Isnin, 8 Ogos 2011

Kisah Mayat Bayi 2

 

 
Salam semua, sebelum apa-apa baca entri LALU dulu takut ada yang tak faham nanti.

Maklumat yang aku terima, aku cuba salurkan pada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes.  Di atas maklumat yang diberikan siasatan dimulakan dengan mengesan no pendaftaran kenderaan Evo 10 tersebut. Setelah usaha mengesan kenderaan tersebut Berjaya dilakukan melalui no pendaftran, pemilik kenderaan yang terlibat di arahkan hadir untuk soal siasat di Balai.

Pada hari soal siasat yang dijanjikan, seorang lelaki dalam lingkungan 50 an ++ bersama isteri datang dan memperkenalkan diri sebagai pemilik EVO 10 tersebut. Mereka nampak sangat terkejut dan cuba beberapa kali bertanya sebab mereka dipanggil  kepada pegawai penyiasat  dalam keadaan ketakutan. Setelah penerangan yang di berikan oleh pegawai tersebut barulah lelaki dan isteri itu Faham. Dalam keadaan tersenyum, lelaki itu menceritakan hal sebenar tentang perkara yang berlaku malam itu.

Dia mengaku, dia berada di tepi sungai untuk membuang sesuatu, Akan tetapi, dia bukan membuang mayat bayi yang dimaksudkan. Pada malam tersebut  suspek membuang sesuatu barang atas nasihat yang di berikan oleh seorang bomoh. Dengan kata lain, suspek sedang berubat menggunakan kaedah rawatan tradisional. Syarat utama untuk membuang penyakit suspek, suspek hendaklah membuang barangan yang dijampi di dalam sungai dan baling kebelakang. Sebab itu suspek cuba menyorokkan sesuatu bila ada orang lain lalu, sebab suspek malu.. 


Keadaan serius dalam bilik siasatan bertukar riuh dengan gelak ketawa.. Bomoh yang di maksudkan juga di hubungi untuk kepastian. Dan memang betul, lelaki itu bukan lelaki yang di maksudkan.. Tetapi. Lelaki yang di anggap suspek ini sungguh terkejut dengan keperihatinan pemberi maklumat yang sempat mengambil no pendaftaran dalam kegelapan malam dan melaporkan pada pihak polis. Dengan beberpa maklumat lain suspek sebenarnya Berjaya ditangkap… Sekian…

Note: kisah benar dari pengalaman penulis…
gambar : carian google

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...