Sabtu, 10 Disember 2011

Sokong Palagiat Kalau....


Salam semua, dating pulak idea aku untuk menulis ketika mebaca luahan hati blogger yang marah pada blogger lain yang copy paste entri atau meniru sebijik atau megolah sedikit entri dari blog mereka atau blog orang lain.


Hurm .. macam-macam yang berlegar dalam fikiran aku.. Ada kalanya, yer aku setuju!!!! Tak elok curi idea orang lain… Tapi kalau dia bagi kredit pada blogger asal.. aku rasa takpa la… trafik tu..

Lagi satu, kalau melibatkan pesanan kearah kebaikan macam artikel Agama elok sangat lah kita share atau kongsikan. Untuk kebaikan.. apasalahnya.. Tak payahlah nak nilai dia copy ker, paste ker..

YA!!!! Memang betul kene bagi kredit untuk owner artikel tu, tapi kita kena ingat jugak, bukan kredit yang di tulis dalam blog tu untuk dinilai Pahalanya, ilmu yang baik akan dinilai selagi ianya diguna pakai dengan baik, betul tak.. Kadang-kadang emosi marah anda pada mereka yang copy paste tu mungkin menambahkan dosa, siapa tahu…

Aku bukan nak mempertahankan mereka yang kaki copy paste nie, mungkin mereka lupa nak letak kredit pada tuan punya entri.… Korang tau??? PM la dia k.

Lagi pulak cerita melibatkan berita semasa. copy paste mmg tak boleh elak… “berita” takkan nak tokok tambah.. salam tokok tambah kang, kena saman pulak haha. Baru tahu.. :p. Sebab orang penting dalam dunia blog Malaysia ada ajar aku, kalau xda idea nak tulis blog kat mana nak cari idea???? Jawapan nya..akhbar@ surat khabar..

Apapun aku , harap pandangan peribadi aku nie boleh diterima pakai.

Wassalam..

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...