Ahad, 1 Julai 2012

Inilah yang aku terima

Jangan tengok sangat hehehe

Salam semua, bila blog bersawang, inilah yang akan aku terima.. aktif suatu ketika dulu dan aku mula kurang dan tinggalkan keaktifan aku... rugi- rugi, 

Dari dapat BE... Ada Income... n langsung zero..

Ada gak rasa untuk aktif semula, tapi hangat-hangat tahi ayam jer.. haha

nak pikat hati orang untuk baca blog personal mcm aku nie bukan senang... lain la kalau blog POLITIK... GOSIP... mmg hot.. mcm CERITA HOT aku yang biasa nie...

Walaupun kenal n ada tips yang hangat dan hot dari blogger femes malas gak aku huhu... 
bila dah kurang berblog tu sebab blog aku bersawang...
tapi apalah gunanya femes.. kalau hati tak puas... huhu

Sabtu, 30 Jun 2012

NAK TUNGGU APA KATA SUHAKAM TENTANG BERSIH 3.0


SUHAKAM mula siasatan awam terhadap perhimpunan Bersih 3.0 Khamis ini



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan memulakan siasatan awam Khamis ini terhadap insiden semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu. 

Setiausaha Suhakam, Rodziah Abdul, berkata terma rujukan untuk siasatan awam itu ialah bagi menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan berkenaan.
"Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, siasatan awam akan menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut serta individu atau agensi yang bertanggungjawab.
"Selain itu siasatan awam akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran itu tidak berulang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sehingga 21 Jun lalu, Suhakam telah selesai menjalankan semakan ke atas penghujahan awam yang diterima daripada orang awam dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video serta telah mengenal pasti saksi-saksi, katanya. 

Rodziah berkata Suhakam juga sedang menunggu maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menemu bual anggotanya yang bertugas semasa perhimpunan berkenaan. 

"Keputusan suruhanjaya untuk menjalankan siasatan awam terhadap dakwaan penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa semasa dan selepas perhimpunan dibuat selepas mengambil kira pemantauan suruhanjaya dan beberapa faktor lain yang berkaitan. 
"Ini termasuk penyerahan aduan, laporan dan memorandum daripada orang awam, kumpulan hak asasi manusia dan profesional serta kumpulan masyarakat sivil yang lain kepada suruhanjaya yang menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan," katanya. 

Panel siasatan itu akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee, katanya. - BERNAMA

rujukan : BHONLINE

Doa selepas solat aku ....


Salam semua, hari ini aku nak share doa yang aku sentiasa baca selapas solat... minta tunjuk ajar kalau ada salah silap yer....


ALLAHUMMA SALLI WA SALIM ALA SAIDINA MUHAMMAD WA ALA ALISAIDINA MUHAMMAD SAIDIL AWALIN WAL AKHIRIN SALLIM WASSALLIMWARODIYAALLAHU TABAROKA WATA ALA ANKULLI SOHABATINARASULILLAHI AJAMAIN.

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Alhamdulillahirabbil ‘alamin, Hamdan yuwafi ni’amahu wa yukafi u mazidah ya rabbana lakal hamdu kama yanbaghi lijalali wajhikal karimi wa’adzimi sulthanika

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Allahumma Inna nas’aluka salamatan fiddin, wa’ afiyatan fil jasadi wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarakatan firrizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut.

اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَةِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Allahumma hawwin ‘alaina fi sakaratil maut wannajata minannari wal ‘afwa ‘indalhisab

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَ ذُنُوْبَ وَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا
Allahummaghfirlana dzunubana wa dzunuba walidaina warhamhuma kama rabbayana shigara.
YA ALLAH AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI, & DOSA KEDUA ORANG TUA KAMI, SERTA SAYANGILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGI KAMI


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Rabbana Hab Lana Min Azwajina Wadzurriyatina Qurrata A'yunin Waj'alna Lil muttaqina Imaman
رَبَّنَا ظَلَّمْنَا أَنْفُسَنَا فَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
Rabbana Dzallamna Anfusana Fainlam Taghfirlana Watarhamna Lanakunanna Minal Khasirina

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana Atina Fiddunya hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina adzabannari

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ
Washallallahu 'ala sayyidina muhammadin wa'ala alihi washahbihi wabaraka wasallam
 
سُبْحاَنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ  وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ  وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
نَسْأَلُكَ الإِجَابَةَ الْفَاتِحَةُ
Subhana Rabbika rabbil 'izzati 'amma yasifuna, Wasalamun 'alal mursalin walhamdulillahirabbil 'alamin, 
Nas'alukal Ijabah Al Fatihah...


Dah Dapat Berek...


Salam semua, akhirnya dapat juga aku duduk berek, dah lam mohon duduk berek sejak opis dah berpindah ke USJ nie,  Ulang alik dari Equine Park ke USJ nie masak juga la.

Sekarang belum berpindah lagi.. Insya Allah sebelum puasa kot.. Ermm.. kawan-kawan ada tak tips untuk masuk rumah baru?? biasanya yang aku dengar kena habiskan baca surah Al Baqarah sebelum masuk rumah untuk elak dari gangguan syaitan.. Berek tu sebelum nie berek bujang, hurm... tak tahu la macam mana keadaan nya nanti...  Harap-harap semuanya ok haha... Ok Wife sayang dah boleh kita pack sikit-sikit nie.... selamat berpindah untuk aku....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...