Isnin, 15 Ogos 2011

Terkencing....

 

Salam semua, anda kencing malam? atau anak kencing malam. Haha.. Kalau mendidik anak mula-mula mengatur kencing nie mesti macam -macam pengalaman yang ada kan.. Untuk yang belum ada pengalaman, Insya Allah nanti merasa la. 

Terus nak cerita kisah malam tadi.. Dalam 1.30 pagi tadi aku di kejutkan dengan angin kencang yang bertiup.. Huh!!! nak hujan.. bangundan terus tutup tingkap. Lepas tu aku perlahankan kelajuan kipas syiling kepada tahap paling perlahan No '1' dan kembali melelapkan mata.. 

Tiba-tiba aku di kejutkan, aku lihat anak yang sulung ( 3 year ++  ) aku sedang melompat-lompat dan aku bertanya " kenapa kakak"  ... - " nak kencing " wah... mesti dah nak terkencing nie.. Sebelum tidur tadi aku dah suruh ke tandas dah.. mungkin sebab sejuk nie kot... 

Dengan tangkas aku buka seluar anak dan dukung ke bilik air, tengah dukung aku rasa macam disiram air suam-suam jer.. Lor... dah tak sempat... adus.... Nak marah ker???? takpa... lepas cuci kencing kakak, pakaikan seluar dan suruh dia tidur balik.. dan aku pakai towel.. kena mandi... huhu

This entry was posted in

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...