Wang kertas Malaysia siri baharu dalam edaran mulai 16 Julai
KUALA LUMPUR: Wang kertas Malaysia siri baharu akan berada dalam edaran mulai 16 Julai, kata Bank Negara Malaysia hari ini.
Bank pusat itu berkata, selepas pengumuman awal pada Mei, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baharu itu.
Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan, katanya.
"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.
"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.
"Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan.
Untuk maklumat lanjut mengenai siri wang kertas baharu itu, orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau emel kepada ncs@bnm.gov.my. - Bernama
duit RM 100 cantik. hehe.
BalasPadam