mencelah dikeliling orang ramai untuk melihat sendiri berita yang aku terima sebentar tadi.. Apabila aku sampai dihadapan orang tua tersebut aku tergamam dan pandangan mata aku tertumpu pada sekujur tubuh yang terbaring nazak dan dibaluti kain batik lepas... dadanya turun naik seperti sesak nafas seakan gelora ombai yang membadai... matanya sesekali terbeliak dan tidak tentu arah pandangannya.


Gambar ini Hanya Hiasan

Kemudian aku terpandang sesuatu benda asing yang berada di bahu kanan dan bahu kiri lelaki tersebut.. Beristighfar panjang aku, inilah kali pertama aku melihat objek yang hodoh dan buruk rupanya seakan-akan gambaran hantu dalam filem dan drama seram yan aku tonton. Makhluk tersebut sedang menekan-nekan bahu lelaki tersebut seolah-olah menahan lelaki itu dari bangun...

Kemudian aku rasa terpanggil untuk membaca beberapa potong ayat AL QURAN yang aku tahu... Apabila aku mula membaca "Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam"  dan secara tiba tiba kedua mahkluk itu memandang aku dengan muka yang bengis seolah-olah ia tahu niat hati aku.. " YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN"... dan mula membaca beberapa potong ayat bermula dengan Ayatul kursi... " DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG "

Add caption




REHAT JAP NANTI AKU SAMBUNG BALIK..... saper rasa macam tak logik atau anggap citer ni tipu aku x kisah... tapi jangan tunggu sambungan citer nie lepas aku lunch n solat jap g yer..

Selasa, 7 Februari 2012

CINTA YM AKU


Salam semua, lama dah tak on YM, lama betul tak on kan..? sejak FB dah mengambil tempat dan ada chat, ym dah tak perlu kot. Walau bagaimana pun, YM memberi kenangan yang sangat manis dalam hidup aku.

Hari ini aku nak cerita kat semua, mungkin ada saudara mara baru tahu lepas nie cerita sebenar.. hahaha.. Dulu, sebelum ada FB n macam-macam laman sosial yang ada sekarang, aku selalu join  chat group dalam YM nie. Sebab aku nie tak suka bepoye-poye kat luar, aku habiskan masa aku di CC jer.. dulu mana ada Broadband.. Ok, bila dah join mula la mengayat cari awek... hehehe..

Satu yang pasti tentang aku, aku tak pernah palsukan apa2 identiti. Aku cuma nak berkawan... Dalam duk sibuk chat2 tu lekat la sorang awek.... Alhamdulillah aku kenal awek tu dengan kisah FIRST TIME jumpa, bila aku update lain kali...

Sampai sekarang aku kenal rapat dengan awek nie, sampai kami bertunang, nikah dan nak masuk  3 orang anak, dan insya Allah aku akan penukan kereta Exora dengan anak nanti hehehe...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik, walaupun kita dengar banyak keburukan, tapi ada baiknya... tapi, kena berlandaskan jalan yang betul...


Ahad, 7 Ogos 2011

Kisah Mayat Bayi | SHAHAZRIN.COM


Salam Ramadhan buat semua. Setakat nie belum ada lagi keriuhan letupan mercun di kawasan tempat tinggal aku. Alhamdulillah anak aku masih nyenyak tidur.  Tempat korang macam mana???. Tapi malam ni aku bukan nak cerita pasal mercun. Aku  nak cerita satu kisah benar iaitu tentang pengalaman aku bekerja sebagai operator  telefon Di Ibu Pejabat Polis.Kisah ini terjadi pada tahun 2010.

Kisahnya bermula begini, sehari yang lepas gempar kisah orang awam terjumpa mayat bayi dalam keadaan berbau di sebatang sungai di kawasan ini. Memang menyedihkan. Kerana mayat yang hampir reput itu dijumpai. Maklumat untuk mendapatkan haiwan bertopengkan manusia yang membuang bayi tersebut menemui jalan sukar. Maklumat dari pada orang awam sangat di kehendaki.

Malam aku bekerja, aku terima satu panggilan telefon dari pemberi maklumat yang memperkenalkan diri sebagai “Ibrahim” .  Dalam keadaan agak takut Ibrahim cuba bercakap mengenai  kes pembuangan bayi tersebut. Selepas aku cuba menenangkan Ibrahim dia memulakan ceritanya.

Pada malam kejadian Ibrahim lalu di kawasan tepi sungai. Ibrahim ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan cuba menyembunyikan sesuatu dari dalam bonet kenderaan Mitshubisi Evo 10. Kerana curigakan sesuatu Ibrahim sempat melihat No pendaftaran Kenderaan tersebut.  Sebagai seorang rakyat yang prihatin, Ibrahim telah menyalurkan maklumat kepada pihak polis.  Setelah selesai aku  mengambil detail peribadi dan no telefon Ibrahim untuk di hubungi jika pihak polis perlu bantuan selanjutnya
.
Maklumat yang aku terima, aku cuba salurkan pada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes.  Di atas maklumat yang diberikan siasatan dimulakan dengan mengesan no pendaftaran kenderaan Evo 10 tersebut…

Bersambung…. 

Sambungan Cerita seterusnya ..next entri…

note: gambar hiasan carian google
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...