Seketika aku lihat Pak Agus Masih kelihatan seperti keluh kesah dengan dada yang masih terombak-ombak, tetapi aku tidak lagi melihat kelibat dua mahkluk yang aku lihat sebentar tadi. Aku sempat berpesan pada keluarga Pak Agus agar tiada yang melawat buat seketika.
Aku dan Tok Cik mula membacakan beberapa potong ayat -ayat suci al-quran dan hembuskan kearah badan Pak Agus... Sesekali dalam keadaan Pak Agus yang sedang nazak itu matanya melirik tajam kearah aku....
Pantas aku bacakan sekali lagi Ayatul Kursi... kali ini aku tiup kedalam telinga Pak Agus.. Kali ini Pak Agus mengeluarkan suara " panas..panas" walaupun sebutan itu kurang jelas..ianya di sebut berulang kali... setelah diamati ianya bukannya suara sebenar Pak Agus... Aku pasti Pak Agus ada pendampingnya... Aku segera berbincang bersama Tok Cik dan keluarga Pak Agus yang berada disitu... Aku memberitahu yang aku tak berupaya menyelesaikan masalah dan penderitaan Pak Agus yang sedang nazak.. Aku nasihatkan supaya keluarganya mencari orang yang lebih tinggi ilmunya dalam ilmu perubatan Alternatif dengan segera. Setelah diterangkan kepada mereka, mereka faham dan berterima kasih kepada aku..
Akan tetapi hati aku masih belum tenang, aku merasakan seperti ada sesuatu yang sentiasa mengekori aku. Aku pasti ianya adalah salah satu makhluk yang aku lihat tadi... Ya Allah ampunkan lah dosa orang tua ini.. Aku segera beredar, badan aku terasa lemah, lemah seolah-olah seperti orang yang kehilangan tenaga... dalam perjalanan aku balik kerumah, wajah orang tua tersebut sentiasa berada didalam bayangan fikiran aku... sesekali aku merasa pening dan mual... dalam hati aku sentiasa berzikir...
Apabila aku sampai dirumah aku sempat terlelap kerana keletihan... baru lima minit aku tidur aku di kejutkan dengan mimpi yang sangat dahsyat.. Pak Agus datang kedalam mimpi aku dalam keadaan yang mengerikan... menakutkan... dangan bau badan yang berbau busuk... Ya Allah.... aku berasa sangat takut... Pak agus dengan nada yang sangat kasar menengking aku... sesekali seakan merayu...merayu agar aku menerima bungkusan yang ingin ia berikan kepada aku... Kerana takut dan terkejut aku tersedar...
Selepas aku bangun, aku segera keluar dari rumah aku dan niat aku untuk berjumpa kawan aku yang berada di Sepang.. Kawan aku seorang ustaz lulusan Mesir...Pada hemat aku, aku pasti dia akan ikhtiarkan sesuatu untuk aku.....
sambung yer....
0 Komen:
Catat Ulasan