Pengikut

JALANRAYA BUKAN JALANSAYA!!!!

Salam Ramadhan buat semua. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan mengakhiri bulan Ramadhan. Syukur pada Allah swt kerana diberi peluang untuk menikmati bulan rahmat ini.
Menjelang syawal pasti ramai yang akan memandu pulang ke kampung halaman masing-masing. Harapan dan doa dari shahazrin.com agar kalian semua selamat pergi dan kembali walau kemana jua destinasi perjalanan kalian, Insya allah..
Perjalanan pulang ke kampung halaman memerlukan perancangan yang rapi dan teliti. Faktor kecuaian pemandu adalah faktor utama berlakunya kemalangan jalanraya. Rehat yang cukup akan memberikan kesan positif dalam pemanduan. Insya Allah. . . .
Kenderaan yang digunakan dalam perjalanan mestilah dalam keadaan baik dan selamat. Penyelenggaraan rapi perlu dititik beratkan agar perjalanan yang kita selamat. Insy Allah. . .
Faktor cuaca juga menjadi penyebab berlakunya kemalangan jalanraya. Kemalangan jalanraya kerap berlaku setiap kali jalanraya basah. Jarak yang selamat dan cara pemanduan yang berhemah perlu dititik beratkan. INGAT JALANRAYA BUKAN JALANSAYA.
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen