Sabtu, 23 Jun 2012

Terharunya Abah....


Salam semua, anak adalah antara anugerah yang paling berharga dari  ALLAH. Aku anggap anugerah ini lebih berharga dari wang ringgit dan harta benda. OK pendekkan cerita, suatu hari aku demam teruk n terbaring jer. Badan sangat panas.. 

Masa tu isteri aku dalam pantang selepas lahirkan ank ketiga aku Ammar Rizky.. dalam sibuk-sibuk wife aku uruskan si Kecil comel Ammar, Ainul ( 3 1/2  tahun ) anak aku yang sulung mintak tisu basah satu dari wife uminya... 

Apa yang sangat membuatkan aku terharu ialah, Ainul lipatkan tisu Basah tu n letakkan atas kepala aku, owh aku terkejut, sangat terkejut... Terharu pun ada.. dia cakap, " abah demam yer..cian abah "

Benar,
Anak itu ibarat kain putih dan kitalah yang mencorak mereka.... 
Apa yang Ainul lakukan kepada aku biasa di lakukan oleh aku dan isteri bila dia demam...

2 ulasan:

  1. salam..semga anak2 yg dbesarkan menjdi pewaris perjuangan agama n bgsa..insyaAllah..=)

    BalasPadam
  2. Sebagai abah aku faham perasaan u bro. Memang rasa best...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...